5 Mac 2011

ANALISIS LENGKAP NOVEL TINGKATAN 2 - WIRA PERSONA AVATARI

Wira Persona Avatari
(Ahmad Zaki Abu Bakar)

Sinopsis

Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat rakannya, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Tujuan mereka menyertai pertandingan ini adalah untuk mengulangi kejayaan Pasukan Zamrud yang diketuai oleh ayah Anas, Profesor Fitri yang telah menjadi juara pertandingan Avatari sepuluh tahun dahulu. Sebelum pertandingan, mereka telah menjalani beberapa sesi latihan yang keras seperti latihan silat, latihan kecergasan, dan latihan menempuh halangan yang dijalankan oleh Cikgu Nisah.

Pertandingan Avatari ini ialah pertandingan kembara di ruang siber atau adventure game bagi makhluk janaan komputer yang dipanggil avatar. Pertandingan yang menggunakan rangkaian Internet ini dijalankan serentak di seluruh dunia. Terdapat empat peringkat yang perlu dilalui oleh setiap pasukan untuk menjuarai pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia ini. Untuk peringkat pertama, seratus pasukan terbaik akan layak ke peringkat kedua. Pada pusingan kedua pula, hanya dua puluh pasukan terbaik yang akan dipilih. Selepas disaring dalam pusingan ketiga, hanya lima pasukan terbaik yang akan meneruskan cabaran ke pusingan yang keempat, iaitu pusingan terakhir.

Pasukan Zamrud II telah berusaha dengan gigih dan berjuang bermati-matian untuk melepasi halangan dan cabaran yang terdapat dalam setiap pusingan. Di samping itu, mereka juga terpaksa menghadapi ancaman dari dalam pasukan sendiri kerana salah seorang ahli pasukan mereka, iaitu Anjali telah mensabotaj pasukan dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari. Masalah menjadi rumit apabila Aina cedera parah akibat ditembak oleh penjahat ketika pasukan mereka bersiap sedia untuk ke pusingan akhir. Namun begitu, semua halangan dan masalah dapat diatasi oleh Pasukan Zamrud II, dan akhirnya pasukan mereka telah menjuarai pertandingan tersebut.

Tema
Kesungguhan dan semangat perjuangan yang tinggi untuk mencapai matlamat. Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Adeen, Pauline, Anjali, dan Zuriani berlatih bersungguh-sungguh sebagai persediaan menghadapi pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh. Semasa pertandingan mereka berjuang bermati-matian sehingga mereka berjaya menjuarai pertandingan tersebut.

Persoalan

1. Persoalan persiapan untuk menghadapi sesuatu pertandingan.
Anas dan ahli-ahli kumpulannya berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun.

2. Persoalan kesabaran dalam menghadapi cabaran hidup.
Keluarga Anas masih sabar dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa walaupun ayahnya, Profesor Fitri masih hilang semasa mengikuti ekspedisi rahsia di Lautan Andaman.

3. Persoalan hubungan kekeluargaan yang erat.
Anas amat mengambil berat akan adiknya, Aina.

4. Persoalan sokongan moral ibu bapa untuk memastikan kejayaan anak.
Puan Maizan, Pak Cik Ho dan Mak Cik Angie sentiasa berada di tempat pertandingan
Avatari untuk memberikan sokongan moral kepada anak-anak mereka.

5. Persoalan golongan remaja yang suka menghabiskan masa dengan permainan video.
Anjali dan Sudin bermain permainan Robot War di Pusat Permainan Video Game Star yang
penuh sesak dengan pengunjung yang terdiri daripada golongan remaja.

6. Persoalan hubungan erat antara kaum.
Ahli-ahli Pasukan Zamrud II yang terdiri daripada Anas, Aina, Pauline, Anjali, Adeen, dan
Zuriani dapat bekerjasama tanpa mengira perbezaan kaum.

7. Persoalan perjuangan mempertahankan maruah agama
Anas dan ahli-ahli Pasukan Zamrud II menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad secara maya dalam pertandingan Avatari.

Watak dan Perwatakan

Watak Utama
Aina
• Adik kepada Anas
• Bertubuh kecil - berumur 12 tahun
• Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
• Pintar - digelar rakan sedarjah “si cili padi”
• Rajin beribadat – berpuasa sunat bulan Rejab
• Gigih – berusaha bersama abangnya untuk menubuhkan Pasukan Zamrud II
• Keras hati – tetap menyertai pertandingan Avatari walaupun dilarang oleh ibunya

Watak Sampingan
Anas
• Anak sulung kepada Profesor Muhammad Fitri Izzati dan Mazian
• Berumur 17 tahun
• Ketua Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
• Penyayang – amat menyayangi adiknya, Aina
• Berani – sanggup membahayakan diri untuk menghalang pasukan lawan daripada
• memenangi pertandingan
• Bijak – bijak mengatur strategi sehingga dapat menjuarai pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh
Zuriani
• Gadis kacukan Melayu - Inggeris
• Sahabat karib Aina - berumur 12 tahun
• Peserta simpanan Pasukan Zamrud II
• Rendah diri – kurang keyakinan terhadap kemampuan diri ketika diminta menggantikan
• tempat Aina di peringkat akhir pertandingan
• Amanah – tidak memberitahu sesiapa tentang peristiwa kehilangan cip papan litar avatari setelah dipesan oleh Pak Cik Tan

4
Kumar
• Anak bongsu Pak Cik Kuppusamy, jutawan barang kemas
• Panas baran – lekas marah kerana Adeen lewat tiba di Pusat Permainan Video Games
• Star
• Angkuh – tidak mahu menyertai Pasukan Zamrud II kerana tidak yakin akan keupayaan
• komputer Avatari Pak Cik Ho
• Menginsafi kesilapan diri – berasa menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II

Adeen
• Anak Profesor Zakri
• Berumur 18 tahun
• Pengendali komputer Avatari
• Pelajar jurusan kejuruteraan komputer di kolej khas, di Koridor raya Multimedia
• Sangat pintar – mempunyai I.Q yang tinggi/ penggodam komputer yang cekap
• Sabar – tidak bertindak terburu-buru dengan tindakan biadap Kumar

Pauline
• Anak tunggal Pak Cik Ho
• Berumur 17 tahun
• Salah seorang ahli Pasukan Zamrud II
• Menaruh hati terhadap Anas
• Manja dengan ayahnya, Pak Cik Ho
• Berani – sanggup menegakkan pendiriannya semasa bertengkar dengan Kumar

Anjali
• Adik kepada Muthu, iaitu seorang ketua kongsi gelap
• Anak yatim - tinggal dengan abangnya setelah ibunya meninggal dunia dan bapanya
meninggalkan mereka
• Kasar – dipengaruhi oleh didikan abangnya
• Pembelot – sanggup mengkhianati Pasukan Zamrud II setelah diarahkan berbuat demikian oleh abangnya
• Pandai bermain permainan video – mengalahkan Sudin dalam permainan Robot War

Plot
Tidak mengikut kronologi – Bab pertama (Poster Misteri) didahului dengan puncak (klimaks)
cerita.

Binaan Plot

Permulaan
Aina mengajak abangnya, Anas untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan Avatari
Kebangsaan Kali Kesepuluh yang berlangsung di Kompleks Anggun. Mereka menubuhkan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas, dan dianggotai oleh adiknya Aina serta empat
rakan mereka, iaitu Pauline, Anjali, Adeen, dan Zuriani.

Perkembangan
Pasukan Zamrud II menjalani latihan sebagai persediaan untuk pertandingan. Berkat kegigihan
dan kerjasama berpasukan, mereka berjaya melepasi halangan dan cabaran dalam pusingan
pertama, pusingan kedua, dan pusingan ketiga. Anjali telah mensabotaj Pasukan Zamrud II
dengan mencuri cip pemecut mesin Avatari.

Puncak
Semasa Pasukan Zamrud II bersedia ke peringkat keempat, iaitu pusingan akhir pertandingan,
Aina cedera ditembak di bahu oleh penjahat yang cuba mencuri baju-baju khas pertandingan
Avatari di bilik persalinan. Aina dibawa ke hospital dan tempatnya digantikan oleh Zuriani.

Peleraian
Pasukan Zamrud II menjuarai menyertai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dan
memenangi hadiah sebanyak hadiah sebanyak satu juta Ringgit Malaysia. Aina yang masih
dirawat di hospital mendapat berita gembira bahawa ayahnya, iaitu Profesor Muhammad Fitri
dan kumpulan penyelidik yang hilang di Lautan Andaman telah dijumpai.

Teknik Plot

1. Dialog
Contoh: “Kenapa Abang Adeen lambat?” tanya Aina lagi.
“Maaf, terlepas komuter tadi,” jawab Adeen.

2. Suspens
Contoh: Pak Cik Tan bersembunyi di dalam bilik persalinan untuk mengetahui orang yang mencuri cip pemecut mesin Avatari.

3. Kejutan
Contoh: Adeen ternampak dua orang lelaki yang mencurigakan di bilik persalinan.

4. Imbas kembali
Contoh: Anas teringat akan kata-kata ayahnya yang mahu Anas dan Aina menjadi juara pertandingan Avatari seperti yang pernah dicapai oleh ayahnya dan Pasukan Zamrud sepuluh tahun lalu.

5. Monolog
Contoh: “Tak sangka Aina pandai tulis sajak, walaupun perlu diperbaiki lagi,” kata Anas
sendirian.


Gaya Bahasa
 Diksi
• Istilah Komputer
Contoh: browser, CPU, kayu ria, kamar bicara, papan litar
• Slanga
Contoh: amoi cantik, hei tambi
 Peribahasa
Contoh: nasi sudah menjadi bubur;
kalau tidak ada rotan, akar pun berguna juga
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
macam enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing

 Pembinaan Ayat
• Bahasa mudah dan menarik
• Ada ayat pendek
Contoh: Samy semakin nekad
• Ada ayat panjang
Contoh: Pengalamannya sebagai banduan cukup mengajarnya supaya menghargai kebebasan

 Personifikasi
Contoh: Petang semakin tua

 Simile
Contoh: …seperti semut merah menghurung lipas mati
…seperti halilintar membelah bumi

 Hiperbola
Contoh: …mata yang tajam
...berjalan di atas kepulan awan

Latar
Latar Masa
 Zaman sekarang – golongan remaja bermain permainan komputer dan menggunakan
Internet
 Zaman prasejarah – setiap pasukan dikehendaki ke zaman prasejarah secara maya dalam peringkat pertama pertandingan Avatari
 _ Zaman Mesir kuno – pasukan yang layak ke peringkat kedua pertandingan Avatari
mengembara secara maya ke zaman Mesir kuno untuk mencari pelbagai objek harta
karun berdasarkan petunjuk yang akan diperoleh daripada teka silang kata yang
diselesaikan oleh peserta.
 Zaman Kesultanan Melayu Melaka – Pasukan Zamrud II memilih untuk ke zaman Kesultanan Melayu Melaka secara maya untuk menghalang Portugis daripada menawan Melaka.

Latar Tempat
 Kompleks Beli-belah Anggun – tempat pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dilangsungkan
 Rumah Profesor Fitri – tempat tinggal Anas dan Aina
 Pusat Permainan Game Star – Anjali dan Sudin bertanding dalam permainan Robot War
 Pangsapuri Pak Cik Ho – Anas dan Aina berkunjung ke pangsapuri Pak Cik Ho untuk berbincang tentang penubuhan Pasukan Zamrud II.
 Kawasan bukit di Batu Layar – tempat Cikgu Pasukan Zamrud II menjalani latihan kembara

Latar Masyarakat
 Masyarakat bandar yang celik komputer
Contoh: Anas dan Aina melayari Internet untuk mencari maklumat tentang pertandingan
Avatari
 Masyarakat remaja yang meminati permainan komputer
Contoh: Pusat Permainan Video Game Star sentiasa sesak dengan pengunjung yang
terdiri daripada golongan remaja.
 Masyarakat elit
Contoh: Anas, Aina, Pauline, Adeen, dan Kumar datang daripada keluarga elit kerana
ayah mereka merupakan jutawan, ahli perniagaan, dan profesor.

 Masyarakat bandar yang miskin
Contoh: Anjali ialah anak yatim yang dibesarkan dalam keadaan yang amat daif lagi
mencabar.
 Masyarakat yang gemar melakukan jenayah
Contoh: Abang Anjali, iaitu Muthu merupakan ketua samseng yang diarahkan untuk
menimbulkan huru-hara di Pusat Permainan Video Game Star.

NILAI
1. Nilai bertanggungjawab
Anas berasa bertanggungjawab mengambil alih peranan sebagai orang lelaki di rumah selepas ayahnya hilang semasa menjalankan ekspedisi misteri di Laut Andaman.

2. Nilai kasih sayang
Anas sangat menyayangi adiknya, Aina.

3. Nilai keberanian
Anas membahayakan dirinya dalam usaha untuk memastikan kejayaan Pasukan Zamrud II dalam pertandingan Avatari.

4. Nilai kesabaran
Adeen sabar dengan karenah Kumar yang angkuh.

5. Nilai keinsafan
Kumar menyesal kerana telah memperkecil keupayaan Pasukan Zamrud II.

6. Nilai kegigihan
Pasukan Zamrud II yang diketuai oleh Anas gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

Pengajaran
1. Kita hendaklah berani berjuang untuk mencapai matlamat
Contoh: Anas membahayakan dirinya untuk memastikan Pasukan Zamrud II menjuarai
Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.
2. Kita perlulah mengetepikan kepentingan diri sekiranya ingin mencapai kejayaan dalam pasukan
Contoh: Cikgu Nisah menasihati Pauline supaya mengubah sikapnya yang cemburu terhadap Anjali.
3. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai matlamat
Contoh: Ahli kumpulan Pasukan Zamrud II gigih berlatih sehingga menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

4. Kita haruslah sanggup berjuang untuk mempertahankan agama
Contoh: Anas sanggup menentang Pasukan Zion dari Rusia yang mahu membunuh Nabi Muhammad semasa peringkat akhir pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh dengan dibantu oleh ahli Pasukan.

5. Kita tidak harus mengkhianati kepercayaan orang terhadap kita
Contoh: Anjali mensabotaj Pasukan Zamrud II sehingga pasukan itu hampir-hampir tewas dalam pertandingan Avatari.

6. Kita mesti bekerjasama dan mengamalkan semangat berpasukan untuk menjamin
kejayaan sesuatu pasukan dalam pertandingan
Contoh: Semua ahli Pasukan Zamrud II mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sehingga berjaya menjuarai Pertandingan Avatari Kebangsaan Kali Kesepuluh.

73 ulasan:

jason lim berkata...

wah so long ar!!!!!!! almost the hole book wei

ameer berkata...

:)!!!

pavi berkata...

:)

Daus berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Useful notes! I could learn more and clearer form here! :) Thanks a lot! *Thumb up*

Tanpa Nama berkata...

trimas bro selaku cikgu..haha

Tanpa Nama berkata...

cikgu tan,bolehkah anda tulis watak perwatakan,persoalan,nilai,pengajaran yang hanya dalam bab 8 ?

Hafifa berkata...

wahh .. ni pun da ckup bgus .. thanks a lot ..^^

fatin berkata...

waw ! thank you !!!

Shahrul Hidayat berkata...

terima kasih... benda ni boleh guna untuk exam ari ni... huhuhu

Tanpa Nama berkata...

terima kasih......

alissha aqilah berkata...

saya pon exam arini...tq cikgu tan

sharu berkata...

very good ..........dengan ini saya boleh jawab dalam exam tapi ..........next time kalau boleh i want it to be in the paragraph form like in the exam.. thanks

Farel berkata...

teria kasih.....dngan ini sye bole buat folio dngan senang.....

BOY berkata...

blog yang Cikgu Tan buat ni sangat bagus....tapi sye harap cikgu tan letak gambar Wira Persona Avatari kat blog ni....

Tanpa Nama berkata...

boleh x cikgu tan tambhkan cth peristiwa utk setiap nilai dlm novel nie.. thankszz

nadz berkata...

can u do the format in exam?
coz i'm looking for it~

Tanpa Nama berkata...

baggus terima kasih banyak banyak

Tanpa Nama berkata...

bagus sangat nota cikgu

ANDERILL berkata...

agak baik tapi perlu diperbaiki lagi...lihat laman tatabahasa SMK TUNKU ABDUL RAHMAN KUALA LANGAT SELANGOR.notanya lebih padat dan pendek lagi.............:):):)

Tanpa Nama berkata...

mamadesune

awek/bohsia malaya berkata...

bagusnya buat kajian komsas!!so sweet...muahx3

E_PUL 14 berkata...

TERBAEK AH GIKGU TAN !!! ^^

Tanpa Nama berkata...

baguslah..terime kasih ye cikgu...saye nieyhh dari skolah smk.mambau. negeri sembilan

Aqilah berkata...

bagus cikgu .

lisa laurie berkata...

thanks so much =)now i can do my work.thanks a lot cikgu Tan Cl

ainsyahzanani berkata...

TERIMAS ..
cikgu tan .
senang saya nk buat hw :)

ravina....... berkata...

owh..... huh....... tq sir finali i hv dun ma h/w u hv save..... ma maruah diri......tq ^_^

Tanpa Nama berkata...

great, thanks a lot teacher,,, :) :)

Never berkata...

Thanks.. I'am doing it right now =D

1Amanah berkata...

Cikgu sy suka but sy rasa lebih elok jika ada sinopsis mengikut setiap bab yang tertentu.terima kasih cikgu.

Nur Amira berkata...

ye cikgu ! saya setuju dgn 1Amanah , klau ade sinopsis Bab per Bab lagi bgus .. Apa pun terima kasih ..

