12 June 2008

Remaja sekarang "TAK NAK" atau mereka waswas "NAK TAK"? Fikirkan?

Sekiranya kita merujuk kepada statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan, semakin banyak rakyat Malaysia yang merokok setiap tahun terutamanya lelaki. Malah, golongan wanita juga mula menunjukkan peningkatan yang mendadak. Pelajar sekolah juga tidak terkecuali. Sejak November 2004, didapati golongan belia terutamanya pelajar sekolah menengah menyumbang dua pulu peratus daripada statistik tersebut. Persoalannya, adakah mereka tidak mengetahui bahawa merokok membahayakan kesihatan setelah banyak kempen telah dilancarkan? Atau mereka memang sengaja menempah maut?

Banyak faktor yang menyebabkan fenomena ini berlaku. Antara faktor yang mendorong remaja sekarang merokok kerana pengaruh rakan sebaya. Rakan menunjukkan diri mereka yang sebenar. Sekiranya mereka memilih rakan yang salah, secara tidak langsung mereka juga terlibat dalam perkara yang tidak baik. Faktor kedua kerana ingin menunjukkan kematangan diri. Mereka berpendapat, apabila mereka merokok, maka mereka telah dewasa. Tanggapan ini salah sama sekali. Faktor ketiga ialah pengaruh bapa atau abang mereka. Pada hemat mereka, sekiranya bapa atau abang mereka boleh merokok, kenapa mereka tidak boleh? Tanggapan-tanggapan inilah yang perlu kita betulkan agar tidak banyak rakyat Malaysia yang akan merokok pada masa akan datang.

Sebagaimana kita sedia maklum, terlalu banyak risiko kesihatan akan wujud sekiranya kita merokok. Di dalam sebatang rokok terdapat lebih kurang dua puluh lima bahan kimia yang telah diuji boleh menyebabkan kanser. Antaranya ialah karbon monoksida, nikotin, tembakau, dan tar. Antara penyakit yang mungkin dihidapi oleh perokok ialah pereputan alveolus dalam paru-paru, Parkinson, kanser paru-paru, kanser rahim, katarak mata dan kanser gusi.

Setiap kekusutan boleh dileraikan, setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian. Pelancaran Kempen Katakan Tak Nak kepada Rokok. Walakin begitu, bilangan perokok makin bertambah. Kalau pendekatan tersebut tidak berkesan, eloklah kiranya perokok dikenakan denda yang tinggi. Namun begitu, ada juga golongan kaya yang mampu membayar denda yang dikenakan.Atau kerajaan boleh mengharamkan sahaja rakyatnya daripada merokok. Sesiapa yang didapati merokok sama ada di tempat awam atau persendirian akan dikenakan hukuman yang berat. Walau bagaimanapun, cara yang telah dicadangkan memerlukan kecekalan hati dan ketabahan diri sendiri untuk menghindari rokok.

Konklusinya,merokok secara terang, jelas dan nyatanya tidak membawa apa-apa kebaikan kepada manusia malah merosakkan serta mendatangkan bahaya kepada kita. Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan. Sekiranya ingin membanteras gejala merokok, banteraslah hingga ke akar umbi. Nescaya, rakyat Malaysia dapat menikmati kehidupan yang lebih bermakna. Elaklah kita sama-sama melaungkan “TAN NAK” kepada rokok. Ingatlah bahawa “setiap sedutan membawa maut”!



1 comment:

kamal said...

mentaliti remaja sekarang bukan setakat "tak nak" @ "nak Tak" cikgu tan .. bagi pendapat saya ..
mentaliti remaja sekarang seperti telah berevolusi .. pemikiran mereka telah dicampur adukkan dgn pelbagai genre yang tidak sepatutnya ..
maklumat yg masuk ke pemikiran mereka pada asalnya bagus tapi telah disalah gunakan ke arah yg tidak elok .. minda memainkan peranan penting dalam sesetiap perbuatan .. lagi satu disini .. disebabbkan "Pengaruh Rakan Sebaya"