10 September 2014

PERIBAHASA MELAYU YANG POPULAR DALAM SOALAN SPM

NO
PERIBAHASA
MAKSUD
1
bagai kaca terhempas ke batu
sangat sedih
2
bagai menatang minyak yang penuh
menjaga dengan penuh kasih sayang
3
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan
4
ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
berjimat cermat sementara ada wang
5
kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
hidup miskin dan melarat
6
kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
berterima kasih atas bantuan orang
7
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
kerana salah cakap, imej diri tercemar
8
kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak
kesalahan orang lain yang kecil nampak, kesalahan sendiri yang ketara tak nampak
9
menangguk di air keruh
mengambil peluang atau kesempatan sewaktu orang lain menghadapi masalah
10
mendapat durian runtuh
mendapat bonus
11
menjaga tepi kain orang
suka mencampuri urusan orang lain
12
pisang tidak akan berbuah dua kali
tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama
13
sediakan payung sebelum hujan
membuat persediaan rapi untuk menghadapi sesuatu
14
sekali jalan sesat, dua kali jalan tahu
tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama
15
seperti cacing menjadi naga
tidak berkuasa dan berpura-pura berkuasa
16
seperti pahat dengan penukul
hanya membuat kerja apabila dipaksa atau disuruh
17
sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula
seseorang yang berpura-pura ingin tahu sesuatu perkara walaupun dia sudah mengetahuinya
18
yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan
perkara yang baik dijadikan contoh dan perkara yang tidak baik dijauhi

7 comments:

hannah๑hyu said...

Cikgu, bolehkah saya tanya adakah soalan peribahasa SPM keluar daripada buku teks tingkatan 4 & 5 saja?

CIKGU TAN CL said...

YA

Nur Syafiqah said...

Cikgu,saya lemah bhgian tatabahasa kertas 2.Jadi cikgu ada tips nk kongsi dgn saya utk skor dlm kertas 2?

zainuddin zahari said...

terima kasih cikgu kerana telah membantu saya dalam memahami kesemua maksud peribahasa yang saya tidak faham

izzy izyani blurr said...

Terima kasih cikgu.. Semua yg ada dalam blog ini amat membantu saya..

sharmine nasip said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Dari buku teks SAHAJA ke cikgu