Cuaca yang tidak menentu pada hari-hari sejak awal minggu lepas menyebabkan hati saya juga mengalami cuaca yang tidak menentu. Selain masih bergelumang dengan selesema yang sudah berlanjutan selama tiga hingga empat hari, saya juga seolah-olah tidak begitu bersemangat dalam banyak hal. Pada minggu kedua KELAS INTENSIF KOMSAS PMR di PTAG, saya dapati ada pelajar yang masih lemah dari segi gaya bahasa dan juga penulisan jawaban novel. Walakin begitu, kefahaman terhadap pantun tingkatan dua dalam kalangan pelajar saya anggap lebih baik daripada kefahaman pantun tingkatan satu. Hal ini mungkin kerana pelajar masih mengingati tajuk komponen sastera (komsas) tersebut. Saya berharap kelas-kelas yang akan datang para pelajar yang saya sayangi akan terus membuktikan pencapaian yang memberangsangkan dalam komsas. Bak kata peribahasa, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Dengan kesungguhan dan kegigihan yang tersemai dalam sanubari, tidak ada apa-apa yang dapat menghalang anda berjaya dalam peperiksaan. Saya masih teringat kata-kata A. Samad Said dalam kenyataannya tentang komsas semasa menghadiri menyuarat di Kota Kinabalu baru-baru ini. Yang paling mengejutkan saya ialah karya Sasterawan Negara A Samad Said, Abdullah Hussain tidak akan dimasukkan dalam teks komsas yang akan digunakan oleh pelajar mulai tahun 2009. Perhatikan petikan "youtube" di bawah. Sekian.
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Yang pertama sekali, saya hendak menyampaikan kekaguman saya kepada Cikgu Tan. Blog pertamanya adalah betul, adakah anda belum cukup sibuk lagi? Selain itu, inilah adalah pertama kali saya menjumpai blog yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Haha..
Yang kedua, saya berasa sangat malu dan bangga terhadap saya sendiri. Malu kerana saya tidak pernah menggunakan Bahasa Melayu sejak Tingkat Lima dan jelasnya, Bahasa Melayu saya telah merosot. (merosot? Adakah saya telah menggunakan perkataan yang salah?)Selain itu, malu kerana bahasa cikgu terlalu baik dan saya tidak pernah melihat sesepatah perkataan yang terdapat dalam blog cikgu. Bangga kerana saya masih dapat menghabiskan blog ini dalam Bahasa Melayu. haha~! (Walaupun telah mengambilkan masa saya yang agak lama =.="" )
Post a Comment