Pada 18 Januari 2020, SMJK Chong Hwa, Kuala Lumpur telah mengundang saya untuk menyampaikan bengkel LADAP yang berkaitan dengan teknik pembinaan modul dan item peperiksaan serta perkongsian ilmu tentang KSSM. Terima kasih Cikgu Angie Wong atas undangan melalui media sosial whatsapp 0122099440 kepada saya dua minggu sebelum bengkel dijalankan.
Pada awal pagi, saya berkongsi pengalaman saya sebagai pembina modul dan item peperiksaan dalam inovasi saya berlandaskan format dan sumber seperti Tatabahasa Dewan, DSKP, dan Buku Teks Tingkatan 1-5. Perkongsian ini membantu guru mendapatkan ilham dan idea untuk membina item yang jitu lagi berpadanan dengan konsep pentaksiran dan peperiksaan. Dengan cara ini, keyakinan guru dan keberkesanan soalan peperiksaan yang berkualiti dapat menjanakan keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.
Selepas perkongsian idea pembinaan item, saya juga berkongsi idea membina modul yang mesra calon yang ingin mudah lulus (MULUS) dan calon antara gagal dengan lulus (GALUS) serta calon yang cemerlang dan sederhana. Konsep pembinaan item ini haruslah berbeza kerana pemikiran dan penguasaan calon juga berbeza. Selepas itu, saya membina rajah I-Think untuk membezakan DSKP dan item-item penting dalam DSKP agar dapat difahami oleh guru-guru.
Kemudian, saya juga menyampaikan idea kepada guru untuk membantu murid yang sederhana untuk menjanakan idea dan huraian yang mantap dalam penulisan. Pengkongsian ini memberikan inspirasi kepada guru untuk terus berjuang agar dapat memberikan bantuan dan kepakaran mereka untuk mendorong calon sederhana dan lemah untuk menulis karangan dengan baiknya. Saya bersyukur kerana pihak sekolah berharap agar saya menjadikan sekolah mereka sebagai "sekolah angkat" dan terus memberikan bimbingan kepada guru-guru dari masa ke masa.
Saya berdoa agar SMJK Chong Hwa Kuala Lumpur yang cemerlang dalam kokurikulum juga akan gemilang dalam akademik agar keterbilangan murid akan menjadi buah mulut masyarakat demi memartabatkan dan mempertingkatkan nama baik sekolah serta imej sekolah pada masa depan. Saya juga berharap agar guru-guru yang menyertai bengkel ini berpuas hati dan terus berusaha untuk mencanai kejayaan daripada usaha dan kudrat masing-masing demi panitia, sekolah, bangsa, dan negara.
Jika ada pihak sekolah yang ingin mengundang saya, sila hubungi saya pada talian 0122099440. Saya sentiasa sudi membantu pihak sekolah di mana-mana juga dan pada bila-bila masa juga.
|
Perbincangan dan persediaan sebelum bengkel. |
|
Prapenyampaian bengkel dengan sesi suai kenal. |
|
Cikgu Tan mula beraksi. |
|
Guru-guru subjek Bahasa Melayu memberikan perhatian pada perkongsian ilmu. |
|
Rajah I-Think digunakan untuk membandingkan DSKP dan idea PdPC |
|
Perkongsian pengalaman dan pengetahuan kepada guru. |
|
Terima kasih kepada Ketua Panitia yang sudi mengundang saya! |
|
Sesi soal jawab yang rancak tetapi suasana santai! |
|
Guru-guru gembira kerana bengkel selesai dan sesi swafoto bermula. |
No comments:
Post a Comment