28 October 2009

Penutupan Ruang Sembang

Salam sejahtera kepada semua pelajar yang saya kasihi. Sebelum meneruskan perbicaraan, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang melayari laman blog saya untuk mendalami ilmu dan menimba pengetahuan. Terima kasih jugalah kepada Cikgu Razak yang sering memberi saranan membina kepada saya. Dengan ini, saya membuat keputusan untuk menutup ruang sembang (chat box) kerana penyalahgunaan ruang ini berluasa. Harap maklum.


Ada ubi ada batas;
Ada buat ada balas.

Di mana kah budi bahasa pelajar marcapada ini?

NANTIKAN SOALAN RAMALAN DAN TOPIK KARANGAN RAMALAN CIKGU TAN SETIAP HARI MULAI 5 NOVEMBER 2009 HINGGA 17 NOVEMBER 2009.

Cikgu Tan

4 comments:

Niji said...

ah..
walaupun saya tak makan cili..
tapi saya tetap merasai kepedasannya..

apa-apa pun.. saya menantikan karangan cikgu bulan November ini..

hmm... cikgu mungkin tak perasan.. tapi saya cenderung untuk menggunakan bahasa baku apabila menulis komen di laman cikgu..

saya pernah menghantar mesej di ruang sembang semasa zaman PMR saya dulu.. :P
nama samaran saya Mint.. cikgu mungkin dah lupa..

pada 3 November ini, saya akan menjawab kertas soalan Bahasa Melayu Akhir Tahun TG 4..
Rasa berdebar sungguh!

Anonymous said...

masa silih berganti,
tarikh keramat 5 november menjelang kini,
namun yang kunanti-nanti,
tip spm bm masih tak timbul lagi.....

Apa dah jadi,
ibarat buah yang tak gugur -gugur yang ku nanti....
hatiku makin berdebar saban hari
Tip cikgu perlu kuamati....

Kalau tidak , SPMku hancur mati....

MuridmU said...

cikgu, manakah karangan yang anda janjikan?!

Lama menanti tetapi akhirnya mengecewakan?

Harap cikgu boleh poskan karangan seperti yang dijanjikan.

Anonymous said...

Cikgu,
Kenapa tiada update dari 7 /11 hingga kini? Cikgu kan kata setiap hari sehingga 17/11? Saya ternanti-nanti tajuk baru...