9 Julai 2008

Penanda Wacana

Banyak pelajar tidak mendapat markah yang baik kerana pembentukan ayat yang lemah. Hal ini demikian kerana pembinaan ayat tidak berkesinambungan dan tidak mempunyai hubung kait yang rapat dan mesra. Oleh hal yang demikian, saya telah menyediakan senarai peribahasa untuk para pelajar yang amat saya kasihi. Dalam catatan blog akan datang, saya akan mengajar anda cara menggunakan penanda wacana yang kurang anda fahami. Oleh itu, jika anda mempunyai masalah untuk menggunakan mana-mana penanda wacana, saya bersedia untuk menerangkannya.

Penanda Wacana
i) Penanda permulaan karangan
a) Pada era globalisasi ini,
b) Pada zaman pascakemerdekaan ini,
c) Dalam meniti arus kemodenan ini,
d) Dewasa ini,
e) Pada masa ini,
f) Kini,
g) Dasawarsa ini,
h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada,
i) Sejak sedekad yang lalu,
j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan,
k) Kebelakangan ini,
l) Belakangan ini,
m) Sejak akhir-akhir ini,

ii) Penanda memulakan isi baharu
a) Selain itu,
b) Di samping itu,
c) Sementara itu,
d) Lebih-lebih lagi,
e) Dalam pada itu,
f) Lain daripada itu,
g) Pada waktu yang sama,
h) Dalam pada itu,
i) Seterusnya,

iii) Penanda huraian isi karangan
a) Hal ini demikian kerana
b) Hal ini berlaku kerana
c) Hal ini terjadi kerana
d) Hal ini disebabkan oleh
e) Hal ini wujud akibat daripada
f) Hal ini bersangkut-paut dengan
g) Hal ini berpunca daripada
h) Hal ini tercetus apabila
i) Hal ini timbul apakala

iv) Penanda memberi contoh dalam karangan
a) Misalnya,
b) Contohnya,
c) Sebagai contoh,
d) Tamsilnya,
e) Sebagaimana yang kita sedia maklum,
f) Antaranya adalah seperti

v) Penanda menghuraikan contoh
a) Hal ini mengakibatkan
b) Hal ini menyebabkan
c) Oleh itu,
d) Maka,
e) Oleh hal yang demikian,
f) Oleh sebab itu,
g) Jelaslah bahawa
h) Justifikasinya,

vi) Penanda menutup isi
a) Kesannya,
b) Natijahnya,
c) Akibatnya,
d) Akhirnya,
e) Dengan itu,
f) Dengan berbuat demikian,
g) Dengan keadaan sedemikian,

vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat
Contoh:
Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2)

a) justeru
b) malah
c) malahan
d) tambahan pula
e) sementelahan
f) sekali gus
g) di samping
h) bahkan
i) malar-malar

viii) Penanda memulakan perenggan penutup
a) Kesimpulannya,
b) Intihanya,
c) Secara tuntas,
d) Konklusinya,
e) Sebagai penutup wacana,
f) Sebagai penghias bicara akhir,
g) Sebelum mengakhiri wacana ini,
h) Secara keseluruhan,
i) Secara total,

ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza
a) Walau bagaimanapun,
b) Walakin begitu,
c) Namun demikian,
d) Daripada perspektif yang berbeza,
e) Jika dilihat dari sudut lain,
f) Dengan kata lain,
g) Kontradiksinya,
i) Di sebalik itu,
j) Dalam pada itu,
k) Dari sudut lain,

x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa
a) Bak kata peribahasa, .......
b) Bak kata peribahasa Melayu, ............
c) Bak kata orang tua-tua, ...........
d) Bak kata mutiara, .........
e) Bak peribahasa, ............
f) Bak kata cendekiawan, .............
g) Persis kata peribahasa, ............
h) Persis kata peribahasa Melayu, .............
i) Persis kata orang tua-tua, ............
j) Persis kata mutiara, ............
k) Persis peribahasa, ...............
l) Persis kata cendekiawan, .............
m) Hal ini sama dengan peribahasa ..........
n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......
o) Fenomena ini dikatakan
p) Masalah ini sama dengan peribahasa ...........
q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa ..........

30 ulasan:

torA*ninA berkata...

Terima kasih Cikgu!

Tanpa Nama berkata...

penanda wacana yg bagus.tetapi kalau kita guna dlm pmr dan pemeriksa buat salah hancurlah markah kami.

Tanpa Nama berkata...

Amat baik. Bagus juga digunakan untuk penulisan peringkat lebih tinggi

Tanpa Nama berkata...

hello, ckgu boleh ka beri contoh pada setiap wacana itu.. ada wacana yang saya kurang faham seperti'walakin begitu'. harap cgku dpat membantu saya

N A Z M I E S K I berkata...

Terima kasih kerana berkongsi informasi tentang P.wacana ni kepada pelajar. terutamanya kepada org yang lemah BM macam saya.... hehehe. Terima kasih cikgu.

Keylaa :) berkata...

TENGSSS CEKGU !!

Fatin Farhana berkata...

sangat padat, terima kasih, harap ini membantu saya dalam karangan ^^

pembaca berkata...

Berguna sungguh ilmu yg cg kongsikan...terima kaseh byk2 cg...

Tanpa Nama berkata...

penanda wacana cikgu memang sesuai dalam karangan dan dapat tingkatkan markah bm saye,,,tq cikgu

♥ dieb berkata...

terima kasih cikgu...
ari isnin nanti trial...wish tau

Nor Syazwani berkata...

Thanks a lot sir .
This will help me to get A in BM.
I really really appreciate it .

Tanpa Nama berkata...

memang bagus. sy guna sbg bbb utk thn 6 after upsr.. moga mereka bersedia ke ting. 1..

Tanpa Nama berkata...

trima kasih la banyak2....
dapat la ilmu baru...
smogacg mndapat kbrktan...

Tanpa Nama berkata...

terima kasihh

Tanpa Nama berkata...

terima kasih , ini membantu saye untk buat hw bahasa melayu saye :')

Hanis Afiqah berkata...

wah ! banyaknye pnanda wacana. thanks !

Tanpa Nama berkata...

kenape penanda wacana 'hal ini demikian kerana' boleh d gunakan sedangkan penanda wacana 'hal ini kerana; tidak boleh guna?

Tanpa Nama berkata...

assaalamualaikum cikgu,

mohon ambil ilmu ye.

tima ksh=)

ShVea Reara berkata...

Thank you for posting this! :)

Tanpa Nama berkata...

s

Tanpa Nama berkata...

sakai gilleerr la.. nk komen bagai

Tanpa Nama berkata...

mohon share..untuk rujukan anak murid saya...terima kasih

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu..
sye akn cuba utk gnekn p.wacana ini utk test sye esok..

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

ty bb bole mmudhkn utkk wt krangan...

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu......

Tanpa Nama berkata...

tq .....sngt mmbntu sya untk mmbuat krngan SPM nnti...

Tanpa Nama berkata...

Satu perkongsian yang menarik buat saya dan pelajar yang lain untuk diterapkan. Terima kasih cikgu tan cl jauh dari sudut hati.

diela biela berkata...

banyak membantu . terima kasih :}

aku hamba hina berkata...

thanks for the sharing.. wink wink ^_^