16 April 2009

Sampah-sarap atau sampah sarap?

Sejak akhir-akhir ini, banyak pengguna bahasa masih keliru akan perkataan "sampah sarap" dengan "*sampah-sarap". Baiklah, eloklah saya terangkan sebab "sampah sarap" betul dari segi tatabahasa.
Mengikut kamus dewan, makna "sampah" adalah seperti yang berikut:
1. sampah
benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina;
Selain itu, perkataan "sarap" pula bermakna:

1. sarap
sampah (daun-daun kering, debu, dll): dia mengibas-ngibas ~ ke tepi dinding dgn kain; sampah ~ berbagai-bagai sampah;
Oleh hal yang demikian, perkataan yang mempunyai makna yang sama tidak memerlukan tanda "sempang" atau "-". Lihat beberapa contoh perkataan yang tidak mempunyai tanda "-" kerana bukan kata ganda.


(i) bukit bakau (betul)
*bukan "*bukit-bakau" kerana bakau dan bukit sama makna


(ii) bukit bukau (betul)
*bukan "*bukit-bukau" kerana bukit dan bukau sama makna


(iii) bersatu padu (betul)
*bukan "*bersatu-padu" kerana bersatu dan padu sama makna


(iv) kasih sayang (betul)
*bukan "*kasih-sayang" kerana kasih dan sayang sama makna


(v) bersangkut paut (betul)
*bukan "*bersangkup-paut" kerana sangkut dan paut mempunyai makna yang sama


(vi) sanak saudara (betul)
*bukan "*sanak-saudara" kerana sanak dan saudara sama makna

3 comments:

akubudakgilozz said...

apa perbezaan bukit bukau dengan bukit bakau?

CIKGU TAN C L said...

Bukit bakau ialah kawasan yang berbukit tetapi dipunuhi pokok bakau.

Bukit bukau ialah kawasan yang ada banyak bukit.

Anonymous said...

Kamus dewan edisi berapa yang cikgu cari makna sampah tu?