21 September 2016

LATIHAN SINTAKSIS - TRANSFORMASI AYAT (AKTIF KEPADA AYAT PASIF SONGSANG)

Tukar ayat aktif di bawah kepada ayat pasif songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

1. Ibu saya menghadiahi kakak sebatang pen pada hari jadinya.
2. Bapa memberikan sejambak bunga kepada ibu bersempena dengan Hari Ibu.
3. Kakak menerima sebentuk cincin berlian lima karat daripada tunangnya pada minggu lalu.
4. Isteri Sajini memasakkannya semangkuk mi jawa panas pada hujung minggu.
5. Bahuruddin menerima sepucuk surat daripada sekolah.
6. Irdina bukan memarahi ibu tetapi menegurnya dengan cara baik.
7. Salleh perlu menghantar manuskrip kepada pihak penerbit secepat mungkin.
8. Mei Ling menuliskan ibunya sepucuk surat untuk dihantar kepada kakak di London.
9. Kak Din menggores perasaan ibunya dengan kata-kata kesat.
10. Datuk Seri Nazir membeli sehelai baju berjenama untuk anak perempuannya.
11. Sultan Selangor menganugerahi Dato' Subramaniam pingat kebesaran negeri bersempena dengan hari keputeraan baginda.
12. Siew Hua meneliti fail-fail yang tebal itu dengan hati-hati.

13. Guru subjek Bahasa Melayu itu memberikan nasihat kepada anak-anak muridnya.
14. Tuan Harun mengajarkan subjek Pendidikan Agama kepada murid Tingkatan 1 di sekolah ini.
15. Kereta berjenama Rolls Royce itu melanggar tembok konkrit di hujung jalan itu.

16. Suhaimi Baba merakamkan filem itu di sebuah tasik yang indah.
17. Joseph memeriksa tangki kereta pada setiap pagi.
18. Tuan Pengetua menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah itu.'

19. Murid-murid di kelas itu memberitahu kami tentang perkara ini.
20. Syatirah menidurkan anak kecilnya di dalam buaian.
21. Maharaja Dewa Tekala mengurniakan pakaian yang indah-indah kepada penjurit tua itu.
22. Ibu memasak nasi goreng untuk kami sekeluarga.

23. Saya menulis sajak untuk kawan yang dirindui.
24. Kak Long menumiskan ibu bawang dengan cili kering yang digiling.
25. Calon peperiksaan itu menjawab soalan komponen sastera dengan baik.


Soalan transformasi ayat aras tinggi.
Selamat mencuba.

21 comments:

uma devi said...

Cikgu Tan..harap sudi e-mel jawapan
bmeauma@gmail.com

Anonymous said...

Harap Cikgu Tan boleh hantar jawapan kepada chuanlong.loo@gmail.com

jagadish pirahalathan said...

terima kasih atas pertolongan cikgu. harap cikgu dapat e-melkan jawapan ke jms038399@gmail.com

Unknown said...

syazlinminie99@gmail.com

Anonymous said...

noratikasaad@yahoo.com

Anonymous said...

tq teacher,
may I hv d answers please

phraksaksit@yahoo.com

tq teacher

Anonymous said...

Saya ingin mendapatkan jawapan ini tolong email kepada:
superjun123@gmail.com

Terima kasih!

maira said...

harap boleh hantarkan jawapan ..

ummiummairah.uu@gmailcom

Unknown said...

Saya berminat dan boleh hantarkab jawapan ke fizahpzah@yahoo.com.my

fizah pzah said...

Saya berminat dan boleh hantarkab jawapan ke fizahpzah@yahoo.com.my

lela said...

cg tan saya berminat untuk mendapatkan jawapan utk soalan ini
mirulinasulya@gmail.com

Masturah Ahmad said...

Harap Cikgu Tan boleh hantar jawapan kepada masmasturah@yahoo.com

Sharu Nisha said...

cigku nak dapat jawapan

Sharu Nisha said...

Cigku nak dapat jawapan sahrunisha3@gmail.com

Anonymous said...

Harap Cikgu Tan boleh hantar jawapan kepada Terrydamn2012@yahoo.com Terima kasih ,cikgu

Tan Chee Soon said...
This comment has been removed by the author.
cikgu Ani said...

Cikgu Tan..harap cikgu dapat kongsikan jawapannya
rusniariffin@gmail.com

cikgu Ani said...

Cikgu Tan..harap cikgu dapat kongsikan jawapannya
rusniariffin@gmail.com

dayangsayang said...

harap boleh emel jawapan

Hafiz Hafizah said...

Salam sejahtera. Dr Tan boleh kongsikan jawapan ke e-mel saya apiiez_99@yahoo.com.

jayadidik said...

Saya berminat untuk mendapatkan jawapan bagi soalan ini.
Jutaan terima kasih didahulukan.

emel saya : jayadidik@gmail.com