Kebaikan Amalan Rumah Terbuka
Amalan
rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini
termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas.
Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai
lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam
kehidupan mereka sejak turun-temurun. Kerajaan Malaysia pada tahun 2000
telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum dianggap sebagai perayaan
utama negara yang diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Menyedari kesungguhan kerajaan untuk
menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita
ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?
Sebenarnya,
amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan terutamanya
dalam mengeratkan perpaduan kaum
dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin
sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam
usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah
terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan
yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum.
Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan
pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun
berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Keadaan ini
persis peribahasa buang yang keruh,
ambil yang jernih. Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan
dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang
kekangan yang perlu dibimbangi. Kesannya, perasaan muhibah antara satu
sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep
penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.
Dari
perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka
akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar
belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali
juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang
rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak
kenal, maka tak cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan
Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang
Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka
mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan
dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung
semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Tuntasnya,
budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.
Dari
kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan kepada pelancong asing
yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia
untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat
mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di
negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini
bertepatan dengan kata mutiara jauh
perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama
kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka
Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari
Gawai, Deepavali dan Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan
perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia
sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal
mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. Izharnya,
konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata
pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.
Amalan
rumah terbuka juga dapat merapatkan
hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang
paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga.
Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan
sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa
konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit
demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam kehidupan generasi akan datang
yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah
terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan di
samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula
dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli
keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ringkasnya, hubungan
kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah
terbuka dibudayakan.
Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan
bekerja dan mencari nafkah menyebabkan rapuhnya institusi kejiranan yang
dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat kembali disuburkan melalui amalan
rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang bagi masyarakat
untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya,
masyarakat setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh
pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang
bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang
renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui pertemuan serta
perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah
seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan
batu, tetapi dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin
dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah
terbuka seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohamad
Najib bin Tun Abdul Razak setiap tahun. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu
mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat.
Selain itu,
amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat serta merasai kepelbagaian masakan. Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita
telah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan
mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan
tradisi mula diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya
secara dekat. Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor
penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan diri serta merasai
kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi
masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula
mementingkan manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat
merasai juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru tradisi dapat terus
dipertahankan, bak kata aforisme Melayu, biar
mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyaralat
dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar
masyarakat yang berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh.
Pada kaca mata
berbeza, pendapatan negara semakin
meningkat apabila industri pelancongan di negara kita semakin maju.
Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan
cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara
juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus
pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka
dapat menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan
Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang
ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang
kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang berat sama dipikul, yang
ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat
kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini
belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini
dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan
pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan
hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa
dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat. Hasilnya,
kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong.
Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala- Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa banggsa dengan warisan yang dimiliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia.
Setelah
menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka memang
banyak membawa manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu,
konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya
konsep ini tidak difahami dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan
mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita
tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi
apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan,
sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan
1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat
Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia,
namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat
dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.
46 comments:
masyaralat
masyaralat pon boleh
terima kaci ciku gomawo woshi woshi
Good 👍👏
sangat menarik... terima kasih cikgu
Ada dua perkataan TYPo , Masyaralat dan banggsa
Tq cikgu
hahahah karaunya, yg unknown tu budak SMK tawau II kan? btw thnks cikgu!
niceeeee content (^_^)
kamaatan* bukan keamatan.
Godd job
Tema kasi cuku
👍Fantastic teacher
Thank youuuuuu teacher! Its helps me a lot ��
Thanks for your help~~
Yaya
OK lah
vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvery nice
very nice
Cikgu boleh tak buat contoh karangan, kepentingan perhimpunan rasmi sekolah
Terima kasih cikgu.😊
Ni bahagian a atau b
Baik nak mampus karangan ni.X pyah aku nk pening2 buat sendiri
betul tu
Bla bla bla
Terima kasih sebab bantu den siapkan hw den.. Buat somak je hw ni
Nda nda nda
Tysm!
karangan yang mantap dan isi yang menarik!!
Saya nk tanya apa maksud izharnya?
Molek2
Kepala kau
Tak ada dalam bahasa inggeris
Wah bagus nye saya dapat menguasainya
Nob
Terbaik cikguu
Kenape sush2 copy pastu translate jela
Sangat menepati kehendak soalan 👍terima kasih untuk perkongsian
cina babi copy kat page org lain
terima kasih cikgu sebab karangan ini banyak membantu apabila saya nak buat karangan tentang topik ini!
Terima kasih sbb share karangan ni.In fact memang sangat membantu betul..
Panjangnya..biasanya 6 perenggan tapi ni 10 perenggan 🙂
Kalau dia copy Pon ade menyusahkan hidup ke🤔
Tq...byk membantu
Tq cikgu
all the best batch 04
Post a Comment