Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

15 August 2016

ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014 – 2015 (SOALAN 4 – PERIBAHASA)

ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014 – 2015 (SOALAN 4 – PERIBAHASA)
Soalan peribahasa menawarkan 4 markah. Soalan pada bahagian peribahasa lazimnya membimbangkan calon peperiksaan. Guru-guru juga berusaha untuk memperkenalkan dan mengajarkan peribahasa dalam Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 kepada murid sebagai persediaan untuk menghadapi soalan peribahasa dalam PT3 selain menggunakan peribahasa-peribahasa lain.
Pada tahun 2014, soalan peribahasa yang dikeluarkan oleh LPM ialah dua gambar rangsangan untuk setiap soalan peribahasa. Calon dikehendaki menjawab soalan peribahasa tersebut berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka. Berikut ialah jawapan kepada soalan sebenar tahun 2014:
Set 1
(a) bagaimana acuan begitulah kuihnya
(b) seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Set 2
(a) seperti murai dicabut ekor
(b) air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Set 3
(a)
- seperti layang-layang putus talinya
-laksana layang-layang putus teraju
-laksana layang-layang salah teraju
(b) sediakan payung sebelum hujan
Pada tahun 2015, soalan peribahasa yang dikeluarkan oleh LPM dalam ketiga-tiga set soalan ialah gambar tunggal yang membawa tema bekerjasama. Senarai jawapan yang diterima dalam peperiksaan tersebut ialah:
- Bagai aur dengan tebing
- Seperti aur dengan tebing
- Bagai aur dan tebing
- Seperti aur dan tebing
- Muafakat membawa berkat
- Muafakat mendatangkan berkt
- Muafakat menghasilkan berkat
- Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
- Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
- Bulat air oleh pembetung, bulat manusia oleh muafakat
- Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat
- Bulat air oleh pembetung, bulat kata oleh muafakat
- Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
- Bulat air oleh pembentung, bulat manusia oleh muafakat
- Bukit sama didaki, lurah sama dituruni
- Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
- Bagai lebah menghimpun madu
- Bagai semut menghimpun kelulut

BENTUK SOALAN PERIBAHASA RAMALAN 2016
Soalan PT3 kali ini saya ramalkan masih berkaitan dengan gambar. Berikut ialah soalan ramalan saya.
(a) gambar situasi kejayaan murid
(b) gambar tema bahasa jiwa bangsa
(c) gambar tema amalan/nilai yang murni
(d) menyatakan peribahasa yang berkaitan dengan gambar haiwan yang diberikan
(e) soalan situasi dalam gambar bersiri
(f) isi tempat kosong dalam ayat yang diberikan dalam soalan dengan berpandu pada gambar yang disediakan.

Dalam catatan INFO BM PT3 yang akan datang, analisis soalan komponen sastera akan menemui anda. Selamat mengulang kaji dan selamat membuat persiapan untuk menghadapi peperiksaan percubaan PT3.

Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ulang kaji dan soalan ramalan PT3 saya, klik pada pautan http://cikgutancl.blogspot.my/…/buku-kerja-dan-ramalan-pt3.… untuk mengetahui perkara yang lebih lanjut.

No comments: