Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

4 March 2021

SEBAGAI CONTOH atau SEBAGAI CONTOHNYA atau CONTOHNYA

 SEBAGAI CONTOH atau SEBAGAI CONTOHNYA atau CONTOHNYA


Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Sebagai contohnya, beliau suka memasak mi goreng, kuetiau basah, dan mihun siam. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera. 


Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Beliau suka memasak mi goreng, kuetiau basah, dan mihun siam sebagai contohnya. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera. 


Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Beliau suka membaca buku resipi cef yang terkemuka di Malaysia, Chef Wan sebagai contoh. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera.


Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Sebagai contoh, beliau suka membaca buku resipi cef yang terkemuka di Malaysia, Chef Wan. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera.


Ibu saya suka memasak pelbagai jenis mi. Contohnya ialah mi goreng, kuetiau basah, dan mihun siam. Oleh sebab itu, anak-anaknya tembam dan sihat sejahtera. 


Renung-renungkan.

No comments: