10 September 2014

SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011

SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011
NO
PERIBAHASA
MAKSUD
1
bagai aur dengan tebing
bekerjasama dan menjalin hubungan yang erat
2
a)      bagai dakwat dengan kertas
b)      bagai isi dengan kuku
hubungan yang rapat dan tidak dalam dipisahkan lagi
3
a)    bagai ikan pulang ke lubuk
b)   bagai belut pulang ke lumpur
c)    bagai sirih pulang ke gagang
d)   bagai gagak pulang ke benua
e)    setinggi-tinggi terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
orang yang merantau (pergi ke sesuatu tempat) akhirnya kembali ke tempat asal
4
bagai menatang minyak yang penuh
menjaga anak dengan kasih sayang dan penuh perhatian
5
a)     bagai pinang dibelah dua
b)    bagai cincin dengan permata
pasangan yang sepadan dan secocok
6
a)      bahasa jiwa bangsa
b)      bahasa menunjukkan bangsa
c)      hilang bahasa lenyaplah bangsa
bahasa merupakan identiti sesuatu bangsa yang harus digunakan dengan betul
7
benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
seseorang yang berasal daripada keturunan yang baik, ke mana-mana pun akan menjadi baik
8
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
hanya orang yang menanggung penderitaan tahu akan keperitannya
9
a)     bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi
b)    pokok tidak akan bergoyang kalau angin tidak bertiup
sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
10
a)      di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung
b)      masuk ke kandang kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
menghormati adat resam dan kebudayaan di tempat yang kita tujui
11
a)      hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
b)      berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
c)      ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni
d)      terendam sama basah, terampai sama kering
sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan
12
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
orang yang ingin membuat sesuatu akan berusaha untuk melakukannya manakala orang yang tidak mahu membuat sesuatu akan memberikan alasan atau berdolak-dalik apabila disuruh membuat sesuatu.
13
jauh perjalanan luas pemandangan
pengalaman dapat ditimba melalui pelancongan atau penjelajahan ke luar negara
14
mata pena lebih tajam daripada mata pedang
kata-kata seseorang atau hasil tulisan dalam media memberikan kesan yang lebih baik.
15
a)     muafakat membawa berkat
b)    bersekutu bertambah mutu
c)     bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh.
16
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
golongan muda merupakan tenaga muda yang penting untuk membangunkan negara
17
seperti air dalam kolam
perasaan tenang
18
seperti burung di dalam sangkar emas
hidup mewah tetapi tidak mendapat kebebasan
19
ukur baju di badan sendiri
perbelanjaan haruslah bersesuaian dengan pendapatan kita
20
a)      usaha tangga kejayaan
b)      asal ditugal adalah benih
c)      rajin usaha tangga kejayaan
manusia yang gigih berusaha akan mencapai kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang yang diceburinya.

No comments: