25 April 2009

KARANGAN PELAJAR - PERANAN AKHBAR

Sejarah penebitan akhbar telah bermula pada Zaman Renaissance lagi iaitu selepas terhasilnya mesin cetak. Begitulah juga di Malaysia, dan kini terdapat pelbagai jenis akhbar seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, The Star, New Straits Time, Sin Chew Ji Poh dan Tamil Nessan. Sesungguhnya, akhbar-akhbar ini memainkan peranan penting di Negara kita iaitu Malaysia.
Salah satu peranan akhbar adalah sebagai alat penyebaran maklumat dan berita. Tahukah kita bahawa akhbar ini dapat dijadikan wadah untuk menyebarkan maklumat tentang perkara yang berlaku di negara kita dan negara luar? Sebagai contoh, kegawatan ekonomi global yang pada mulanya bermula di Amerika Syarikat telah disiarkan dalam akhbar. Penyebaran maklumat ini amat penting kepada pembaca di negara kita kerana sekurang-kurangnya kita mengetahui apa-apa yang telah berlaku sama ada di luar negara atau dalam negara. Begitulah juga dengan berita-berita sensasi seperti kejatuhan harga saham telah dijadikan berita utama dalam akhbar-akhbar.
Akbar juga berperanan sebagai alat untuk meluaskan ilmu pengetahuaan. Hal ini berlaku demikian kerana akhbar-akhbar di Malaysia menyediakan ruangan khas untuk pembaca menambahkan ilmu pengetahuan. Sebagai contohnya, akhbar Berita Harian menyediakan ruangan seperti ruangan resensi buku, sudut bicara agama dan sudut sastera dan budaya untuk menambahkan ilmu pengetahuan pembacanya. Selain itu akhbar juga berperanan sebagai saluran penyiaran hiburan. Dalam hal ini kebanyakan akhbar di Malaysia mempunyai ruangan khas untuk tujuan memberikan hiburan kepada pembacanya. Oleh itu, tidak hairanlah jika berita-berita atau gosip-gosip tentang artis menjadi daya tarikan di samping memberikan hiburan kepada pembaca.
Peranan akhbar yang berikutnya adalah sebagai sumber pendidikan. Sebagaimana kita sedia maklum, akhbar juga berperanan sebagai sumber pendidikan terutamanya kepada pelajar-pelajar ataupun murid-murid sekolah. Hal ini terjadi demikian kerana banyak perkara yang beleh diperoleh daripada akhbar. Sebagai contohnya. Program Galakan Membaca di sesetengah sekolah menggunakan akhbar sebagai sumber petikan, Sementara itu, ada sekolah yang menggunakan akhbar sebagai sumber untuk menjayakan Akhbar Dalam Dajah(ADD). Program ADD ini banyak membantu pelajar atau murid-murid sekolah meningkatkan pengetahuaan bahasa dan kemahiran penulisan. Naskhah sisipan seperti “SKOR”,”MINDA” dan”DIDIK” banyak membantu calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) meningkatkan kemahiran mereka dalam menghadapi peperiksaan awam.
Tuntasnya, akhbar-akhbar di Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan melahirkan modal insan cemerlang, gemilang, dan terbilang. Namum begitu, kerajaan perlu mengawal akhbar-akhbar di negara ini agar tidak salah menggunakan kebebasan berakhbar sehingga menghuru-harakan negara kita yang aman dan sejahtera.
Karangan ini ditulis oleh: xiang.92@gmail.com

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anda ada buat A1,A2,A3,A4,A5??? tiada pendapat tokoh, overall, bagus