Semalam, saya sempat berbual-bual dengan beberapa orang pelajar. Daripada pengetahuan mereka, murid-murid sekarang mula terpengaruh oleh rakan sebaya dalam aktiviti menghina dan mencaci guru melalui laman web popular. Saya mengambil kesempatan tersebut dengan berbual-bual dengan pelajar yang saya sayangi itu. Katanya, guru itu "tidak layak" dan "tidak wajar dihormati kerana bodoh". Saya amat mengesali sikap pelajar yang berbuat demikian. Seterusnya, di dalam hati, saya berharap dia akan memikirkan perbuatannya dengan mendalam dan matang. Saya percaya, dengan keadaan fizikalnya yang matang dan sudah akil baligh, dia pasti dapat membuat keputusan yang baik untuk semua pihak. Walaupun saya bukan guru yang dihina olehnya, namun saya terasa sedih dan kesal atas perbuatannya. Walai murid, "kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga". Jangan mengatakan bahawa guru itu tidak layak mengajar padahal anda belum sepandai guru tersebut. Saya berharap penyalahgunaan internet untuk tujuan mencaci, menghina, mahupun mencerca haruslah anda jauhi. Kita seharusnya berbangga dan berusaha menggunakan internet untuk tujuan belajar, bukannya untuk mengeksploitasi kebobrokan diri. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga". Ingatlah bahawa suatu hari nanti anda akan bekerja dan menghadapi masyarakat juga. Janganlah bersikap dendam antara manusia.
Anggerik Doritis putihnya suci,
Anggerik Aranda merah warnanya,
Janganlah guru dihina dan dicaci.
Perbuatan kamu membuka pekung di dada.
3 comments:
bodoh
kadangkala pelajar-pelajar ini merasakan diri mereka sudah pandai. Jadi, berlagak dan sombonglah.
pelajar2 harus tahu bahawa penghinaan terhadap guru menyababkan anda belajar tak berkat.
Guru perlu dihormati sepanjang masa.
karangan yg menarik...
Post a Comment