Sesiapa yang ingin mendapatkan jawapan untuk latihan ini, e-mel permintaan anda kepada cikgutancl@hotmail.com. Sila nyatakan perkara berikut:
1. Nama
2. Tempat tinggal
3. Pelajar atau guru atau tutor atau ibu bapa
4. Jawapan permintaan untuk catatan bertarikh _______
Terima kasih atas sokongan anda.
Cikgu Tan
LATIHAN 1
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Banjir kilat yang melanda bandar-bandar besar banyak memusnahkan harta benda. Selain itu, terdapat juga banyak nyawa yang terkorban. Banjir ini menyusahkan rakyat. Banjir kilat ini berpunca daripada longkang yang tersumbat. Banyak sampah sarap yang dibuang ke dalam tanah. Masalah dapat diatasi sekiranya masyarakat berubah sikap dengan tidak membuang sampah ke merata-rata tempat. Sistem perparitan dibaiki dan diuruskan dengan lebih sistematik.
[ 6 markah ]
LATIHAN 2
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Buah manggis terkenal sedap. Buah manggis enak dimakan mentah. Buah manggis mempunyai kulit tebal. Kulitnya tidak boleh dimakan. Buah manggis mempunyai isi yang putih dan manis. Kulit manggis mempunyai pewarna atau getah yang sukar hilang jika terkena baju. Buah manggis kaya dengan Xantho. Xantho merupakan sejenis antioksida. Buah ini dikatakan boleh membantu memulihkan sistem imunisasi badan.
[ 6 markah ]
LATIHAN 3
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Bunga melur banyak digunakan dalam perubatan. Bagi masyarakat Melayu antara kegunaannya adalah untuk mengubati sakit mata (merah mata). Bunga melur juga dapat mengubati bengkak akibat sengatan lebah. Jika mendapat sakit mata ambil segenggam daunnya. Kemudian ditumbuk halus dan ditampal pada dahi. Setelah kering, tampal yang lain pula. Lakukan hingga berasa lega (sembuh). Bagi mengubati bengkak akibat gigitan lebah lupa ambil segenggam bunganya. Kemudian diramas hingga hancur dan ditampal pada bahagian yang terkena sengatan itu.
[ 6 markah ]
LATIHAN 4
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Beberapa jenis makanan segera boleh menyebabkan kanser. Makanan tersebut mempunyai terlalu sedikit khasiat untuk badan. Makanan segera boleh menambahkan berat badan sehingga menjurus kepada masalah kegemukan. Pelbagai penyakit berpunca daripada masalah kegemukan. Penyakit-penyakit seperti paru-paru, payu dara, dan pangkal rahim dibuktikan disebabkan oleh masalah kegemukan berlebihan. Penyakit-penyakit ini sangat berbahaya. Masyarakat perlu berhati-hati memilih makanan dan mengamalkan pemakanan seimbang. Masyarakat yang tidak peka dengan menu yang diambil menyebabkan terdedah kepada masalah kegemukan . Mereka akan mendapat penyakit-penyakit yang berkaitan kegemukan.
[ 6 markah ]
LATIHAN 5
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menggalakkan pengitaran semula bahan-bahan buangan. Tujuannya adalah untuk mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah. Selain itu, kaedah ini dapat mengurangkan longgokan sampah juga. Kitar semula sangat penting. Kaedah ini dapat menjimatkan penggunaan sumber semula jadi. Di samping itu, kitar semula dapat menjamin kebersihan alam sekitar. Pelaksanaan kaedah ini tidak sukar. Untuk menjayakannya, kerjasama semua pihak diperlukan. Kesungguhan semua pihak diperlukan juga. Semua pihak inilah yang memahami pentingnya kebersihan dalam kehidupan.
[ 6 markah ]
LATIHAN 6
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Isu bas sekolah timbul lagi. Isu ini berjaya diselesaikan dengan baik. Pengusaha bas sekolah bersetuju dengan kadar baharu tambang bas sekolah. Mereka tidak bersetuju dengan syarat usia bas. Syarat ini akan membebankan tanggungan kos para pengusaha. Tambang baharu ditetapkan oleh kerajaan. Tambang baharu itu melegakan ibu bapa. Tambang baharu menjaga kepentingan pengusaha bas sekolah.
[ 6 markah ]
LATIHAN 7
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Wabak denggi masih lagi menular dan mengancam nyawa sesiapa sahaja. Begitu juga dengan wabak chikungunya yang masih merebak. Banyak kes kematian yang telah dilaporkan oleh media massa. Sikap kita yang alpa dengan kebersihan sekitar tempat tinggal menjadi penyebab utama. Tin-tin kosong dan tayar-tayar buruk menyebabkan air bertakung. Tempat-tempat ini akan menjadi sarang pembiakan nyamuk-nyamuk tersebut. Langkah-langkah pencegahan perlu dilakukan segera. Orang ramai perlu mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan tempat tinggal. Pesakit-pesakit hendaklah mendapatkan rawatan dengan segera. Pihak berwajib pula perlu membuat pemantauan. Tindakan tegas akan dikenakan kepada sesiapa yang membiarkan kawasan sekitar rumahnya menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes ini. [ 6 markah ]
LATIHAN 8
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Kemasukan pelajar-pelajar asing kian banyak. Kemasukan mereka mendatangkan keuntungan kepada negara. Kedatangan mereka memesatkan industri pendidikan. Mereka menuntut ilmu di sini. Mereka menuntut ilmu dalam pelbagai bidang. Di samping menuntut ilmu mereka membelanjakan wang yang banyak di situ. Mereka membelanjakan wang untuk membeli buku. Mereka membelanjakan wang untuk membayar yuran pengajian. Mereka membelanjakan wang untuk perkhidmatan yang digunakan. [ 6 markah ]
LATIHAN 9
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Banyak bangunan pencakar langit telah dibina di ibu kota. Kos untuk membina bangunan tersebut amat tinggi. Kerajaan tetap membina bangunan tersebut. Banyak keuntungan yang bakal dinikmati oleh masyarakat kita. Ramai pelancong akan datang untuk menyaksikan kehebatan negara kita. [ 6 markah ]
LATIHAN 10
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Memenuhi tanggungjawab sebagai seorang pembina bangsa terletak di atas bahu seorang pendidik. Hakikat ini telah bermula sejak sekian lama. Sambutan Hari Guru diadakan pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Sambutan diadakan di seluruh negara sebagai menghormati jasa para guru. Guru mendidik anak bangsa ke arah pembangunan jati diri cemerlang. Bersesuaian dengan matlamat untuk menjadi negara yang maju dan aman. Rahsia untuk menjadi guru cemerlang. Keseronokan dan minat yang mendalam terhadap profesion yang diceburi. [ 6 markah ]
LATIHAN 11
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Rasuah ialah penyakit masyarakat. Gejala rasuah berlaku di negara kita. Gejala itu agak membimbangkan. Masalah ini perlu dibanteras pada semua peringkat. Pemberi dan penerima rasuah perlu dikenakan hukuman berat. Penghapusan rasuah adalah perlu. Rasuah mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Rasuah dapat melumpuhkan ekonomi negara juga. Penghapusan rasuah dapat menjamin keharmonian masyarakat dan negara. Penghapusan rasuah dapat menjamin ketenteraman masyarakat dan negara. [ 6 markah ]
LATIHAN 12
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supayaenjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Kementerian Pelajaran berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan serantau. Langkah ini merupakan langkah yang bijak. Usaha ini memang tepat pada masanya. Dengan ini, institusi pendidikan negara dapat diperkukuh. Agenda besar ini sudah pasti meletakkan martabat bangsa di tempat yang sewajarnya. Hasrat ini perlu dilaksanakan bagi mengisi Wawasan 2020 yang bakal menjelang tiba. Kejayaannya ditentukan oleh sokongan padu masyarakat. Kepercayaan masyarakat yang tidak berbelah bahagi diperlukan untuk menjayakannya. [ 6 markah ]
LATIHAN 13
Sambungkan ayat-ayat di bawah semula supaya menjadi tiga ayat sahaja tanpa mengubah maksud asalnya.
Bank Simpanan Nasional telah melancarkan skim tabungan. Bank Simpanan Nasional melancarkan skim pinjaman. Skim ini dapat membantu orang miskin memerlukan perniagaan. Skim ini dilancarkan oleh Perdana Menteri. Majlis ini turut dihadiri para menteri. Mereka amat menyokong usaha murni ini. Sumbangan dari bank ini dapat memacu ekonomi negara. Sumbangan tersebut dapat mengurangkan kadar kemiskinan. Sumbangan ini dapat memajukan negara. [ 6 markah ]
5 comments:
email jawapan pd sya
emppty@ymail.com
emailkan kepada saya zahra_0304@yahoo.com
terima kasih
sold9711@hotmail.com
thx..
Cikgu Email jawapan ini kepada says arwinrajh231@yahoo.com
Nama saya ialah Catherine.Minta Cikgu Tan memberi jawaban melalui kaedah email kepada catherine534@gmail.com
Terima kasih
Post a Comment