Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

26 October 2015

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI KOMSAS)

ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 5 (KOMPONEN SASTERA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 5
1
MRSM
Kepentingan sikap berwaspada sebelum ditimpa kesusahan
2
SBP
Kepentingan perpaduan dan semangat kerjasama
3
Kedah
Cerita – Berakit-rakit ke hulu...
4
Perlis
Kepentingan mempertahankan adat warisan.
5
Perak
Peranan pelbagai pihak menggalakkan remaja terlibat dalam penulisan kreatif.
6
Pulau Pinang
Faedah membaca kepada masyarakat.
7
Melaka
Aktiviti yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan penulis yang berjaya.
8
Negeri Sembilan
Cara belajar yang berkesan.
9
Johor
Langkah  menghargai sasterawan.
10
Kelantan
Usaha untuk menunjukkan rasa cinta akan negara.
11
Terengganu
Cerita berdasarkan peribahasa genggam bara api...
12
Pahang
Menarik minat pelajar mengunjungi perpustakaan sekolah.
13
YIK
Cerpen berdasarkan peribahasa ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.
14.
Sabah
Cerpen berkaitan menabung berdasarkan peribahasa melentur buluh...
15
Sarawak
Karangan berdasarkan peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung.


SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Orang tua-tua pernah berkata bahawa “membaca itu jambatan ilmu”. Huraikan langkah-langkah untuk membudayakan amalan membaca dalam kalangan murid sekolah.
[100 markah]
PENDAHULUAN
“Membaca itu jambatan ilmu” – kata orang tua-tua yang meninggalkan makna yang mendalam – amalan membaca bagaikan pembangunan modal insan secara tidak langsung – melahirkan warga yang bijak pandai – pelbagai langkah harus diambil untuk membudayakan amalan membaca – melahirkan warga yang bijaksana

ISI PENTING
1. Pihak pentadbir sekolah – menaik taraf perpustakaan sekolah – menjadikan perpustakaan sebagai gedung ilmu – membeli buku yang berkualiti dan bersesuaian – melahirkan warga sekolah yang suka membaca – ilmu itu pelita hidup – menerangi hidup kita dengan ilmu

2. Guru pusat sumber – berusaha untuk mempromosikan pusat sumber – menjadikan pusat sumber sebagai nadi Program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) – memberitahu anak-anak murid kepentingan membaca – mendedahkan mereka kepada kepentingan ilmu kehidupan

3. Guru kelas – mencadangkan pembinaan sudut bacaan – murid mendermakan buku yang berkualiti – menyusun buku di sudut khas – memudahkan murid membaca buku pada masa lapang – membantu murid menimba ilmu pengetahuan – meningkatkan pengalaman diri

4. Pengetua sekolah – memperkenalkan kepentingan membaca melalui kempen membaca – menganjurkan pameran buku di sekolah – menjemput penulis buku untuk menyampaikan ceramah motivasi tentang kepentingan membaca – menarik minat murid untuk membaca

PENUTUP
Amalan membaca – penting dalam kehidupan kita – menjadikan kita berfikiran matang dan rasional – mengatasi masalah dalam kehidupan – menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan – amalan membaca mesti terus disuburkan – membaca itu jambatan itu – membina jambatan ilmu yang kukuh memerlukan usaha yang gigih dan berterusan – melahirkan warga yang berwawasan dan berilmu!
(KBAT)
Anda akan menyertai pertandingan menulis cerpen yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tema cerpen yang diutarakan ialah perpaduan.
Tulis cerpen tersebut selengkapnya.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Kampung sentosa – penduduk berbilang kaum – hidup aman damai – hujan ribut melanda – kerosakan jambatan utama – menghubungkan ampung ke bandar – penduduk berasa gusar dan bimbang – berjalan dengan hati yang gundah – menemui penghulu
PERKEMBANGAN
Tok Penghulu muncul di serambi rumah – didatangi Mega, Salim, dan Tauke Tan – meluahkan kebimbangan mereka – Mega tidak dapat ke bandar untuk mengambil roti – Salim tidak dapat menghantar anak ke sekolah – Tauke Tan tak dapat berniaga
KONFLIK
Tok Penghulu meminta cadangan – Salim mencadangkan agar kutipan wang dibuat – Tauke Tan membantah – kerugian dalam perniagaan – Mega pula membantah kerana keuntungannya tak cukup untuk keluarga – Tok Penghulu menggaru kepala – berfikir

Tok Penghulu bimbang akan konflik yang berlaku – membuat perbincangan dengan orang kampung – mengumpulkan orang kampung di dewan orang ramai – masing-masing berkumpul dan menantikan kedatangan Tok Penghulu – masalah mesti diselesaikan
KLIMAKS
Tok Penghulu muncul – menyampaikan ucapan – menceritakan masalah yang berlaku – kerosakan jambatan utama menjejaskan kehidupan penduduk – malapetaka datang tanpa diduga – penduduk harus bersatu padu – menghadapinya dengan tabah – gotong-royong

Penduduk dibahagikan kepada tiga kumpulan – kumpulan pertama mendapatkan derma daripada penduduk – kumpulan dua dalam kalangan tukang kayu – kumpulan ketiga suri rumah tangga yang bercadang untuk memasak untuk penduduk yang bekerja keras
PELERAIAN
Selama 6 jam berusaha – melibatkan 50 orang penduduk – kerja pembinaan jambatan kukuh berjaya – hasil perpaduan berbilang bangsa – hidup bersatu padu – mendapat pujian Tok Penghulu – Mega, Tauke Tan, dan Salim berasa syukur – sedar bahawa perpaduan amat penting – bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – Tok Penghulu meminta penduduk terus mengekalkan perpaduan
(KBAT)
Peribahasa Melayu memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia sebagai panduan dan pedoman. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menghidupkan dan mempopularkan peribahasa Melayu dalam kalangan masyarakat.
[30 markah]

PENDAHULUAN
Peribahasa Melayu – pengamatan generasi terdahulu – memiliki makna yang maslahat – mampu dijadikan pedoman dalam kehidupan – dicipta dengan penilaian daripada alam semula jadi – diimplementasikan dalam kehidupan harian – semua pihak harus memainkan peranan – menghidupkan dan mempopularkan peribahasa
ISI PENTING
1. Pemimpin kerajaan – menjadikan peribahasa sebagai pedoman hidup – memasukkan peribahasa dalam ucapan – menjadikan peribahasa sebagai dasar pegangan – mampu mendidik dan memimpin rakyat – mendewasakan rakyat dengan peribahasa – terus subur
2. Ibu bapa – memperkenalkan peribahasa kepada anak – memberitahu anak tentang maksud peribahasa – mendedahkan anak kepada bahan bacaan – membeli kamus peribahasa – membuat rujukan – memasukkan peribahasa dalam karangan – fikiran matang
3.Pihak sekolah – menampal poster peribahasa – murid diajarkan peribahasa oleh guru subjek Bahasa Melayu – menerangkan cerita di sebalik peribahasa – menerangkan penggunaan peribahasa dalam ayat dan penulisan – menghidupkan peribahasa Melayu – subur dan segar
4. Media massa – menyiarkan rancangan berbentuk peribahasa – mencerdaskan minda rakyat tentang peribahasa – soalan kuiz dan pertandingan – menarik minat masyarakat – mengenali dan menghayati peribahasa – menggunakan ilmu dalam peribahasa kita
5. Pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) – menerbitkan buku tentang peribahasa – menjalankan dasar pemerkasaan peribahasa – mengadakan jerayawara dan bicarawara peribahasa – menimbulkan rasa ingin tahu rakyat – terus menghidupkan peribahasa Melayu
PENUTUP
Semua pihak – memainkan kepentingan mereka – berperanan untuk mempopularkan dan menghidupkan peribahasa Melayu – menjadikan peribahasa Melayu sebagai warisan negara yang agung – semua rakyat Malaysia harus mengetahui dan memahami serta menghayatinya – tidak melupakan akar didikan nenek moyang kita – hidup Peribahasa Melayu! bahasa jiwa bangsa! – hilang peribahasa hilanglah adat dan budaya – menyuburkan peribahasa Melayu – popular sampai bila-bila

