Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

1 September 2015

INFORMASI BAHASA - PENGGUNAAN AYAT LARANGAN YANG BETUL DAN YANG SALAH

INFORMASI BAHASA
1 SEPTEMBER 2015
PENGGUNAAN AYAT LARANGAN YANG BETUL DAN YANG SALAH

Ayat larangan ialah ayat yang menggunakan kata larangan seperti berikut:
1. Jangan
2. Usah
3. Tak usah

Penggunaan kata larangan lazimnya dapat kita perhatikan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu. Oleh sebab itu, penggunaan kata larangan yang bertindih dengan kata permintaan dianggap lewah. Selain itu, bentuk ayat silaan dan permintaan biasanya tidak membawa pengertian yang negatif. Oleh sebab itu, ketidakgramatisan berlaku dalam pertuturan harian seperti yang berikut:

1.
Sila jangan merokok. û
Jangan merokok.
Sila merokok. û

2.
Tolong jangan ambil beg saya. û
Tolong ambil beg saya.
Jangan ambil beg saya.

3.
Minta jangan berludah di sini. û
Jangan berludah di sini.

PERINGATAN!

Ayat larangan dapat juga dilembutkan dengan menggunakan perkataan “harap” pada bahagian depannya.

Contohnya adalah seperti yang berikut:
Harap jangan merokok.
Harap jangan ambil.

Harap jangan berludah.

No comments: