INFORMASI BAHASA
IMBUHAN PINJAMAN SANSKRIT “PRA”
Awalan pra- ialah awalan yang produktif. Hal ini dikatakan demikian kerana imbuhan ini menerbitkan banyak kata nama yang membawa pengertian sebelum atau syarat kepada sesuatu kata yang mengikutinya. Contohnya:
pra + akhir = praakhir
pra + anggapan = praanggapan
pra + bayar = prabayar
pra + cetak = pracetak
pra + cukai = pracukai
pra + haid = prahaid
pra + kata = prakata
pra + masa = pramasa
pra + matang = pramatang
pra + moden = pramoden
pra + sangka = prasangka
pra + saran = prasaran
pra + sarana = prasarana
pra + sarjana = prasarjana
pra + sejarah = prasejarah
pra + sekolah = prasekolah
pra + setia = prasetia
pra + siswazah = prasiswazah
pra + sunting = prasunting
pra + syarat = prasyarat
pra + tonton = pratonton
pra + universiti = prauniversiti
pra + usul = prausul
pra + wacana = prawacana
Harus diingat, imbuhan pinjaman pra- tidak sama dengan imbuhan pinjaman pro-. Hal ini dikatakan demikian kerana imbuhan pro- membawa maksud bersetuju dengan, menyebelahi, atau menyokong. Oleh sebab itu, kesilapan berikut perlu dielakkan.
pra-Malaysia (salah)
pro-Malaysia (betul)
pra-Amerika (salah)
pro-Amerika (betul)
Kita akan membincangkan imbuhan pinjaman pro- dalam informasi bahasa yang akan datang.
Bunga telepuk kembang semerbak,
Kembang bersusun setiap batang;
Awan bertepuk mega bersorak,
Bulan terbit dipagari bintang.
Janganlah kita tertunggu-tunggu atawa termalu-malu untuk menggunakan bahasa Melayu yang betul dan gramatis. Dengan ilmu bahasa yang ada pada diri kita, saya yakin bahawa kita akan lebih berkeyakinan untuk memartabatkan dan mengantarabangsakan bahasa Melayu, bahasa kebangsaan kita.
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
No comments:
Post a Comment