15 August 2016

ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015 SOALAN 3 - SINTAKSIS

ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015
SOALAN 3 - SINTAKSIS
Soalan sintaksis sentiasa menjadi perhatian guru dan murid. Hal ini dikatakan demikian kerana persoalan tentang jenis soalan sintaksis yang akan diajukan kepada calon akan menjadi topik hangat dalam perbualan ilmiah mahupun sembang saran tentang ramalan.
Pada tahun 2014, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah ayat aktif kepada pasif dan sebaliknya untuk ketiga-tiga set.
Pada tahun 2015, soalan sintaksis yang dikeluarkan oleh LPM ialah transformasi ayat penyata kepada ayat tanya untuk ketiga-tiga set.
SINTAKSIS RAMALAN 2016
(a) Ayat bersusunan biasa kepada songsang
(b) Ayat bersusunan songsang kepada ayat biasa
(c) PIsahkan ayat atau cerakinkan ayat
(d) Sambungkan ayat atau gabungkan ayat
(e) Transformasi ayat seruan kepada ayat penyata atau transformasi ayat perintah kepada ayat penyata.
(f) Menukarkan ayat pasif biasa kepada ayat pasif songsang.
Dalam catatan INFO BM PT3 yang akan datang, analisis soalan peribahasa akan menemui anda. Selamat mengulang kaji pelajaran pada hujung minggu.
Kepada yang berminat untuk mendapatkan buku ulang kaji dan soalan ramalan PT3 saya, klik pada pautan http://cikgutancl.blogspot.my/…/buku-kerja-dan-ramalan-pt3.… untuk mengetahui perkara yang lebih lanjut.

No comments: