Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

23 September 2017

KOMPILASI SOALAN RUMUSAN DARIPADA KERTAS PERCUBAAN BM SM SE-MALAYSIA 2017

Selepas menaip 24,080 patah perkataan, lengkap dan selesai usaha saya untuk mengumpulkan 25 set soalan rumusan dan petikan umum daripada kertas percubaan se-Malaysia pada tahun 2017. Terima kasih kepada penyumbang soalan dan skema jawapan. Sewaktu menaip soalan dan skema jawapan, saya telah membuat sedikit pemurnian bahasa termasuk membetulkan kesalahan ejaan dan tanda baca serta imbuhan dalam soalan dan skema tanpa menjejaskan dan mengubah maksud sebenar. Saya berharap agar perkongian ikhlas ini akan dimanfaatkan oleh semua calon SPM di Malaysia.

Jika ingin mencetak soalan  rumusan atau petikan umum sahaja, guru-guru dan murid-murid bolehlah mencetak halaman bernombor ganjil. Sebaliknya, taiplah nombor genap untuk mencetak skema jawapan rumusan atau petikan umum pula. Mudah saja, kan?

Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

Salam sejahtera dan salam perjuangan menghadapi SPM 2017.
Cikgu Tan CL

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AIZUDDIN said...

KOLEKSI SOALAN IKUT SETIAP BAHAGIAN SEPERTI TAHUN 2017 TIADA PADA TAHUN 2018?

Unknown said...

Apakah maksud rangkai kata pelajar yang berisiko tinggi ?

The Assignment Helpline said...

Boost your grades today with top-notch strategic management assignment help . Expert advice, timely delivery, and customized solutions for success.