Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

26 November 2014

PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA - SPM

PEMBINAAN AYAT DENGAN PERIBAHASA

FORMULA A
Siapa + buat apa + peribahasa
contoh: Murid-murid kelas 5A bekerjasama membersihkan kelas bagai aur dengan tebing.

FORMULA B
Oleh sebab + peribahasa + siapa + buat apa
Contoh:  Oleh sebab di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, Ali telah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang. 

FORMULA C
Siapa + berpegang pada prinsip + peribahasa + telah + buat apa
Contoh: Fauzi yang berpegang pada prinsip biar putih tulang, jangan putih mata telah menyertai pasukan tentera demi mempertahankan kedaulatan negara.

FORMULA D
Kita mestilah + buat apa + kerana + peribahasa
Contoh: Kita mestilah makan makanan yang seimbang untuk mengelakkan penyakit berbahaya kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.


No comments: