Soalan:
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
Karya Munsyi Dewan

44 ulasan:
karangan yg cukup menarik, padat dgn isi..terima kasih.
pada pengetahuan sy,pmbuka dan penutup kata hanya dgunakn untuk b.inggeris shj.peribahasa tdk mmerlukn pmbuka dan pnutup kata.
terima kasih di atas karangan yg padat dgn isi dan mempunyai byk pribahasa
ini mungkin keluar PMR tahun ini tau?
terima kasih....menarik !
sangat berguna..isi yang padat dan menarik.
hello,,
krgn ini adalahkrgn terbaik yg prnh sy bce,,,
kalau bleysye nk bljrbgaimne mhu mnciptasebuahkrgnspti ini
karangan padat dgn isi..
saya dpt byk pengetahuan utk
m'buat karangan..
tq
karangan ni bagus..menepati tajuk..sy suka cgt dgn isi2nya..wlaupun krangan ni nmpak simple,,tp isi2nya semua padat..thank ep kpd ckgu..sy akn cuba blajar utk menulis krngan mcm ni..doakn sy mdapat A+ spm tahun ni <2011>..tq again ckgu
Terima kasih cikgu sebab bagi contoh karangan yang bagus dan sebaik ini . Even karangan ne simple , tapi memang okay ! Penggunaan peribahasa pun sesuai dengan isi-isi. Terima kasih sekali lagi cikgu :)
tq cikgu...sye dpat siapkan omwerk syer dgan krangan contoh ni...
bdk oatkrunch cakap
karangan ni ok
padat dgn isi
tp...
saya tak nmpak lagi frasa menarik dlm karangan ni..
mmg ada tp tak sebanyak yang cg saya suruh tulis..
tp trima kasih di ats krngn ni...isinya pada dan olahannya menarik..
mungkin ini satu usaha saya untuk memantapkan karangangan saya
banyak peribahasa...
terima kasih ...
=)
Berapa patah perkataan ye karangan ni?
karangan yg menarik...
tarima kasih , (:
karangan yang menarik. harap spm tahun ini keluar tajuk karangan ini. karangan padat dengan isi dan peribahasa. tq
karangan yang menarik dan padat dengan peribahasa. harap spm tahun ini keluar tajuk ini. tq
karangan yang menarik.. insyaallah dpt wt karangan cm nieyh dlm spm 14 hb nieyh. ituu pown kalau tajuk isu kejiranan keluar sebijik cm nieyh, alhamdulillah laaa..
bagus karangan ni . Saya akan apply utk paper Bm esok . Harap keluar . Terima kasih cikgu :)
mintak mintak keluar soalan ni esok..
terima kasih cikgu. ayat yg gramatis. harap2 keluar esok
interesting point....
thanx so much....
that will help me to improve my essay...i hope this essay will come out tomorrow.....
thanks sebab bagi sye tiru karangan ni.hehehe...
tme ksh,, byk isi yg sye dpt
sangat berguna untuk dibuat rujukan..
:thisguy:
dapat menolong karangan saye..thank u very much..gumawo:)
anneyong..
terima kasih krn karngn ni dpt menolong saya^_^
gumawo...
Syukran<3
karangan yang amat berguna kpd plajar2.....
Siti Nor Halimah
karangan ini memang bermanfaat kpd pljr UPSR.Ini kerana gru2 msa ini meminta karangan yg panjang.....tk
>>terima kasih,, byk membantu sya dlm mengarang karangn,, 0_o
ehemm.. buleh doh wak surak hok tanding.. 1 mlysia urh.. bereh sudoh wase.. maseh.. karangang trbaek.. .
Saya ingin meminta izin tuan untuk menggunakan karangan ini sebagai contoh dalam projek saya, boleh? Terima kasih banyak-banyak :)
bagus!!!! ada potensi untuk dapat A+!!
Karangan yg menarik dah padat dgn isi nya :D Harap dapat digunakan ketika peperiksaan . Terima kasih :D
hang kata ini sgt berguna utk pelajar pmr _thx
Thanks for yor help...
Kerjasama anda saya hargai...
Terima kasih atas karang yg mantap ini, sye akn gnekan dlm karangan spm....
Thanks sir for this karangan. Keep up the good karangans.
thanks for this amazing and such a good karangan...........
nice essay...
thanks alot
karangan yang menaril thanks
Catat Ulasan