Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

1 January 2020

NOMOFOBIA - PENYAKIT BAHARU ALAF INI

NOMOFOBIA - PENYAKIT BAHARU ALAF INI
ADAKAH ANDA SUDAH DIJANGKITI PENYAKIT NOMOFOBIA?
Nomofobia, iaitu masalah utama yang melanda bumi kita, iaitu masalah ketagihan tingkah laku yang berkait dengan penggunaan telefon bimbit secara berlebihan. Ciri-ciri utama seseorang diserang nomofobia ialah dia banyak menghabiskan masa untuk mengemas kini status dalam media sosial. Selain itu, dia akan memberikan respons kepada telefon bimbit walaupun dalam keadaan yang bahaya seperti memandu kenderaan dan berjalan di jalan raya yang sibuk.Selain itu, seseorang yang dilanda masalah nomofobia juga mengalami masalah panik jika telefon bimbit tidak ada di sisinya. Hal ini menyebabkan dia berasa tidak selesa sehingga telefon bimbit berada di depan matanya. Pada masa yang sama, seseorang yang mengalami nomofobia juga akan menghindari komunikasi secara terbuka. Dia lebih suka berkomunikasi secara maya dan semakin kurang mesra ketika berdepan dengan orang lain. Seterusnya, seseorang yang dilanda nomofobia juga akan berasa panik apabila telefon bimbitnya kehabisan bateri. Dia akan berasa seram dan takut serta berusaha untuk mencari “power bank” untuk mengecas bateri telefonnya. Emosinya juga mudah terganggu jika tidak ada capaian Internet atau kelajuan Internet menjadi lambat tiba-tiba. Bukan itu sahaja, seseorang yang menggunakan telefon bimbit melebihi empat jam sehari juga dikenal pasti mengalami nomofobia. Dia akan rela tidur di samping telefon bimbit dan melihat telefon bimbit sebaik-baik terjaga. Kesimpulannya, kita perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi masalah nomofobia jika mempunyai tanda-tanda seperti di atas.
Kongsikan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga yang mengalami masalah ini. Sama-samalah kita berdoa agar mereka sedar akan masalah yang berlaku dan mengawal diri daripada terus dijerat penyakit daripada gajet ini.
SUMBER: NOTA BAHASA MELAYU BULAN JANUARI TINGKATAN 3, 2020 (HALAMAN 75-76, EDISI GURU)
Pautan pembelian buku dalam talian:
https://shopee.com.my/product/53741750/3613643784/

No comments: