Mulai sesi persekolahan 2010, pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan menggunakan teks KOMSAS yang baharu bagi menggantikan antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1) dan Anak Laut (Tingkatan 4) yang telah digunakan sejak tahun 2000. Teks KOMSAS tersebut juga telah diuji dalam peperiksaan SPM mulai tahun 2001 dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 2002. Perubahan ini memang wajar dilakukan kerana teks berkenaan telah digunakan selama 10 tahun dan sebahagian besar karya sastera yang termuat dalam kedua-dua antologi tersebut telah pun diuji sama ada sekali ataupun lebih daripada itu. Antologi KOMSAS yang baharu bagi Tingkatan 1 berjudul "Kasut Kelopak Jantung" berdasarkan cerpen tulisan Ghazali Lateh dan antologi KOMSAS bagi Tingkatan 4 pula berjudul "Harga Remaja" berdasarkan sajak yang dihasilkan oleh Rahman Shaari. Proses penghantaran buku-buku tersebut ke sekolah-sekolah menengah di seluruh negara kini sedang dilakukan oleh pihak pengedar yang telah diamanahkan. Oleh itu, sesuai dengan perubahan ini diharap para guru di seluruh negara akan bersedia untuk mengajarkan bahan KOMSAS yang terbaharu kepada bakal pelajar tahun hadapan di sekolah masing-masing. Selamat membaca dan mengkaji setiap genre yang dimuatkan di dalam kedua-dua antologi tersebut.
Sumber - MunshiBM
HARGA REMAJA
Berapakah sebenarnya harga remaja
Yang bersih dari gelora kecewa
Berapakah sebenarnya harga remaja
Bagai kehijauan pohon di perjalanan
Dengan apakah akan kau penuhi
Piala remajamu adakah cuka
Kesangsian dari cinta murah atau madu
Ajaran dari ilmu susah
Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Tiada terbeli oleh perjanjian
Remaja amat mahal sesungguhnya
Harga remaja pendirian keberanian
Harga remaja pendirian keberanian...
3 comments:
selamat sejahtera, cikgu.
saya ialah bakal pendidik tidak lama lagi. apabila mendapat tahu antologi akan ditukar, sedikit rasa terkilan timbul di hati. masakan tidak, saya telah menganalisis kertas soalan peperiksaan SPM, bagi tujuan pengajaran pelajar saya (saya mengajar tuisyen). berdasarkan kepada analisis itu, saya dapati banyak lagi petikan yang tidak diuji dalam peperiksaan. adakah wajar jika hal ini berlaku? apakah alasan perlunya antologi yang baru? sudah lapukkah tulisan dalam antoloogi itu? sudah basikah idealisme dalam karya lama itu?
Selamat Sejahtera Cikgu,
Bolehkah cikgu beritahu saya siapakah penyanyi yang menyanyikan sajak karya Rahman Shaari itu?
Saya bisa mendengar di radio tetapi tidak tahu siapakah penyanyinya.
Sekian, terima kasih.
Rhuwaidee Johan
USJ18, Subang Jaya
Selangor Darul Ehsan.
012-250 79 36
saya guru baru belajar...
memintak tunjuk ajar dan ingin berkongsi..
mintak senarai teks komsas terkini,rancangan pengajaran tahunan dan rancangan pengajaran harian...
tolong hantar ke hayatibm62@yahoo.com.my
Post a Comment