RAMALAN 1
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar.
Bukan kerana penangan sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana
harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit sebanyak itu. Aku tidak ada niat
langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket
kulit pilihan hati. Wajah kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya
sudah lebih setengah jam kami berada di dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil
angin segar di luar kedai. Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah
mereka. Tinggal aku sahaja yang masih berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang
tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have
no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality and
only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very
much for everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba
menanggalkan jaket itu.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah hati aku berdebar-debar?
[2
markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh
peniaga untuk menarik minat pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
[3
markah]
(iii)
Huraikan satu perwatakan aku yang
terdapat dalam petikan di atas dan satu
perwatakan lain daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i)
Hati aku berdebar-debar kerana
-harga yang disebutkan amat tinggi
-“aku” tidak memiliki duit sebanyak itu
(ii)
Untuk menarik minat pelanggan, peniaga bolehlah
-memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk
-memberikan perkhidmatan selepas pembelian
-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan
(iii)
Perwatakan aku dalam petikan
-seorang yang berbudi bahasa / sopan
B- meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak
membelinya
Perwatakan
aku dalam keseluruhan cerpen
-seorang yang bijaksana
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar
negara
-seorang berhati-hati / rasional
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barang
-seorang yang penyayang / baik hati
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat
sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 2
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti,
kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai
menjual baju terpakai di tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu
kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri dan kanan. Terdapat tali bermanik
hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus menjamin keselamatan isi
poket. Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan sedikit duit di
poket kiri. Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke
bawah jaket. Rumah butangnya besar dan dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang
membolehkan jaket itu dizip sampai ke pangkal leher. Kolarnya tinggi dan
lengannya boleh dilipat.
Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh
dunia. Dari negara miskin Bangladesh hingga negara mewah United Kingdom. Dari
Indonesia di Asia Tenggara hingga Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk
mencari pengganti jaket kain itu.
Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai
jaket kulit berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher
itu boleh berfungsi sebagai topi jika ditarik ke atas. Potongannya memang
cantik. Bertali, berpinggang, labuh separas lutut dan kelihatan sopan. Memang
nampak seperti jaket untuk wanita.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh
pekedai itu cantik?
[2
markah]
(ii)
Sebagai seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan
sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian?
[3
markah]
(iii)
Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada cerpen
tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i)
Aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai
itu cantik kerana
-bertali
-berpinggang
-labuh paras lutut
-kelihatan sopan
(ii)
Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian
-kualiti jaket yang tahan lama
-perkhidmatan selepas pembelian seperti mengubah suai saiz
-harga yang berpatutan
(iii)
Pengajaran dalam Petikan
-Kita mestilah rajin berusaha tanpa berputus asa dalam
perniagaan
B- pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak
membeli jaket yang dijualnya, sebaliknya menunjukkan sehelai jaket yang
berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah
Pengajran
dalam keseluruhan cerpen
-Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
B-Mas bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di
luar negara
-Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli
barang
B-Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barang
-Kita mestilah sayang akan ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat
sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 3
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Sebenarya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli
jaket kulit kijang (aku mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket
tersebut). Aku memandang jaket yang kini terletak di atas katil. Aku hanya
membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan USD20 daripada harga pasaran
gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan
harian di Malaysia. Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca
terik di tanah air. Jika keluar negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada
musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh.
Tidak boleh dilipat sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya
sesuatu yang tahan lasak. Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat
dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor
kijang telah dibunuh untuk mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak
ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal disebabkan ada nyawa yang terpaksa
dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit sebenarnya lambang kemegahan dan
kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan pemujaan diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah hati aku beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang sangat
cerewet?
[2 markah]
(ii)
Kijang merupakan antara binatang liar
yang kian pupus.
Pada pendapat anda,
bagaimanakah cara untuk memastikan binatang-binatang liar terus terpelihara dan
tidak pupus daripada bumi ini?
[3
markah]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen
tersebut yang tidak dalam petikan.
[4 markah]
(i)
“Aku” beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang cerewat kerana
-dijaga dengan rapi
-tidak boleh dibasuh
-tidak boleh dilipat sembarangan
(ii)
Cara memastikan binatang liar terus terpelihara
-memperuntukkan hutan simpan atau taman negara
-membuat kajian dan penyelidikan tentang baka dan
pembiakan binatang liar
-pembinaan zoo dan taman binatang liar
-menguatkuasakan undang-undang hidupan liar
(iii)
Persoalan aku dalam petikan
-pakaian merupakan lambang kemegahan dan kemewahan
B- “aku” beranggapan bahawa pemakaian jaket kulit kijang
melambangkan kemegahan dan kemewahan
Persoalan
dalam keseluruhan cerpen
-kebijaksanaan membuat perancangan
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar
negara
-sikap hati-hati dalam pembelian
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barang
-Kasih sayang kepada ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat
sewaktu melancong ke luar negara
RAMALAN 4
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui
sistem pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum
meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili
bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah
api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun
jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti kata bonda kepada saya setiap kali
menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah
menabur bara sengekata melalui pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak
seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di bandar-bandar besar sebagai peniaga dan
pengusaha lombong bijij timah. Bangsa kedua terbiar daripada arus pembangunan
dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar sebagai nelayan dan
pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di
ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok
dan benteng perkauman yang tebal...”
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Mengapakah penjajah dikatakan
mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak seimbang?
[2
markah]
(ii)
Penjajahan terhadap sesebuah negara
meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda,
apakah kesan-kesan tersebut?
[3
markah]
(iii)
Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen tersebut.
[4
markah]
(i)
Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak seimbang
kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagaio nelayan dan
pesawah
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet
yang mundur
(ii)
Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena
tembakan
(iii)
Persoalan dalam petikan dalam petikan
-Masalah perpecahan kaum
B- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah
dan perintah
-kekejaman penjajah pada zaman penjajahan
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui
sistem pecah dan perintah
Persoalan
dalam keseluruhan cerpen
-kepentingan bahasa kebangsaan
B-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi
penghubung kepada rakyat berbilang agama dan bangsa
-janji seorang anak kepada ibu
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina
kehidupan baharu di kota
RAMALAN 5
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca
kehebatan nenek moyang bangsa peribumi di tanah ini pada abad silam adalah
kerana tiga perkara. Pertama, agama anutannya yang berpaksikan akidah yang
satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua
rakyat pelbagai keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada
raja yang memerintah dengan adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara
sejarah silam dengan keadaan yang berlaku pada hari ini. Saya melihat betapa
jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu, baik daripada
landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa
saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya
merasakan sekelumit ilmu mengisi dada saya sudah mampu membolehkan saya
berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang agung itu. Kepada bonda, saya
sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempuma di ibu kota. Tanah
desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih menerus.
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang
stabil untuk merancang kehidupan masa depan saya.
(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’
oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa peribumi ini yang ditemukan oleh
sejarawan?
[2
markah]
(ii)
Pada pendapat anda, selain berbekalkan
ilmu pengetahuan, apakah persediaan-persediaan lain yang perlu dilakukan
sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain?
[3 markah]
(iii)
Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4
markah]
(i)
Kehebatan nenek moyang
-agama yang dianuti nenek moyang berpaksikan satu akidah
-bahasa ibuda menjadi penghubung semua rakyat pelbagai
keturunan dan golongan
(ii)
Persediaan sebelum berhijrah ke tempat lain
-mengenali dan mempelajari bahasa di tempat baharu
-membaca buku yang berkaitan dengan adat resam dan pantang
larang di tempat baharu
-mengkaji dan mencari maklumat tentang tempat yang penting
dan nombor kecemasan di tempat baharu
(iii)
Latar masyarakat dalam petikan
-masyarakat yang bijaksana
B- nenek moyang bijak berhubung antara satu dengan yang
lain dengan bahasa ibunda
Latar
masyarakat dalam keseluruhan cerpen
-masyarakat penjajah yang kejam
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui
sistem pecah dan perintah
-masyarakat yang berpegang pada janji
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina
kehidupan baharu di kota
RAMALAN 6
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
“Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang
berstatus tanah pertanian. Apalagi yang wajar dibuat selain berkebun dan
menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang dengan beberapa orang. Aku
sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab memajukan bidang
pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan.
Dia memutuskan untuk menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah
syarikat besar. Syarikat ini beroperasi dan terkenal di seluruh dunia sebagai
Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di Malaysia dengan nama
Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatanya RAJA. Hakim membuat keputusan
memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu sangat
mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini
kerajaan sangat mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti
mengeluarkan lebih banyak makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan
puan-puan, sebahagian besar bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang
diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu ekar tanah yang terbiar kosong dan
tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras, ikan, daging, ayam dan
sayur-sayuran import?
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Apakah yang dilakukan oleh Hakim sebelum
memulakan projek penternakan ayam?
[2
markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjalinkan kerjasama dengan
syarikat besar dalam melaksanakan projek penternakan seperti Hakim?
[3 markah]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen
tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(i)
Sebelum memulakan projek penternakan, Hakim
-mendapatkan nasihat dan berbincang dengan beberapa orang
-berbincang dengan agensi kerajaan yag bertanggungjawab
untuk memajukan bidang pertanian
(ii)
Kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar
-mempunyai modal yang lebih besar untuk membina syarikat
-memiliki imej dan nama yang tersendiri
-dapat memperbesar dan membuka banyak cawangan
(iii)
Persoalan dalam petikan
-Kepentingan mendapatkan nasihat perniagaan
B- Hakim mendapatkan nasihat daripada agensi kerajaan
untuk memajukan bidang pertanian
Peroalan
dalam keseluruhan cerpen
-keberanian mempertahankan hak pusaka
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak
Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan menghadapi masalah dalam perniagaan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk
memperbesar perniagaannya
RAMALAN 7
Soalan 2 (b)
- Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan
teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah.
“Yang Arif, apabila raja meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh
membantah perintah raja? Dia akan dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya
akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada
raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti atau sebarang tandatangan
atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si Kunani menang
dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang memang dan berhak menerima apa-apa
hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan
syarat yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang
dituntut oleh anak guam saya.”
Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak
payah aku ceritakan butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca
oleh tuan hakim di kamar pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar di
hujung kampung dan di tepi belukar itu kini sah menjadi milik Hakim bin Hassan
bin Kaduk. Alhamdulillah.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan
Bahasa dan Pustaka)
(i)
Apakah yang bakal berlaku sekiranya Pak
Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja?
[2
markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh
generasi akan datang untuk memelihara tanah pusaka?
[3
markah]
(iii)
Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai kemanusiaan lain daripada
cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]
(i)
Sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja
-dia akan dituduh sebagai penderhaka
-kepalanya akan dipancung
(ii)
Usaha untuk memelihara tanah pusaka
-mempunyai sijil pemilikan tanah yang sah dan menjaganya
dengan baik
-mengusahakan tanaman atau ternakan di atas tanah pusaka
-membina rumah di atas tanah pusaka demi keselesaan
keluarga
(iii)
Nilai kemanusiaan dalam petikan
-Ketaatan
B- Azam yang menjadi peguam kepada pihak Pak Kaduk berkata
bahawa Pak Kaduk tidak berani membantah perintah raja kerana dia akan dituduh
penderhaka dan kepalanya akan dipancung
Nilai
kemanusiaan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak
Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk
memperbesar perniagaannya
4 comments:
Trima kasih atas ilmu yang dikongsi..
Izinkan saya untuk mengambilnya sebagai rujukan
Boleh dijadikan rujukan yg baik untuk plajar...
Oke
Post a Comment