29 October 2016

RAMALAN SPM 2016 - LATIHAN BINA AYAT DENGAN PERIBAHASA

LATIHAN BINA AYAT DENGAN PERIBAHASA

Tulis satu ayat dengan peribahasa di bawah. Ayat yang anda bina hendaklah menepati maksud dan mendukung maksud yang tepat dengan peribahasa tersebut.

LATIHAN 1
(i)        Seperti puteri lilin – takut akan kepanasan
(ii)      Pisang berbuah dua kali – tidak mengulangi kesalahan
(iii)    Indah khabar dari rupa – yang didengar dan yang dilihat sendiri adalah berbeza
[ 6 markah ]
LATIHAN 2
(i)        menangguk di air keruh – mengambil kesempatan
(ii)      sedangkan lidah lagi tergigit – suami dan isteri pasti pernah bergaduh
(iii)    seperti sirih pulang ke gagang – pulang ke tempat asal
[ 6 markah ]
LATIHAN 3
(i)        alah bisa tegal biasa – kerja yang susah akan menjadi mudah kerana biasa dilakukan
(ii)      melentur buluh biarlah dari rebungnya – mengajar anak-anak sejak kecil
(iii)    di mana ada kemahuan, di situ ada jalan – kalau ada cita-cita, kita akan berusaha untuk mencapainya
[ 6 markah ]
LATIHAN 4
(i)        otak cair - bijaksana
(ii)      bagai aur dengan tebing – saling memerlukan
(iii)    biar putih tulang, jangan putih mata – sanggup berkorban
[ 6 markah ]
LATIHAN 5
(i)        seperti abu di atas tunggul – keadaan yang bahaya
(ii)      cepat menangkap – mudah memahami pelajaran
(iii)    ada cincin hendakkan batunya pula - tamak
[ 6 markah ]
LATIHAN 6
(i)        beraja di mata, bersultan di hati – terlalu mengikut perasaan
(ii)      pukul anak sindir menantu – marah untuk tujuan mendidik
(iii)    Sealak-alak beras akan penyaram – membuat kerja sehingga selesai
[ 6 markah ]
LATIHAN 7
(i)        asal ada, kecil pun ada – mudah berterima kasih / bersyukur
(ii)      awak alah gelanggang usai – kalah pertandingan tetapi menang sokongan
(iii)    atap ijuk perabung timah – hidup miskin
[ 6 markah ]

No comments: