ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2015
SOALAN 1 - MORFOLOGI 2014
(SATU KESALAHAN BAHASA)
Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan kata sendi nama "di" dengan "pada"
(b) kekeliruan penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua, iaitu antara "kita" dengan "kami", "kamu" dengan "kami", dan "dia" dengan "beliau".
(c) kesalahan penggunaan bahasa istana (mandi - bersiram), (kelahiran - keputeraan), dan (memberikan - menganugerahkan).
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri pertama, kedua, dan ketiga
(e) kesalahan penggunaan frasa sendi nama "di atas" dengan "atas".
(f) kesalahan perimbangan frasa sendi nama "dari masa ke semasa" yang sepatutnya ditulis "dari masa ke masa" atau " dari semasa ke semasa"
SOALAN 1 - MORFOLOGI 2015
(SATU KESALAHAN BAHASA)
Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan bahasa istana (berucap- bertitah) dan (pergi-berangkat).
(b) kelewahan bahasa (semua mangsa-mangsa), (semua murid-murid), dan (beberapa orang tokoh-tokoh)
(c) unsur kelewahan kata sendi nama (demi untuk)
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri ketiga
(e) kesalahan kata "bila" dengan "apabila"
(f) kekeliruanpenggunaan kata sendi nama "kepada" dengan "akan"
RAMALAN 2016
1. bahasa istana (marah - murka) (bersetuju - berkenan) (anak - putera) (patik - hamba) (beta - baginda)
2. kesalahan kata hubung / kesilapan kata sendi nama
3. kesalahan penggunaan frasa kerja pasif diri pertama dan kedua
4. unsur kelewahan bahasa
5. kesalahan kata bilangan dan penjodoh bilangan
Soalan ramalan kadangkala memberikan motivasi kepada murid untuk bekerja lebih keras sewaktu mengulang kaji untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Apabila ada tip atau soalan ramalan, semangat mereka berubah menjadi lebih bersedia dan matang untuk menghadapi peperiksaan.
Nantikan kemunculan analisis soalan 2, kesalahan ejaan dalam ayat dan ramalannya.
Dapatkan buku kerja BM PT3 ramalan saya dengan klik pada pautan http://cikgutancl.blogspot.my/2016/07/buku-kerja-dan-ramalan-pt3.html
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment