11 February 2015

Latihan Kesalahan Ejan dan Imbuhan

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian betulkan 10 kesalahan ejaan dan 10 kesalahan imbuhan dalam petikan di bawah. Anda tidak perlu menyalin petikan di bawah ini,

Dalam pengertian biasa, darurat ialah keadaan luarbiasa yang membenarkan hal yang melarang dalam keadaan biasa atau normal. Dari sisi undang-undang, termasuk juga dari sisi hukum islam, itulah juga konsep dan mengerti darurat

Dari segi prinsip, kuasa atau harus yang berpunca daripada darurat adalah bertentangan dengan intisari dan tuntutan perlembagaan. Hal ini dikatakan demikian kerana perlembagaan menekankan dan menuntut kuasa yang berhad, manakala darurat mengijinkan kuasa yang tidak terbatas. Hal ini termasoklah bergantung perlembagaan itu sendiri.

Pertentangan itu dengan sendirinya menekankan bahawa darurat merupakan sesuatu yang tersifat sementara, iaitu berfungsi menangani keadaan yang keritikal dan tidak terkawal oleh undang-undang biasa. Tegasnya, perlembagaan membenarkan kuasa darurat atas alasan untuk menyelamatkan demokerasi dan bukan berbaliknya


Kuasa darurat terkandung bawah Perlembagaan Persekutuan, khususnya Perkara 150. Di bawah peruntukan ini, kuasa diisytiharkan darurat diletakkan di tangan Yang Dipertuan Agong. Sama ada kuasa ini boleh digunakan melalui budi-bicara baginda sendiri atau atas nasihat kerajaan, merupakan sesuatu yang tertarik untuk dibincangkan. Meski pun begitu, dalam keadaan biasa kuasa darurat itu difahami dalam konteks baginda bertindak atas nasihat beraja.


NO
KESALAHAN EJAAN
KESALAHAN IMBUHAN
1
luarbiasa àluar biasa

melarang àdilarang
2
islam àIslam

mengerti àpengertian
3
intisari àinti sari

harus àkeharusan
4
mengijinkan àmengizinkan

berhad àterhad
5
termasoklah àtermasuklah

bergantung àmenggantung
6
keritikal àkritikal

tersifat àbersifat
7
demokerasi àdemokrasi

berbaliknya àsebaliknya
8
Dipertuan àdi-Pertuan

diisytiharkan àmengisytiharkan
9
budi-bicara àbudi bicara

tertarik àmenarik
10
Meski pun àMeskipun

beraja àkerajaan
Jika anda berminat untuk mendapatkan jawapannya, hantarkan e-mel kepada saya (cikgutancl@hotmail.com)


No comments: