Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
18 October 2012
KARANGAN - PERANAN IBU BAPA (PENGGUNAAN KATA-KATA BOMBASTIK YANG TIDAK DIGALAKKAN)
NASIHAT CIKGU TAN
(a) Jangan guna kata-kata bombastik kerana dilarang dalam SPM oleh lembaga peperiksaan
(b) Anda haruslah memperbanyak penggunaan peribahasa
(c) Anda tidak wajar menyalahgunakan penanda wacana
(d) Anda juga tidak digalakkan menggunakan bahasa Arab, bahasa Sanskrit, dan bahasa asing yang terlalu bombastik sehingga menyukarkan penandaan karangan anda.
(e) Gunakan kata-kata yang mudah difahami, ringkas dan padat isinya. Anda bukan menyertai pertandingan menulis ayat BOMBASTIK, anda menduduki peperiksaan penulisan bahasa Melayu SPM.
(f) kamu telah menulis perkataan BOMBASTIK yang salah, dan yang tidak boleh digunakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Hi, Cikgu Tan. Benarkah perkataan seperti ini tidak dibenarkan guna dalam SPM? Perkataan ini tidak dibenarkan atau tidak digalakkan?
Post a Comment