Miera , SMK TAMAN BUNGA RAYA 1, RAWANG SELANGOR :)

::aina_cat-yie:: berkata...

saya suka entri ni. memudahkan saya untuk buat folio. malangnya ada seorang dr kawan sekelas dah amik dulu. nanti sama pulak. apa-apa pun, terima kasih kerana membantu!

Tanpa Nama berkata...

haha saper yang komen waktu 6 april tuh birthday aq!!......n then thx for the in4mation

TYY berkata...

Terima kasih la!Slinopsis ni memudahkan saya untuk menghabiskan kerja rumah saya.

Tanpa Nama berkata...

Terima Kasih Cikgu Tan CL :)
Saya telah pun siap kerja sekolah yang cikgu beri.
Cikgu boleh saya tahu Cikgu mengajar di sekolah mana ? saya belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Klang

Qyla berkata...

kerna sikgu,saya dapat keputusan yg cemerlang pada ujian saya minggu lepas

TKBB

Tanpa Nama berkata...

cikgu tolong bgi saya contoh nilai wira persona avtari dlm 1 perenggan ..

Tanpa Nama berkata...

terima kasih...

Tanpa Nama berkata...

cikgu boleh tak cikgu buat kan synopsis bab demi bab....

Tanpa Nama berkata...

Tengs :) Senang nak jawab exam . Wehoo !

Tanpa Nama berkata...

bagusnya !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Rathi Gewl berkata...

wow...saye telah dpt semua yg saye perlu dari blog ni..ini akan membantu saye utk peperiksaan pertengahan tahun esok...harap saye blh buat...terima kasih cikgu tan... :)...

Tanpa Nama berkata...

hope i can score for my bm tomorrow ! :) AMIN

almar'atus solehah berkata...

smoga sy akan mmperoleh mrkh yg baik exam 6t....! !

Tanpa Nama berkata...

thanks a lot,Cikgu !!

iEyLa hiroShima berkata...

terime kaseh ckgu Tan CL...
snang sye nak blajr skrang....!!!
:)

Tanpa Nama berkata...

TERIMA KASIH CIKGU BAGI AYA TAHU NANTI ESOK EXAM SAYA BARU TAHU BUAT OH............

Tanpa Nama berkata...

best2...thanks

Tanpa Nama berkata...

tQ Cikgu Tan!!
Lagi bgs kalau dlm paragraph ツ

Tanpa Nama berkata...

tq cikgu tan
tapi sy harap cikgu perbanyakkan lagi latar novel ini..:)

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih banyak cikgu

Tanpa Nama berkata...

terimas, boleh la guna utk PMR esok hari :D terima kasih bnyk2

Tanpa Nama berkata...

Bagus, padat dan ringkas . PMR ♥

Lim Chun Hung berkata...

It help me so much ^_^

Tanpa Nama berkata...

thanks a lot teacher's tan ! it was useful to me for answering my final exam :'D

zailani berkata...

terima kasih cikgu tan...

Tanpa Nama berkata...

good job :)

Wen-yi berkata...

Woohoo! Thx! :3

Tanpa Nama berkata...

wah! terima kasih ya cikgu! saya pening kepala mana nak dapat jawapan pastu nampak laman web ni, terus senyum lebar :) terima kasih banyak banyak cikgu :) semoga jasa cikgu terbalas :DD

yasmin atiqa berkata...

kamsahabnida seonsaengim!

Tanpa Nama berkata...

haziq berkata
mne watak tan beng kiat

Adam Firdaus berkata...

sangat membantu aq!! <3

Tanpa Nama berkata...

terima kasih cikgu :)

Tanpa Nama berkata...

Thanks ckgu..waaaahh bnda nie bole buat bekalan utk exam esok...tq yaaaa..^_^

Tanpa Nama berkata...

So bad ! How can you post such a thing ?!

Tanpa Nama berkata...

Stupid Fucker !
You idiot, wao ! Are you a teacher ?!

Muhd Farhan berkata...

this is useful for me . thanks.

Tanpa Nama berkata...

wow.. this is so useful! boleh baca for exam pmr esok. hehe.

Nazri berkata...

cikgu boleh tolong berikan sipnopsis mengikut bab??saya mintak tolong yerr..thanks

wong meng chun berkata...

TQ It is very useful...

Tanpa Nama berkata...

Is this for the whole book? Or just one bab only?

Yan Leng berkata...

Lol, so true! It's very useful, thanks so much!