KESALAHAN UMUM FRASA SENDI NAMA
1. Kata sendi memerlukan kata nama selepasnya. Oleh itu, penggunaan oleh kerana adalah salah kerana kerana ialah kelas kata
hubung. Kata yang sesuai digunakan ialah oleh sebab. Contohnya:
(a)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah oleh kerana sakit.(û)
(b)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.(ü)
(c)Azizah tidak dapat hadir ke sekolah oleh sebab sakit.(ü)
2.
Kata sendi yang merujuk kepada pernyataan sikap / perasaan tidak boleh ditiadakan
di antara kata adjektif dengan kata nama. Contohnya:
(a)Saya suka
aiskrim ini.(û)
(b)Saya suka akan
aiskrim ini.(ü)
3.
Kata sendi akan
tidak boleh digugurkan di antara kata
kerja tunggal dengan kata nama.
Contohnya:
(a)Biar dia kenal diri sendiri.(û)
(b)Biar dia kenal akan
diri sendiri.(ü)
4.
Kata sendi demi dan
untuk tidak boleh hadir serentak
dalam ayat kerana dianggap lewah.
Contohnya:
(a)Dia berusaha demi
untuk kejayaannya.(û)
(b)Dia berusaha demi
kejayaannya.(ü)
(c)Dia berusaha untuk kejayaannya.(ü)
5.
Kata sendi tentang
dan mengenai tidak boleh bertukar
ganti sewenang-wenangnya. Contohnya:
(a)Dia tahu mengenai
perkara itu.(û)
(b)Dia tahu tentang
perkara itu.(ü)
6.
Frasa sendi di
dalam atau di antara hanya
digunakan bagi frasa nama yang berpengertian tempat atau ruang. Contohnya:
(a)Buku itu dalam
laci meja.(û)
(b)Buku itu di dalam
laci meja.(ü)
(c)Buku sejarah itu terletak antara buku geografi dengan buku sains.(û)
(d)Buku sejarah itu terletak di antara buku geografi dengan buku sains.(ü)
7.
Kata sendi dari
tidak boleh hadir selepas kata sendi semenjak
atau sejak kerana membawa maksud lewah. Contohnya:
(a)Sejak dari tadi dia ada di situ.(û)
(b)Sejak tadi dia ada di situ.(ü)
(c)Dari tadi dia ada di situ.(ü)
8.
Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh
digugurkan jika dihubungkan dengan kata hubung dan atau atau secara
pilihan. Contohnya:
(a)Awak ingin bertemu dengan
dia atau saya?(û)
(b)Awak ingin bertemu dengan
dia atau dengan saya?(ü)
9.
Kata sendi pada unsur kedua dalam ayat majmuk tidak boleh
digugurkan jika kata tersebut adalah ke.
Contohnya:
(a)Kita mahu ke
sana atau sini.(û)
(b)Kita mahu ke
sana atau ke sini.(ü)
10.
Kata sendi pada unsur kedua tidak boleh digugurkan jika
kata sendi tersebut adalah ke dan
bukan berkata hubung. Contohnya:
(a)Lajim berjalan ke
sana sini.(û)
(b)Lajim berjalan ke sana
ke sini.(ü)
No comments:
Post a Comment