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI ANTARABANGSA)

ANALISIS PERBANDINGAN
SOALAN PERCUBAAN BM SPM
SOALAN 4 (ANTARABANGSA)
NO
Negeri
Karangan B (Tema)
Soalan 4
1
MRSM
Faktor tarikh minat pelajar luar negara belajar di negara ini.
2
SBP
Pendatang asing timbulkan pelbagai masalah
3
Kedah
Kesan negatif pemerdagangan manusia
4
Perlis
Pelaburan asing sumber pembangunan sesebuah negara.
5
Perak
Kerjasama Malaysia dan negara lain tangani pemerdagangan manusia.
6
Pulau Pinang
Kerjasama antara negara meningkatkan industri pelancongan.
7
Melaka
Masalah pendatang asing.
8
Negeri Sembilan
Keamanan dunia – Peranan negara anggota PBB.
9
Johor
Penglihatan Malaysia dalam pelbagai bidang menaikkan nama di peringkat antarabangsa.
10
Kelantan
Tenaga kerja berkemahiran
11
Terengganu
Manfaat kerjasama Malaysia dengan negara lain.
12
Pahang
Kesan keganasan antarabangsa kepada masyarakat dunia.
13
YIK
Impak buruk negara yang mengalami perubahan iklim.
14.
Sabah
Faktor dan usaha - Jenayah siber
15
Sarawak
Langkah bantu negara yang alami bencana alam.

SOALAN RAMALAN 2015

(KBAT)
Banyak institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) membuka cawangan di negara kita. Huraikan kesan pembukaan IPTS di negara kita.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Pendidikan – kekayaan yang tidak dapat dijual beli – kerajaan mementingkan pendidikan negara – meluluskan pembinaan Institusi Pendidikan Swasta (IPTS) – universiti bertaraf antarabangsa membuka cawangan di Malaysia – Australia, Amerika, Britain – membawa pelbagai kesan kepada negara kita

ISI PENTING
1. meningkatkan kualiti pendidikan negara – membawa masuk tenaga pengajar yang berkualiti dan bertauliah – mempunyai pengalaman luas yang boleh dikongsi bersama rakyat Malaysia – generasi muda kini sangat bertuah – diajar oleh pensyarah yang berkelayakan tinggi – meningkatkan ilmu dan kualiti pendidikan sedia ada

2. menarik kedatangan penuntut di rantau Asia – membawa masuk pelajar asing yang ingin melanjutkan pelajaran – membawa masuk pendapatan sampingan kepada negara dan rakyat – membeli barangan buatan Malaysia – menyewa di rumah penduduk tempatan – membawa faedah kepada bidang ekonomi – bersaing dengan negara maju yang lain

3. banyak tenaga mahir dan profesional dapat dilahirkan – tidak perlu ke luar negara – modal insan kekal di negara sendiri – menjimatkan wang perbelanjaan pendidikan – mendapat ijazah daripada universiti yang bertaraf dunia – ibu bapa tidak perlu berjauhan dengan anak mereka – usaha serampang dua mata ini juga memanfaatkan negara – bekerja di negara sendiri selepas tamat belajar

4. rakyat tempatan dapat mengenali kebudayaan penuntut antarabangsa – berpeluang untuk berkenalan dengan pelajar dari seluruh dunia – mengetahui budaya mereka dan adat resam mereka – hidup harmoni sambil beramah mesra – menjadikan mereka hidup aman dan diterima oleh rakyat – mesra pelajar asing – tidak memulaukan mereka – menghidupkan semangat hidup serumpun yang harmoni

PENUTUP
Penubuhan IPTS – wajar digalakkan – membawa kesan yang baik – memastikan pelajar antarabangsa tidak menyalahgunakan pas pelajar untuk tujuan jenayah – menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan utama – Malaysia Boleh! – bidang pendidikan terus menjadi pemangkin pembangunan negara yang utama – melakar sejarah pendidikan yang tersendiri

(KBAT)
Kejayaan atlet Malaysia dalam pertandingan sukan antarabangsa mampu melonjakkan nama negara dalam bidang tersebut pada peringkat antarabangsa.
Huraikan pernyataan di atas.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Sukan – bidang yang penting kepada negara – pelaburan negara dalam bidang sukan bukan sedikit jumlahnya – berbilion-bilion ringgit dilaburkan dalam pembinaan prasarana sukan – melahirkan atlet yang mampu melonjakkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa
ISI PENTING
1. Dalam bidang badminton – Malaysia antara jaguh utama dunia – pernah meraih Piala Thomas – mengharumkan nama Malaysia – Misbun Sidek, Jalani Sidek, Rashid Sidek adalah antara nama besar pada zaman kegemilangan mereka – Datuk Lee Chong Wei – harapan utama negara – meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik

2. Dalam sukan skuasy – Malaysia memiliki puteri yang tersendiri – Datuk Nicol Ann David pemenang Piala Skuasy Dunia sebanyak 11 kali – melonjakkan nama Malayisa – memegang rekod juara dunia terbanyak – banyak berkorban demi negara – tinggal dan berlatih di luar negara – berjaya melakarkan nama negara di pentas dunia

3. Malaysia – juga ada juara yang hebat dalam bidang sukan akuatik – Pandalela Renong, gadis daripada Masyarakat Orang Asli di Sarawak – berpisah daripada keluarga – menempa nama dengan kejayaan hebat – mendapat pingat gangsa dalam Sukan Olimpik – menjadi harapan negara kecil seperti Malaysia – mencapai kejayaan lebih gemilang

4. Pasukan hoki kebangsaan Malaysia – pernah melonjakkan nama negara di pentas dunia – merangkul pingat emas dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel – memiliki barisan pemain yang profesional dan digeruni – berani mengasak dan bersaing dengan jaguh hoki dunia dari Pakistan dan India – menempa nama tersendiri dalam bidang sukan hoki
PENUTUP
Atlet Malaysia – ada kehebatan tersendiri – berjaya atas nama usaha dan pengorbanan – tidak berputus ada walaupun pernah menghadapi kegagalan – berani berjuang demi nama Malaysia – menggalas tanggungjawab negara – melonjakkan bidang sukan Malaysia – menjadi idola rakyat Malaysia – bersemangat “Malaysia Boleh” –berjaya kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.
(KBAT)
Negara-negara Asia merupakan negara pelancongan yang utama. Huraikan bentuk kerjasama yang boleh dijalankan oleh negara-negara serantau untuk menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama.
[100 markah]

PENDAHULUAN
Rantau Asia – antara rantau paling “hidup” dan “bernyawa” – banyak bidang yang sedang mengalami pembangunan pesat – bidang pelancongan menjadi nadi kehidupan penduduk rantau ini – negara-negara Asia – bergantung pada kerjasama antara negara di sini – menjadikan bidang pelancongan sebagai pendapatan utama
ISI PENTING
1. Pemimpin negara serantau perlu mengadakan persidangan – rundingan meja bulat untuk membincangkan keperluan dan kemaslahatan industri pelancongan – merangka dasar pelancongan serantau – menghapuskan penggunaan visa – menarik pelancong asing – melawat di Asia – menguntungkan negara yang terlibat

2. Kerjasama dari segi kemahiran memajukan pelancongan perlu dijalankan – mengadakan perbincangan tentang produk pelancongan – memastikan setiap negara yang terlibat memiliki produk istimewa – menampilkan keunikan dan kelainan – mengelakkan konflik tarikan pelancong – meningkatkan pendapatan negara – memajukan negara

3. Perkongsian ilmu – perlu dijalankan di rantau Asia – ilmu pemanduan pelancongan – ilmu promosi pelancongan – ilmu pemasaran produk pelancongan – menarik perhatian pelancong – membeli pakej pelancongan melalui laman web pelancongan serantau – keuntungan sama dibahagikan – pendapatan negara yang utama

4. Ejen pelancongan serantau – memiliki portal pelancongan tersendiri – menjadi pusat pengumpulan data pelancong – berguna untuk tujuan promosi – memudahkan penyebaran maklumat kepada pelancong – memiliki sistem yang mesra pelanggan – mengutamakan kemudahan pelancong – memilih Asia sebagai destinasi pelancongan yang utama
PENUTUP
Industri pelancongan – sumber pendapatan utama negara – mesti dimajukan dengan sedaya upaya – menjenamakan Asia sebagai destinasi pelancongan termasyhur – pasti dapat meningkatkan ekonomi negara – peluang pekerjaan dan perniagaan terbuka luas – di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya – sama-sama berusaha membentuk kerjasama – pelancongan ialah sumber pendapatan utama

25 October 2015

SPM 2015 - SOALAN RAMALAN (DIMENSI NEGARA)

SOALAN RAMALAN 2015
(KBAT)
Rakyat sesebuah negara yang bersatu padu dapat membina negara yang maju dan moden. Huraikan kepentingan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat di sesebuah negara.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Sebatang kayu – mudah dipatahkan – seberkas kayu – sukar dipatahkan – analogi ini membuktikan kepentingan semangat bersatu padu – rakyat dan negara saling memerlukan – memahami tugas membina negara yang maju dan moden dengan semangat bersatu padu
ISI PENTING
1. Semangat bersatu padu – mengelakkan tragedi hitam negara berulang – peristiwa 13 Mei 1969 berlaku kerana perpecahan kaum – rakyat berbilang kaum harus bersatu – membina kefahaman bawah perlindungan payung kedaulatan – menjamin keamanan dan kemajuan

2. rakyat yang bersatu padu – membangunkan negara – tidak akan menyalurkan khidmat dan jaga di negara orang lain – pulang ke tanah air dan bersatu dengan tenaga muda tempatan – sama-sama membangunkan negara – berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

3. penduduk yang bersatu hati – mengelakkan persengketaan dan konflik – memahami kebudayaan dan adat resam – tidak menghina agama orang lain sebaliknya menghormati kebudayaan masing-masing – membina mentaliti yang unik demi membangunkan bangsa

4. penduduk mesti bersatu hati – membanteras jenayah di dalam negara – menangkap anasir jahat yang cuba mengancam keselamatan negara – melaporkan kejadian jenayah kepada pihak berkuasa – mengamalkan konsep rukun tetangga demi keamanan dan keselesaan

5. penduduk Malaysia – harus berpegang pada prinsip bersatu kita teguh, bercerai kita roboh – rakyat berpecah jika tidak bersatu – rakyat memiliki jati diri kukuh juga bersatu hati – mementingkan agenda pembangunan negara daripada agenda peribadi – cinta akan negara
PENUTUP
Negara – perlu didiami rakyat yang bersatu hati – tidak mudah dipatahkan oleh pengaruh luar – terus kukuh berdiri dan teguh berjalan di alur cabaran kehidupan – mendepani masalah dengan hati yang tabah – membina bangsa yang bersatu demi negara tercinta – negara kita akan terus makmur dan maju demi mencapai kejayaan
(KBAT)
Kesesakan lalu lintas di negara kita sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.
[100 markah]
PENDAHULUAN
Jalan raya yang sesak – menggusarkan nadi dan membimbangkan jiwa – lewat tiba ke suatu destinasi – hati mula memberontak untuk memprotes kesesakan jalan raya – sikap ini salah – harus sedar bahawa semua pihak berperanan untuk mengatasi kesesakan lalu lintas pada waktu puncak
ISI PENTING
1. Kerajaan – memperlebar jalan yang sesak – jumlah kenderaan meningkat – pemilikan lesen semakin meningkat – jalan perlu lebar untuk mengatasi kesesakan pada awal pagi dan lewat petang – mengurangkan tekanan hidup penghuni kota konkrit

2. Ibu bapa – menggalakkan anak-anak mereka berbasikal ke sekolah – sesuai untuk jarak sekolah yang dekat – mengurangkan kesesakan – mengurangkan jumlah kenderaan di atas jalan raya pada waktu puncak – menjamin kelancaran jalan raya – usaha yang sesuai dan pragmatik

3. Pihak swasta – menarik minat pelabur asing ke negara kita – membina jaringan trend dan sistem aliran ringan (LRT) – meningkatkan kesedaran rakyat tentang kegunaan LRT – mengurangkan kesesakan jalan raya – masa dapat dijimatkan

4. Pihak sekolah – mengadakan seminar tentang kempen di atas jalan raya – menyeru murid dan guru berkongsi kereta jika berjiran – mengurangkan kesesakan di jalan raya – mengurangkan tempat letak kereta di sekolah – mengurangkan pencemaran udara dan bunyi

5. Media massa – menyiarkan rancangan yang berkaitan dengan kesesakan jalan raya – menyedarkan rakyat agar tidak memandu kenderaan jika tidak perlu – mengurangkan kesan rumah hijau – menghijaukan bumi di samping mengurangkan kesesakan lalu lintas
PENUTUP
Penduduk Malaysia – dapat memainkan peranan masing-masing – memastikan perjalanan kita lancar – kesesakan lintas hanya menjejaskan kualiti kehidupan dan mengancam kesejahteraan bumi – mula memainkan peranan masing-masing – mengurangkan kesesakan lalu lintas pada waktu puncak – pergi dan pulang ke rumah tanpa stres
(KBAT)
Industri penerbangan di Malaysia mampu menggalakkan industri pelancongan negara. Huraikan kebaikan daripada syarikat penerbangan tambang murah kepada rakyat dan negara.
[100 markah]

PENDAHULUAN
Industri pelancongan – periuk nasi negara kita – pendapatan utama negara sejak 1990 – Kempen Tahun Melawat Malaysia – penubuhan syarikat penerbangan tambang murah – AirAsia pada 1993 dan mula beroperasi pada 1996 – membawa kebaikan kepada rakyat dan negara
ISI PENTING
1. Rakyat – dapat melancong dengan kos yang rendah – sesuai dengan moto “Semua Orang Boleh Terbang” – menikmati cuti dengan bermanfaat – mengurangkan stres dan tekanan kehidupan – jauh perjalanan luas pemandangan – pengalaman dan pengetahuan luas

2. rakyat – dapat melancong ke mana-mana sahaja – jaringan penerbangan yang luas – menghubungkan negara dengan negara dan benua dengan benua – rakyat didatangi pelancong berbilang bangsa dan agama – mempelajari kebudayaan mereka – mesra pelancong

3. rakyat – mendapat peluang pekerjaan dan perniagaan – menjadi pramugara dan pramugari – AirAsia, Malindo Air, FireFlyz dan beberapa syarikat penerbangan tambang murah di Asia – produk pelancongan juga dapat dijual – barangan tempatan dijual di dalam penerbangan – nasi lemak dan sate – memajukan perusahaan makanan

4. negara – meningkatkan kemajuan dalam bidang penerbangan – industri yang semakin rancak – melebarkan sayap ke negara jiran untuk membuka cawangan – bekerjasama dengan syarikat tambang murah yang lain – menerima pendapatan daripada fi lapangan terbang

5. negara – menjadikan sektor pelancongan dan perhotelan di Malaysia – hotel dibina demi menampung permintaan yang tinggi – menjamin imej Malaysia – mengharumkan nama negara dari segi perkhidmatan baik dan mesra pelanggan – pilihan utama pelancong
PENUTUP
Industri penerbangan tambang murah – perlu memperluas jaringan – rakyat dapat makan angin – negara dapat meraih keuntungan – membangunkan bidang penerbangan – menjadi hab pengangkutan udara yang penting – sesuai dengan lokasi yang strategik – memberikan faedah yang banyak kepada semua pihak