Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa!
PENCERAMAH BAHASA
PENULIS BUKU RUJUKAN
PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK
PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
Sepanjang minggu lepas hingga minggu ini, banyak karangan telah saya semak. Karangan yang telah saya semak merangkumi karangan pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Saya berpendapat bahawa pelajar pada zaman moden ini menjadikan karangan sebagai satu beban yang berat pada pundak mereka. Mereka sudah lupa akan peperiksaan yang bakal tiba. Saya tahu, ada pelajar yang tidak menyiapkan tugasan kerana faktor kendiri, iaitu malas, tiada masa, sibuk, terlalu banyak soalan perlu disiapkan. Semua alasan tersebut tidak dapat saya terima. Saya berasa amat sedih dan kecewa akan sikap pelajar yang tidak memberikan tumpuan 100% untuk menyiapkan tugasan saya. Pada hari ini, saya berasa amat kecewa dan sedih sehingga timbulnya naluri menulis sajak di bawah:
CIKGU TAK FAHAM
Cikgu itu tak faham
kenapa hari ini hati ini berwalang
hanya bermandikan air mata di relung hati.
Cikgu itu tak faham
apakah silapnya ajarannya.
Kenapa curahan ilmu kurang meresap dalam nurani muridnya.
Adakah kerana murid kini murid globalisasi?
Atau guru ini sudah jauh ke belakang berpaksikan semangat pendidik.
Cikgu itu tak faham
Di mana cahaya semangat untuk meneruskan
perjuangan sebagai pendidik.
Kekalahan muridnya pada ukiran cabaran
bagai melemahkan denyutan rohaniahnya.
Cikgu itu tak faham
Sampai bila dia dapat bertahan
cabaran globalisasi
dugaan hati nurani
kekangan kendiri
halangan meneruskan tinta-tinta harapan
Cikgu itu tak faham
Tapi, jauh di sudut jantungnya,
dia berkata biarkanlah...
Mereka akan faham satu hari nanti
apa itu kejayaan?
apa itu kecemerlangan?
apa itu genggaman kegigihan
apa itu ertinya ajaran guru itu.
Mungkin kini guru itu sudah faham
dia hanya boneka di hati mereka.
Kini,
guru itu
hanya mampu menangis dalam senyumannya
di dalam hatinya yang kehujanan
membasahi nadi hati pendidik.
CIKGU TAN
13.2.09
11:30pm
Saya teringat akan lagu ini secara tiba-tiba. Hal ini berlaku demikian kerana saya teringat akan pelajar yang pernah berjanji kepada saya tetapi tidak mengotakan janji mereka. Oleh sebab itu, janganlah ada dusta antara kita. Jikalau berjanji, tunaikanlah janji itu. Usahlah biar dusta menutup kebenaran di dalam hati.
Salam sejahtera Cikgu Tan C L... Saya tidak mengenali cikgu, dan saya juga bukanlah pelajar sekolah cikgu. Sebenarnya saya hanya suka-suka melayari internet, menekan pautan link, dan sampai di blog cikgu. Saya suka sajak "Cikgu Tak Faham" hasil penulisan cikgu. Penuh dedikasi dan keinsafan bagi saya, membuatkan saya terdetik dan terfikir kembali apakah tujuan saya belajar dan menimba ilmu. Saya berjaya pada hari ini juga adalah jasa daripada seorang insan yang bergelar cikgu. Tahniah untuk Cikgu, dan terima kasih untuk sajak nukilan Cikgu yang berjaya menyapa hati saya.
Seorang guru adalah seorang insan yang mulia, dalam setiap katanya, ada faedah untuk masa depan berpuluh-puluh orang muridnya.
Shaera, cikgu hanya meluahkan perasaan yang terungkap di dalam hati. Oleh hal yang demikian, saya berharap semua pelajar saya akan mula berusaha demi masa depan.
3 comments:
cikgu. saya minta maaf kalau terlambat atau tidak menyiapkan kerja yang cikgu beri
Salam sejahtera Cikgu Tan C L...
Saya tidak mengenali cikgu, dan saya juga bukanlah pelajar sekolah cikgu.
Sebenarnya saya hanya suka-suka melayari internet, menekan pautan link, dan sampai di blog cikgu. Saya suka sajak "Cikgu Tak Faham" hasil penulisan cikgu. Penuh dedikasi dan keinsafan bagi saya, membuatkan saya terdetik dan terfikir kembali apakah tujuan saya belajar dan menimba ilmu. Saya berjaya pada hari ini juga adalah jasa daripada seorang insan yang bergelar cikgu. Tahniah untuk Cikgu, dan terima kasih untuk sajak nukilan Cikgu yang berjaya menyapa hati saya.
Seorang guru adalah seorang insan yang mulia, dalam setiap katanya, ada faedah untuk masa depan berpuluh-puluh orang muridnya.
Shaera, cikgu hanya meluahkan perasaan yang terungkap di dalam hati. Oleh hal yang demikian, saya berharap semua pelajar saya akan mula berusaha demi masa depan.
Post a Comment