UNTUK SKEMA JAWAPAN, SILA E-MEL SAYA.
Latihan rumusan penting untuk skor markah yang tinggi dalam SPM.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan!
CIKGU TAN
SOALAN SEBENAR SPM PERCUBAAN 2011 - SEKOLAH BERASRAMA PENUH
Baca petikan
di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan
berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi
melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang.
Kepentingan menjaga kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang
mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan
kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula
jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Persekitaran
hari ini yang serba moden dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan
mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan
di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Hampir di
setiap kawasan perumahan, ada disediakan taman untuk berekreasi.
Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara
teratur, sama ada dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan, mampu
mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh
merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan badan
dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada
gejala sosial yang tidak sihat, juga mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka
dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat
membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk
bergaul, menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka
untuk tidak mementingkan diri sendiri.
Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk
golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan
dalam pergaulan. Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman
dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih
mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek
kerohanian. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan
menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaik-baiknya. Remaja yang
suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam
pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan
mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi.
Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja.
Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat
pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah tuju atau
pilihan. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka
tanpa terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat
keputusan kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang
membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah
akan berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi
menggalakkan remaja aktif berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan
tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas.
(Dipetik dan diubah suai daripada rencana `Ayuh
Berekreasi’,
Dewan Siswa, Januari
2010)
Soalan 2(a)
– Petikan Umum
Berdasarkan
petikan, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud
rangkai kata menuju alam kedewasaan .
[2 markah]
(ii) Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi?
[ 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi.
Berikan tiga cadangan.
[4 markah]
4 comments:
cikgu..terima kasih..mohon hantar jawapan ke yatimushahar@gmail.com
Salam. Maaf jika mengganggu. Kami sedang menjalankan satu kaji selidik khas untuk guru-guru sekolah rendah dan menengah. Kaji selidik ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai proses penggubalan kertas soalan samada untuk kerja sekolah, ujian bulanan atau peperiksaan besar. Kaji selidik ini hanya mengandungi 14 soalan mudah dan mengambil masa kurang dari 5 minit untuk menjawab. Jika berminat boleh layari laman web di bawah:
Saya juga berharap agar anda dapat menyebarkan kaji selidik ini kepada rakan-rakan guru yang lain. Terima kasih!
terima kasih cg, mohon untuk jawapan latihan ,kheirez@yahoo.com
Sesiapa yang ingin mendapatkan jawapan untuk latihan ini, e-mel permintaan anda kepada cikgutancl@hotmail.com. Sila nyatakan perkara berikut:
1. Nama
2. Tempat tinggal
3. Pelajar atau guru atau tutor atau ibu bapa
4. Jawapan permintaan untuk catatan bertarikh _______
Terima kasih atas sokongan anda.
Cikgu Tan
Post a Comment