Ayat aktif --> ayat pasif
Soalan :
Azura telah menghasilkan beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016.
Jawapan skema :
Beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016.
SOALAN SAYA:
Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura.
Atau:
Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura.
Adakah KEDUA-DUA jawapan dapat diterima?
JAWAPAN CIKGU TAN:
Azura telah menghasilkan beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016. (ayat bersusunan biasa)
Beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016. (ayat pasif biasa)
Untuk menyongsangkannnya, kita harus mengenal pasti pecahan bahagian daripada ayt tersebut.
Beberapa buat novel - 1
telah dihasilkan oleh Azura - 2
antara tahun 2010 hingga 2016 - 3
Gunakan formula 321,312,231,213
321 = Antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura beberapa buah novel.
312 = Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura
213 = Telah dihasilkan oleh Azura beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016.
231 = Telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel.
Lihat ayat jawapan murid yang diberikan oleh Cikgu Al Humaira seperti berikut:
(1) Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura.
(2) Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura
Ayat 1 = formulanya 132
Ayat 2 = formulanya 312.
Maka, ayat 1 yang bersusunan 132 tidak menepati ayat pasif bersusunan songsang kerana objek masih ada di pangkal ayat. Selain itu, bahagian "Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016" sudah membawa maksud yang salah seolah-olah "antara tahun 2010 hingga 2016" menjadi judul kepada novel yang ditulis oleh Azura.
KESIMPULAN:
Ayat 1: ❌
Ayat 2: ✅
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
1 comment:
harap Cikgu boleh berkongsi jawapan untuk rumusan 1 dan 2.Terimakasih. wingskch@yahoo.com
Post a Comment