Selamat Melayari Blog Saya!

My photo
Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN

10 August 2010

Tajuk KOMSAS 2011 untuk Pelajar Tingkatan 2 dan Tingkatan 5

Mulai tahun 2011, semua pelajar tingkatan 2 dan 5 akan meneruskan penggunaan teks antologi dan novel terbaharu bagi kumpulan pertama teks Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah (PMR) dan menengah atas (SPM). Sepanjang tahun 2010, mereka telah pun menggunakan teks antologi Kesusasteraan Melayu dan novel terbaharu semasa di tingkatan 1 dan 4.

Pelajar di tingkatan 1 sebelum ini menggunakan antologi Kasut Kelopak Jantung di samping novel yang ditetapkan mengikut zon masing-masing. Pada tahun 2011, mereka akan menggunakan antologi baharu berjudul Gema Sepi Gadis Genius. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 2 akan menggunakan novel berjudul Lestari Bukit Menghijau, karya Syed Mahdzir, terbitan Star Trading Sdn. Bhd.

Sementara itu, bagi pelajar tingkatan 5 tahun 2011 pula, mereka akan menggunakan teks antologi baharu berjudul Dirgahayu Bahasaku selain Harga Remaja yang digunakan semasa di tingkatan 4. Bagi zon Melaka, Pahang, Terengganu, dan Kelantan, pelajar-pelajar tingkatan 5 akan menggunakan novel berjudul Sutera Dalam Lukisan, karya Abd. Talib Hassan, terbitan ABM SMAZ Creative.
Terima Kasih kepada http://munsyibm.blogspot.com/ atas maklumat berguna ini.

35 comments:

CD said...

Antologi Gema Gadis Is For STudents In Form 1 By 2011?

Bed Boy said...

untk ting 2 2011....

Isya said...

Kalau nak cari ringkasan tingkatan 2 2011 punye nak cari kat mana??

Anonymous said...

http://twoohiok.wordpress.com/2010/10/22/sinopsis-novel-di-sebalik-wajah-novel-tingkatan-dua-bermula-tahun-2011/

Anonymous said...

ckg sy nk dptkan novel sutera dalam lukisan utk kerja cti trancng sy..

Anonymous said...

Bolehkah cikgu Tan beritahu Sinopsis serta di mana saya boleh dapatkan buku rujukan novel Wira Persona Avatari untuk Tingkatan 2 2011?

Anonymous said...

Bolehkah cikgu Tan beritahu sinopsis novel Lestari Bukit Menghijau bab demi bab,tema dan persoalan,watak dan perwatakan,plot dan teknik plot,latar,gaya bahasa,nilai dan pengajaran serta di mana saya boleh dapatkan buku rujukan novel Lestari Bukit Menghijau untuk tingkatan 2 2011?tolonglah ni kerja akhir tahun.

Anonymous said...

Bolehkah cikgu Tan beritahu sinopsis novel Wira Persona Avatari ,tema dan persoalan,watak dan perwatakan,plot dan teknik plot,latar,gaya bahasa,nilai dan pengajaran serta di mana saya boleh dapatkan buku rujukan novel Wira Persona Avatari untuk tingkatan 2 2011?tolonglah ni kerja akhir tahun.

Anonymous said...

cikgu .. t0long la cri analisis tntg buku wira persona avatari ..
sye nk knew siap kn sblm bkk sklh nie ..plezzz

Anonymous said...

Bab 1: Poster Misteri.
Enam orang remaja, iaitu Adeen, Anas, Aina, Pauline, Anjali, dan Zuriani sedang berjalan ke arah bilik persalinan sementara yang dibina khas bersempena dengan Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh yang diadakan di kompleks beli-belah Anggun. Mereka perlu bersiap semula untuk meneruskan cabaran terakhir yang akan bermula pada jam 3.00 petang. Adeen terpandang dua orang lelaki yang mencurigakan di dalam bilik persalinan itu. Seorang lelaki Cina bernama Ah Kong dan seorang lagi lelaki India bernama Samy. Baju-baju khas Pertandingan Avatari yang sedang dibelek oleh mereka itu dicampakkan ke lantai. Mereka hendak berlari tetapi dihalang oleh remaja berenam itu. Suasana menjadi tegang dan cemas. Samy mengeluarkan sebilah pisau, tetapi Adeen dan Anas dengan pantas menyerang dan berjaya menahan Samy dengan kemahiran silat mereka. Ah Kong hendak lari tetapi dihalang oleh Aina. Ah kong mengeluarkan sepucuk pistol lalu menembak Aina. Aina tersungkur ke lantai. Ah Kong meluru keluar dan melepaskan diri. Ho Shao Long memeriksa tempat tembakan di bahu Aina. Dalam keadaan yang kritikal itu, Aina menjadi semakin lemah. Fikiran Aina melayang-layang ke masa lepas. Selepas itu, Aina pengsan di pangkuan ibunya.
Aina merupakan seorang murid yang cekal dan tekun. Walaupun pada waktu rehat, Aina masih berada di dalam kelasnya untuk menyiapkan kerja sekolahnya. Kemudian, Zuriani kawan sekelasnya tiba. Zuriani mengajak Aina keluar untuk melihat poster yang baru ditampalkan di papan kenyataan di kantin. Aina sangat teruja dan terus bergegas ke kantin.
Bab 2: Kamar Bicara.
Aina tidak sabar hendak memberitahu abangnya, Anas tentang suatu berita penting. Sekembalinya Anas, Aina terus mendapatkan abangnya. Anas kelihatan muram kerana pasukan hoki sekolahnya kalah. Anas seperti tidak berminat untuk mendengar berita yang hendak disampaikan oleh Aina. Namun, apabila Aina menyebut "Avatari", Anas menjadi teruja. Pertandingan Avatari Kebangsaan kali kesepuluh sudah diumumkan. Anas terkenang akan ayah mereka yang menginginkan mereka menjadi juara Avatari seperti beliau dulu. Ayah mereka menjadi juara kebangsaan Pertandingan Avatari pertama sepuluh tahun dulu. Aina terdiam seketika apabila nama ayah mereka disebut. Hal ini demikian kerana ekspedisi penyelidikan misteri di Laut Andaman. Aina sangat merindui ayahnya.
Pada malamnya, Anas dan Aina asyik melayari laman web Avatari untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pertandingan yang akan diadakan itu. Kedua-dua beradik itu berbincang dan merancang untuk menyertai Pertandingan Avatari. Melalui "Kamar Bicara", mereka bermain permainan video secara interaktif melalui watak avatar, iaitu watak tiga dimensi janaan komputer. Dalam salah satu interaksi itu, Anas telah terlibat dalam satu sesi perdebatan dengan seorang gadis Jepun, Aya Morita dari sebuah kafe siber di kawasan hiburan Tokyo. Perdebatan antara Anas melalui avatar Hang Tuah dan Aya Morita berlarutan sehingga jam 1.00 pagi.

Anonymous said...

Bab 3: Pasukan Zamrud II.
Anas dan Aina membaca risalah dan borang pertandingan berulang kali. Mereka sedang memikirkan bagaimana hendak mendapatkan komputer realiti maya dan perisian Avatari. Harga sebuah komputer realiti maya yang paling murah dalam lingkungan RM50 ribu. Perisian Avatari pula dalam lingkungan RM10 ribu. Mereka memikirkan siapakan yang sanggup menaja mereka. Tiba-tiba Aina teringat akan Pak Cik Ho, rakan sepasukan ayah mereka semasa memenangi Pertandingan Avatari dulu. Anas menelefon Pak Cik Ho di rumah. Pauline, anak perempuan Pak Cik Ho menjawab. Dia memberitahu Anas bahawa Pak Cik Ho tidak ada. Anas meninggalkan pesan supaya Pak Cik Ho menelefonnya kembali.
Anas dan Aina pergi ke rumah Pak Cik Ho. Pak Cik Ho memberitahu mereka bahawa Pak Cik Kuppusamy telah menawarkan anaknya, Kumar untuk menyertai pasukan Avatari Anas dan Aina. Pasukan Avatari Anas dan Aina juga dibenarkan untuk menggunakan komputer realiti maya kepunyaan mereka itu. Mereka memerlukan seorang lahli lagi. Orang yang kelima ini penting kerana dia mesti seorang pengatur cara komputer yang hebat. Aina teringat akan Adeen, anak Profesor Zakri. Aina akan mencuba memujuk Adeen untuk menyertai pasukan Avatari mereka.

Bab 4: Libasan Pari.
Anas, Aina, Pauline, dan Kumar sedang menunggu Adeen di pusat permainan video Game Star. Kumar tidak sabar menunggu ketibaan Adeen. Pauline pula tidak senang dengan sikap Kumar yang panas baran itu. Berlaku konflik kecil antara Pauline dan Kumar. Anas mencuba menenteramkam pertelagahan antara Kumar dengan Pauline. Akhirnya Adeen sampai. Kumar melihat Adeen dengan sinis. Dia tidak yakin terhadap kebolehan Adeen. Aina memperkenalkan Kumar kepada Adeen. Seperti biasa, Kumar menunjukkan sikap egonya terhadap Adeen dengan tindakannya yang teragak-agak untuk bersalaman dengan Adeen. Seterusnya Aina memperkenalkan Pauline kepada Adeen.
Mereka berlima pergi berjumpa dengan Pak Cik Tan, pengurus pusat permainan video Game Star untuk mendengar taklimat daripada beliau. Pak Cik Tan seorang pekerja yang setia kepada majikannya, iaitu Encik Ho Shao Long. Semasa melihat komputer Avatari yang akan digunakan dalam pertandingan nanti, Kumar menyatakan tidak mahu terlibat dalam pertandingan itu kerana tidak yakin terhadap komputer yang kelihatan antik itu. Kumar menarik diri. Semua orang menjadi bingung dengan tindakan Kumar itu.

Anonymous said...

Bab 5: Senteri Muda.
Anas, Aina, Pauline, dan Adeen menjalani latihan senaman silat di bawah bimbingan Cikgu Nisah, seorang guru silat dan bekas sarjan komando. Latihan silat ini sebagai persiapan mereka untuk menghadapi Pertandingan Avatari yang penuh dengan halangan, cabaran, dan muslihat.
Ho Shao Long datang untuk meninjau perkembangan Pasukan Zamrud II membuat latihan permainan Avatari. Adeen cuba menerangkan kepada Pak Cik Ho sebab-sebab CPU Voltra yang canggih milik Pak Cik Ho itu perlu diubah suai lagi. Hal ini demikian kerana CPU tersebut masih lemah mengawal pergerakan avatar ketika bertempur. Pak Cik Ho akui akan kelemahan yang terdapat pada komputernya itu. Adeen mencadangkan cip mikroelektrik yang lebih hebat daripada cip Voltra milik Pak Cik Ho, iaitu prototaip cip Alif yang baru dihasilkan oleh MIMOS Berhad yang berkelajuan 100 gigahertz. Pak Cik Ho akui akan penerangan Adeen itu.
Bab 6: Ribut Dalam Cawan.
Semasa Adeen mengubah suai mesin Avatari, Anas dan Pauline pergi makan di restoran McDonalds di seberang jalan yang bertentangan dengan pusat permainan video Game Star. Mereka berbincang untuk mencari ahli baru sebagai pengganti Kumar. Pauline mencadangkan supaya mereka memujuk Kumar untuk kembali menyertai pasukan Avatari mereka. Namun, Anas tidak bersetuju kerana bagi Anas, Kumar terlalu angkuh. Anas dan Pauline teringat akan pesanan Cikgu Nisah berhubung kitar hayat pasukan dalam sesi strategi pertempuran.
Mereka kembali ke pusat permainan video Game Star. Anas lalu di behagian permainan video Robot War. Banyak remaja berkumpul di situ. Anas ternampak seorang gadis India sedang tekun mengendalikan mesin permainan Robot War. Dia sedang bersaing dengan beberapa orang remaja lelaki dalam permainan Robot War melalui mesin yang dirangkaikan. Akhirnya, gadis India itu yang bernama Anjali berjaya mengalahkan remaja-remaja lelaki itu. Anas memberitahu Pauline bahawa dia hendak berjumpa dengan ahli kelima Pasukan Zamrud II. Anas mendekati Anjali. Pauline berasa tidak senang hati dengan tindakan Anas itu.

Anonymous said...

Minta tolong banyak banyak tulis Sinopsis bab demi bab lestary bukit menghijau (:

Anonymous said...

Terime Kasih, banyak2!!!

Anonymous said...

untok bab 7 , 8 , 9 , 10 , 11 dan 12 ader x..?
tolong lar erk...
thanks

Unknown said...

Cikgu, tolong post sinopsis keseluruhan Sutera Dalam Lukisan. Saya belum faham sepenuhnya novel ni. Sinopsis mungkin dapat bantu saya.

najwa said...

assalamualaikum....
sy mahu cari sinopsis,wtak,pngajran tau gaya bhasa..buku dirgahayu bahasaku...sy sudh bnyk tmpt prgi kedai cri buku rujukn,tp xjmpa...dmna kah sy bolh cri cikgu...
bolh tolng sy x??:)

Anonymous said...

salam sejahtera..saye ingin menanye jika saye mahu cari sinopsis sutera dalam lukisan dimane ye??

Anonymous said...

Lestari Bukit Menghijau karangan Syed mahadzir. Bukan Syed Mahdzir..

Anonymous said...

cikgu bolehkah cikgu beri tema dan persoalan,watak perwatakkan dan pegajaran dari cerpen pungut @ zahara @yap siew hong?tolong sangat habis tempat saya cari tapi tak jumpa...

Tae-Shii said...

salam sejahtera cg tan, saye nak sangat cg tan tlg saye, tlg beritahu sinopsis lestari bukit menghijau dri bab 4 sampai bab 8...nie kerja kursus form 2 saye....plizz sangat2.......
(sinopsis lestari bukit menghijau...)

mieyrah said...

cg tan, tolong sangat2 tulis sinopsis bab demi bab novel sutera dalam lukisan.. saya cari tapi x jumpe.. tolong sgt2 ckgu..

umieyz Towkxs said...

cikgu..boleh tolong saya tuliskan sinopsis DI SEBALIK WAJAH untuk tingkatan 2 2011???????saya sudah puas cari,tak jumpa..tolong ye cikgu.. =) please...

Anonymous said...

cikgu,,,sutera dalm lukisan memg bes,,
btw,,bleh x cikgu muat trun nota y bkaitan,,,spt tema n psoalan,pngajaran,nilai murni dll,,
kami students 11 mharapkan y tbaik utk spm~

Anonymous said...

mierah:cuba awk try bt sndiri sinopsis tu,,mcm kt sini kitaorg kne bt sdiri then bentang kat depan tanpa tgk buku,,,cara tu memg bkesan,,
hampir kseluruhan kami dpat ingat

Anonymous said...

saya nak sinopsis keseluruhan novel wira persona avatari boleh tak??

Anonymous said...

ckg cm ne nk cari nota drama hemodialisis form 2?????kt mnew???

Anonymous said...

cikgu macam mana mahu buat 3 gaya bahasa..saya minta tolong sangat2 dengan cikgu..esok saya nak buat ujian lisan..plizz sangat2

faa dentistry said...

boleh tak cekgu tolong carikan gaya bahasa lestari bukit menghijau mengikut bab. i rely need it. thanx:)

Anonymous said...

x dak paa la

Budak Bodoh said...

Woi! x paham la weiii! grrr...

budak pandai said...

X paham tu senyap je la, dah la bodoh!

Anonymous said...

cikgu tolong tuliskan sinopsis lestari bukit menghijau bab demi bab.tolonglah saya...

syuhada said...

tolong tuliskan plot lestari bukit menghijau....susah lh...dalam buku rujukan lain,,,dalam internet lain...masalahnya,sy ax nk beli buku rujukan sebb rasa cam x berbaloi..tolong eh...nak yang dari buku rujukan,..tapi dua dari bawah jer...klimaks dan sy x ingat apa yang bawah sekali tolong sesangat!!!!

Anonymous said...

cikgu , apa sinopsis novel di sebalik wajah ?