Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Selamat Melayari Blog Saya!
- CIKGU TAN CL
- Seorang insan yang biasa.... namun bercita-cita luar biasa! PENCERAMAH BAHASA PENULIS BUKU RUJUKAN PENULIS KOLUM MAJALAH PENDIDIK PENCERAMAH BENGKEL PENULISAN
6 September 2018
24 August 2018
RAMALAN SPM 2018 - dua pengajaran tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua pengajaran tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]
NOVEL TIRANI
Novel yang saya kaji ialah Tirani, pengajaran pertama yang berkaitan dengan nilai tanggunugjawab ialah kita mestilah bertanggungjawab menjaga ahli keluarga. Sebagai contohnya, Fadhil bertanggungjawab menjaga keselamatan anaknya, Waheeda dengan membawanya yang mengalami pendarahan akibat kecederaan yang teruk angkara diserang monyet Belanda ke hospital dengan segera untuk mendapatkan rawatan.
Selain itu, pengajaran kedua yang berkaitan dengan nilai tanggungjawab ialah kita mestilah menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa dengan baik. Contohnya, sebagai seorang isteri dan juga ibu, Raidah menyediakan makan dan minum untuk keluarganya dan melakukan kerja-kerja harian di rumah.
Setiap isi:
Isi - 1m
Huraian - 2m
Maka, 2 isi = 6m
bahasa = 2m
total 8/8 markah
CUBA JAWAB UNTUK NOVEL LAIN
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua pengajaran tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]
Novel yang saya kaji ialah novel Jendela Menghadap Jalan hasil karya Ruhaini Matdarin.Pengajaran pertama tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel ini ialah ibu bapa haruslah menjaga kesihatan anak-anak mereka sejak kecil lagi.Buktinya,Ibu Lili menjaga pemakanan Lili sejak kecil lagi untuk memastikan kesihatan Lili sentiasa terjamin.Kedua,kita sebagai seorang rakan yang bertanggungjawab haruslah membantu rakan kita ketika mereka mereka ditimpa musibah.Buktinya,Danel sanggup mengambil risiko dengan menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan kawannya Lili yang telah diculik oleh Rafiq dan Haziq dan dikurung di sebuah pondok usang.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua pengajaran tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]
Novel yang saya kaji ialah novel Songket Berbenag Emas hasil karya Khairuddin Ayip.Pengajaran pertama tentang tanggungjawab yang terdapat dalam novel ini ialah kita haruslah bertanggungjawab terhadap ahli keluarga kita.Buktinya,Lili sebagai seorang anak yang bertanggungjawab sanggup meninggalkan pelajarannya di sekolah demi menjaga adik-adiknya di rumah setelah ibunya dihantar ke hospital.Selain itu,seorang guru haruslah bertanggungjawab terhadap pelajaran anak-anak muridnya yang tidak dapat hadir ke sekolah.Buktinya,Cikgu Hisyam bertanggungjawab terhadap pendidikan Dahlia yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana terpaksa menjaga adik-adiknya di rumah.Cikgu Hisyam yang menyedari kesusahan hidup Dahlia,meminta Kavita supaya memfotostat nota-notanya dan memberikannya kepada Dahlia untuk mengulang kaji di rumah.
19 August 2018
10 August 2018
Perbezaan antara Imbuhan "beR-...-an" dengan "beR-...-kan"
INFORMASI BAHASA
10.8.2018
Perbezaan antara Imbuhan "beR-...-an" dengan "beR-...-kan"
NOTA:
Frasa kerja tak transitif beR-...-an lazimnya diikuti oleh kata sendi nama, bukannya kata nama.
Frasa kerja tak transitif beR - . ..-kan haruslah diikuti oleh kata nama, bukannya kata sendi nama.
KESALAHAN:
1. Panglima yang gagah berani bertikaman ketua lanun untuk mendapatkan harta karun. ❌
1. Gerai Pak Salim berhampiran rumah Tuan Haji Gullaam Rasul. ❌
2. Sherry pergi ke pejabat pendaftaran negara berkaitan urusan kelahiran anaknya. ❌
3. Tembakan meriam berentetan Laut Merah menandakan pasukan Liu Bei telah kalah. ❌
4. Buku ayah bertaburan ruang tamu setelah rumah dimasuki oleh pencuri. ❌
5. Pasangan suami isteri itu melancong ke Korea berpandukan pada peta sahaja. ❌
6. Parang buatan kaum Iban berhulukan dengan tanduk rusa.❌
7. Pemuda itu tidak bersalah berdasarkan pada hujah yang dibentangkan oleh pendakwa raya.❌
8. Sebuah karya Inggeris yang berorientasikan pada tradisi Parsi telah dihasilkan oleh Farouk.❌
9. Rumah panjang itu berdindingkan akan kayu cengal yang berusia puluhan tahun.❌
PEMBETULAN
1. Panglima yang gagah berani bertikaman dengan ketua lanun untuk mendapatkan harta karun. ✅
1. Gerai Pak Salim berhampiran dengan rumah Tuan Haji Gullaam Rasul. ✅
2. Sherry pergi ke pejabat pendaftaran negara berkaitan dengan urusan kelahiran anaknya. ✅
3. Tembakan meriam berentetan di Laut Merah menandakan pasukan Liu Bei telah kalah. ✅
4. Buku ayah bertaburan di ruang tamu setelah rumah dimasuki oleh pencuri. ✅
5. Pasangan suami isteri itu melancong ke Korea berpandukan peta sahaja. ✅
6. Parang buatan kaum Iban berhulukan tanduk rusa.✅
7. Pemuda itu tidak bersalah berdasarkan hujah yang dibentangkan oleh pendakwa raya. ✅
8. Sebuah karya Inggeris yang berorientasikan tradisi Parsi telah dihasilkan oleh Farouk.✅
9. Rumah panjang itu berdindingkan kayu cengal yang berusia puluhan tahun.✅
Latihan Tubi
Tandakan (✔️) jika ayat tersebut betul dan tandakan (❌) jika ayat tersebut salah.
1. Rakyat Kedah sangat setuju untuk berajakan kepada putera bongsu itu.
2. Dia mengambil golok yang bersarungkan dengan upih itu di atas para-para.
3. Kami berkhemah di tepi sungai bertemankan akan nyamuk dan agas-agas.
4. Bandar raya bersejarah itu bermandikan darah setelah peperangan berlaku.
5. Mereka yang sedang solat berjemaah di Surau Andalas itu berimamkan kepada Haji Musa.
6. Kebanyakan karya beliau bertemakan akan percintaan dan unsur romantik.
7. Shafiqah menghadapi masalah ketika hendak berkahwin kerana berbintikan bapa angkatnya.
8. Mega memulakan perniagaan dalam bidang kasut dengan bermodalkan wang sebanyak RM10 ribu.
9. Penolong Kanan Akademik SMK Padang Polo bersalaman dengan pegawai kanan wakil rakyat.
10. Jaafar meneliti cek yang ditulisnya berpandu pada invois yang diterimanya.
10.8.2018
Perbezaan antara Imbuhan "beR-...-an" dengan "beR-...-kan"
NOTA:
Frasa kerja tak transitif beR-...-an lazimnya diikuti oleh kata sendi nama, bukannya kata nama.
Frasa kerja tak transitif beR - . ..-kan haruslah diikuti oleh kata nama, bukannya kata sendi nama.
KESALAHAN:
1. Panglima yang gagah berani bertikaman ketua lanun untuk mendapatkan harta karun. ❌
1. Gerai Pak Salim berhampiran rumah Tuan Haji Gullaam Rasul. ❌
2. Sherry pergi ke pejabat pendaftaran negara berkaitan urusan kelahiran anaknya. ❌
3. Tembakan meriam berentetan Laut Merah menandakan pasukan Liu Bei telah kalah. ❌
4. Buku ayah bertaburan ruang tamu setelah rumah dimasuki oleh pencuri. ❌
5. Pasangan suami isteri itu melancong ke Korea berpandukan pada peta sahaja. ❌
6. Parang buatan kaum Iban berhulukan dengan tanduk rusa.❌
7. Pemuda itu tidak bersalah berdasarkan pada hujah yang dibentangkan oleh pendakwa raya.❌
8. Sebuah karya Inggeris yang berorientasikan pada tradisi Parsi telah dihasilkan oleh Farouk.❌
9. Rumah panjang itu berdindingkan akan kayu cengal yang berusia puluhan tahun.❌
PEMBETULAN
1. Panglima yang gagah berani bertikaman dengan ketua lanun untuk mendapatkan harta karun. ✅
1. Gerai Pak Salim berhampiran dengan rumah Tuan Haji Gullaam Rasul. ✅
2. Sherry pergi ke pejabat pendaftaran negara berkaitan dengan urusan kelahiran anaknya. ✅
3. Tembakan meriam berentetan di Laut Merah menandakan pasukan Liu Bei telah kalah. ✅
4. Buku ayah bertaburan di ruang tamu setelah rumah dimasuki oleh pencuri. ✅
5. Pasangan suami isteri itu melancong ke Korea berpandukan peta sahaja. ✅
6. Parang buatan kaum Iban berhulukan tanduk rusa.✅
7. Pemuda itu tidak bersalah berdasarkan hujah yang dibentangkan oleh pendakwa raya. ✅
8. Sebuah karya Inggeris yang berorientasikan tradisi Parsi telah dihasilkan oleh Farouk.✅
9. Rumah panjang itu berdindingkan kayu cengal yang berusia puluhan tahun.✅
Latihan Tubi
Tandakan (✔️) jika ayat tersebut betul dan tandakan (❌) jika ayat tersebut salah.
1. Rakyat Kedah sangat setuju untuk berajakan kepada putera bongsu itu.
2. Dia mengambil golok yang bersarungkan dengan upih itu di atas para-para.
3. Kami berkhemah di tepi sungai bertemankan akan nyamuk dan agas-agas.
4. Bandar raya bersejarah itu bermandikan darah setelah peperangan berlaku.
5. Mereka yang sedang solat berjemaah di Surau Andalas itu berimamkan kepada Haji Musa.
6. Kebanyakan karya beliau bertemakan akan percintaan dan unsur romantik.
7. Shafiqah menghadapi masalah ketika hendak berkahwin kerana berbintikan bapa angkatnya.
8. Mega memulakan perniagaan dalam bidang kasut dengan bermodalkan wang sebanyak RM10 ribu.
9. Penolong Kanan Akademik SMK Padang Polo bersalaman dengan pegawai kanan wakil rakyat.
10. Jaafar meneliti cek yang ditulisnya berpandu pada invois yang diterimanya.
7 August 2018
KARANGAN SPM - PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH ANAK-ANAK
PERANAN IBU BAPA DALAM MEMBENTUK SAHSIAH ANAK-ANAK
Dewasa
Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala sosia semakin berleluasa dan merunsingkan. Acap
kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada akhbar mala
disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, tidak keterlaluan jika dikatakan
menjadi lebih parah apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut terdiri
daripada golongan remaja. Memetik kata-kata Profesor Dr. Tun Abdullah Hassa,
seorang profesor yang melakukan kajian Peradaban Manusia, beliau sangat kecewa
apabila setiap pagi melihat ramai anak muda ditangkap secara kasar oleh pihak
polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam berita semasa. Menyedari
hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari jalan
penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala sosial ini. Sungguh malang
apabila segala usaha kerajaan terkubur dan hampa “seperti membunag garam ke
laut” kerana gejala sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun
persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka
dalam usaha mengelakkan mereka daripada gejala sosial?
Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa
untuk membentuk sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah
memantapkan fizikal atau jasmani serta tubuh anak-anak mereka. Jasman merupakan
satu elemen yang prima bagi membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak
–anak akan dapat membina keyakinan diri dalam menjaga tubuh badan mereka
sendiri. Apakah pula peranan ibu bapa untuk memastikan kesihatan fizikal
anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang sempurna? Terdapat
pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan anak-anak mereka bersama-sama
ibu bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulaj membawa anak-anak mereka
untuk bersenam dan bersukan bersama-sama. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak
keluar tiga kali seminggu hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah “badan
cergas minda cerdas”. Selain itu, ibu bapa perlulah menghantar anak-anak mereka
untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah seperti kelab dan persatuan
serta unit beruniform. Hal-hal sebegini membolehkan mereka untuk menjauhi diri
daripada terjebak dalam gejala sosial.
Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi
perhatian terhadap emosi anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian
berubah mengikut perkembangan diri masing –masing. Perubahan emosi anak-anak
sentiasa berubah terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia keremajaan.
Perubahan emosi juga jelas ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah
menjadi tanggungjawab ibu bapa perlu memahami emosi anak-anak mereka sekiranya
mereka mengalami perubahan emosi. Hal ini menyebabkan anak-anak akan biasa
kerana “alah bisa tegal biasa” untuk meluahkan isi hati mereka kepada ibu bapa
mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak mereka.
Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-anak
mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan
pula, ibu bapa perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya mengetahui cara
mengenali emosi anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan
melepaskan emosi dengan melibatkan diri dengan gejala sosial kerana mempunyai
ibu bapa yang memahami emosi mereka.
Seterusnya, ibu bapa juga berperanan untuk menyediakan sumber rohani yang
kuat kepada anak-anak. Hal ini sedemikian kerana faktor terbesar yang
menyebabkan berlakunya gejala sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya atau
rapuhnya rohani tersebut. Hal ini membuktikan rohani merupakan aspek yang tidak
kurang pentingnya dalam usaha membentuk sahsiah anak-anak sekaligus mengelakkan
mereka daripada melakukan aktiviti gejala sosial. Agama pula meruapakan pilihan
individu tetapi semua agama menginginkan yang terbaik daripada penganutnya.
Oleh itu, apakah peranan ibu bapa dalam menyediakan sumber rohani yang
kukuh dan kental kepada anak-anak mereka? Sebagai permulaan, ibu bapa perlulah
menguatkan iman anak-anak mereka, hal ini kerana iman yang kuat menjadi bekalan
kepada anak-anak mereka untuk menghindari diri daripada gejala sosial. Selain
itu, ibu bapa perlulah kerap membawa anak-anak mereka ke tempat ibadat. Hal ini
membolehkan anak-anak untuk sentiasa dekat dengan agamanya. Sememangnya peranan
ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak adalah untuk menyediakan sumber
rohani yang kukuh kepada anak-anak mereka sekaligus menjauhkan mereka daripada
gejala sosial.
Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting
untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk
sahsiah bahkan juga menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan
amat penting kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat
membezakan perkara yang baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlulah
memberikan secukupnya ilmu pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah
anak-anak. Cara yang paling mudah adalah dengan menghantar anak-anak ke
sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar anak-anak mereka dicurahkan
ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu, ibu bapa perlu
mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa haruslah
sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara
yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran
buku. Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif
bersama-sama ibu bapa mereka. Semestinya, ibu bapa berperanan menyediakan
sumber intelek kepada anak-anak mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.
Selain itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan
dengan memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka. Kemahiran sosial dalam
konteks ini sangat diperlukan dalam membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini
sedemikian kerana melalui kemahiran sosial, anak-anak dapat mengetahui betapa
buruknya kesan melakukan gejala sosial melalui pemerhatian dan peninjauan. Oleh
itu, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha memantapkan kemahiran sosial anak-anak
mereka? Kaedah yang paling asas adalah dengan mengajar anak-anak mereka
nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati dan kerajinan.
Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak –anak akan dapat dibentuk dengan
sempurna. Selain itu, anak-anak juga akan dapat membuat refleksi diri sendiri
dan membentuk peribadi yang lebih baik. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak
dengan nilai-nilai murni sejak kecil kerana “melentur buluh biarlah daripada
rebungnya”. Tambahan pula, ibu bapa haruslah mengajar anak-anak mereka mengenai
pantang larang seperti membongkok apabila melalui orang yang lebih tua. Hal-hal
ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan lantas menjadikan mereka
sebagai remaja yang berbudi pekerti tinggi.
Konklusinya, Malaysia yang merupakan negara yang indah di mata duia serta
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala
sosial dalam kalangan masyarakat masih belum dibendung, bak kata pepatah Melayu
“kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Oleh itu, peranan semua pihak
harus dimainkan terutamanya peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak
keperibadian golongan muda kotemporari ini kerana “ bagaimana acuan begitulah
kuihnya”. Anak-anak diibaratkan kain putih yang perlu dicorakkan dengan
sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita janganlah menuding
jari dan bersikpa pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta dalam
membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia ini sarat dengan
kemusnahan dan kegelapan akibat ketidakprihatinan kita? Semestinya “tidak”
jawapan kita. Maka, bersama-sama lah kita berganding bahu menyahut cabaran
dengan mengemblengkan tenaga membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka
membawa kegemilangan negara di mata dunia satu hari nanti.
KARANGAN SPM: Peranan pelbagai pihak untuk memartabatkan permainan tradisional
Permainan tradisional merupakan warisan
bangsa yang perlu dipertahan untuk tatapan generasi akan datang.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk
memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Tak lapuk dek hujan tak lekang
dek panas, ini ialah peribahasa yang perlu kita jadikan pegangan dan panduan dalam
usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Permainan tradisional dapat ditakrifkan secara literal sebagai
permainan budaya yang sudah diamalkan oleh sesuatu masyarakat untuk satu tempoh
tertentu. Sejak dua tiga dekad ini, dapat kita saksikan betapa permainan
tradisional semakin ditelan zaman seiring dengan arus pemodenan masa
kini. Pada masa yang sama, permainan elektronik semakin diagung-agungkan dalam
kalangan masyarakat masa kini. Dalam konteks ini, permainan tradisional semakin
dipandang enteng oleh masyarakat Malaysia dek pengaruh permainan elektronik
yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat seantero dunia. Persoalannya
kini, adakah kita bersedia untuk melihat satu-satunya warisan daripada nenek
moyang kita hilang begitu sahaja secara perlahan-lahan tanpa kita sedari,
ibarat daun kering yang terbang ditiup angin? Adakah kita sanggup melihat masyarakat
sekarang semakin jatuh jauh ke dalam kancah permainan elektronik yang
sebenarnya tanpa kita sedar atau tidak banyak mendatangkan keburukan berbanding
kebaikan bagi seseorang itu sendiri. Persoalan yang sering menerjah dan
menerawang di gawang minda fikiran kita ialah apakah peranan pelbagai pihak
untuk memartabatkan lagi permainan tradisional dalam kalangan masyarakat
Malaysia? Antara peranan pelbagai pihak yang boleh dilakukan ialah menganjurkan
kelab permainan tradisional dan mengadakan kempen untuk mengangkat martabat
permainan tradisional ke tahap yang lebih tinggi. Oleh hal yang demikian,
pelbagai prakarsa yang konkrit, sistematik lagi pragmatik akan dikupas serta
disegarkan dengan lebih terperinci demi kemaslahatan semua pihak yang masih tercari-cari
tongkat mereka untuk dijadikan panduan.
Suatu hakikat yang tidak boleh
dipertikaikan ialah ibu bapa memainkan peranan yang signifikan dalam usaha
untuk memperkenalkan permainan tradisional kepada generasi muda khususnya
anak-anak. Sebagaimana yang kita ketahui, ibu bapa sering menjadi suri teladan
untuk anak-anak mereka yang sedang meningkat dewasa. Hal ini adalah kerana,
setiap perbuatan ibu bapa akan dicontohi anak-anak seperti peribahasa bagaimana
acuan, begitulah kuihnya. Sebagai contohnya, ibu bapa boleh membelikan
anak-anak permainan tradisional sebagai hadiah atau buah tangan sekiranya ibu
bapa pulang dari bekerja di luar daerah seperti congkak dan gasing. Dalam
konteks ini, ibu bapa boleh menurunkan ilmu yang dipelajarinya satu ketika
dahulu kepada anak-anak mereka. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh membawa
anak-anak ke tempat rekreasi untuk bermain dengan permainan tradisional.
Peribahasa yang berkaitan dengan hal ini ialah melentur buluh, biarlah dari
rebungnya. Secara langsung, anak-anak dapat mewarisi permainan tradisional
daripada ibu bapa mereka tentang teknik dan cara- cara bermain. Sekiranya, ibu
bapa memainkan peranan mereka maka, permainan tradisional ini akan kekal
sepanjang zaman walaupun sudah berdekad-dekad lamanya. Tegasnya, peranan ibu
bapa amat signifikan dalam usaha untuk memperkenalkan permainan tradisional
yang semakin ditelan zaman agar dapat terus diwarisi dari generasi ke generasi.
Memang tidak dapat disangkal
lagi bahawa peranan pihak sekolah juga merupakan salah satu usaha yang penting
untuk memartabatkan permainan tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia.
Dalam konteks ini, pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
supaya pelajar lebih mengenali dan meminati permainan tradisional kerana tak
kenal maka tak cinta. Sebagai contohnya, pihak sekolah boleh menganjurkan kelab
permainan tradisional sejak awal lagi supaya usaha-usaha lain dapat dilakukan
melalui kelab tersebut. Dalam hal ini, untuk menarik minat pelajar menyertai
program-program yang dianjurkan, pihak persatuan boleh menjemput tetamu dari luar
yang mahir dalam permainan tradisional untuk membimbing mereka tentang cara dan
teknik bermain permainan tradisional yang betul. Secara langsung, para pelajar
dapat mendominasi permainan tradisional dengan lebih baik lagi kerana jauhari
juga yang mengenal manikam. Tambahan pula, pihak sekolah boleh mengadakan acara
dan pertandingan yang menarik yang boleh disertai oleh para pelajar dan guru.
Bertitik tolak daripada itu, pihak sekolah perlu menyediakan lebih banyak
alatan permainan tradisional yang boleh digunakan di sekolah bagi memudahkan
para pelajar untuk menggunakan alatan permainan tradisional. Secara tidak
langsung, para pelajar akan lebih mendekatkan diri dengan permainan tradisional
dan mengekalkan warisan bangsa dalam diri setiap pelajar. Begitu juga halnya
dengan pengekalan permainan tradisional yang perlu ditekankan oleh setiap pihak
agar warisan ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Izharlah bahawa,
pihak sekolah mestilah memainkan peranan untuk memartabatkan permainan
tradisional dalam kalangan remaja di Malaysia.
Lanjutan daripada huraian yang
telah dinyatakan di atas ialah media massa perlu memainkan peranan yang tidak
kurang pentingnya dalam usaha untuk memartabatkan permainan tradisional dalam
kalangan masyarakat Malaysia. Umum mengetahui bahawa, media massa merupakan suatu
medium yang sentiasa menguar-uarkan sesuatu berita dengan cepat, tepat dan
sahih. Bertitik tolak daripada itu, pihak media massa boleh menghebahkan
tentang permainan tradisional melalui surat khabar, majalah, radio, Internet
dan televisyen. Tambahan pula, media massa boleh menganjurkan pertandingan
melalui program seperti jom heboh dengan tawaran hadiah yang lumayan. Yang
paling nyata ialah apabila media massa memaparkan iklan-iklan yang menarik
mengenai permainan tradisional kita maka, masyarakat dari negara luar akan
tertarik untuk mengetahui dengan lebih dalam tentang permainan tradisional ini.
Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa media massa mampu mendominasi
seluruh masyarakat di setiap ceruk rantau dunia. Bagi membuktikan perkara ini,
contoh yang boleh diketengahkan ialah sukan sepak takraw yang kini telah
diangkat sebagai salah satu acara sukan yang dipertandingkan di peringkat
antarabangsa iaitu piala dunia. Dalam hal ini dapat kita lihat bahawa negara
luar seperti Thailand kini telah menguasai sukan sepak takraw dan mampu
menandingi Malaysia. Impaknya, media massa yang memaparkan sukan ini dapat
mempopularkan permainan tradisional dalam kalangan masyarakat seantero dunia
tanpa mengira perbezaan latar belakang, agama, bangsa dan negara. Jelaslah
bahawa, media massa perlu bergerak dengan lebih giat lagi dalam usaha untuk
memartabatkan permainan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh
masyarakat Malaysia agar diangkat lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa
dan membuka mata dunia tentang keistimewaan negara yang bernama Malaysia.
Umum mengetahui bahawa pihak
kerajaan merupakan peranan yg penting dalam mengekalkan permainan tradisional.
Beritik tolak daripada itu, pihak kerajaan seperti Kementerian Kesenian,
Kebudayaan dan Warisan dapat mengekalkan permainan tradisional dengan
mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri dan kebangsaan.
Sebagai analognya, rakyat daripada pelbagai kaum dapat mengetahui dengan lebih
mendalam tentang permainan tradisional yang hampir tenggelam oleh peredaran
zaman. Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh memperluaskan permainan
tradisional negara Malaysia sehingga ke peringkat antarabangsa. Melalui cara
ini, rakyat dapat membuka mata bahawa permainan tradisional juga dapat dibawa
ke peringkat antarabangsa dan mendapat perhatian di mata dunia. Sebagai
contohnya, permainan wau dan layang-layang. Tambahan pula, ramai pelancong
asing melawat ke Malaysia untuk melihat pertandingan layang-layang yang
dianjurkan oleh kerajaan Malaysia pada saban tahun. Secara eksplisitnya,
rakyat Malaysia tidak mudah untuk melupakan permainan tradisional yang semakin
pudar di mata rakyat. Dalam konteks ini, pihak kerajaan boleh
memperkenalkan program Cintai Permainan Tradisional agar rakyat mampu menyelami
dan mempelajari permainan tradisional dengan lebih mendalam. Dengan cara ini,
permainan tradisional tidak akan mudah terhakis pada zaman akan datang.
Izharlah bahawa, pihak kerajaan mampu melestarikan permainan tradisional yang
diwarisi secara turun-temurun oleh masyarakat Malaysia hingga ke tahap
antarabangsa.
Perbincangan saya telah meniti
ke puncaknya, maka sebagai akhirul kalam seluruh masyarakat Malaysia tidak
seharusnya membiarkan warisan Malaysia yang berharga seperti permainan
tradisional ini lenyap terus daripada muka bumi ini. Jika semua pihak
berganding bahu ibarat ke bukit sama didaki, kelurah sama dituruni, isu ini
akan dapat ditangani oleh masyarakat Malaysia dan warisan paling berharga ini
akan tetap diamalkan dari generasi ke generasi akan datang. Tambahan pula, kita
sebagai pewaris khazanah negara tidak mungkin akan membiarkan permainan
tradisional ini terus menjadi sejarah yang hanya diketahui namanya sahaja dan
tiada siapa pun yang dapat mewarisi kemahiran atau teknik bermain permainan
tradisional untuk diturunkan kepada generasi pada masa akan datang. Bertitik
tolak daripada itu, kita sebagai penerus warisan negara perlu mengambil
inisiatif yang pragmatik,vital,kreatif dan kritis supaya dapat memanifestasikan
generasi pewaris negara yang tidak akan melupakan warisan mereka seperti kacang
lupakan kulit. Dalam konteks ini, generasi sekarang perlulah memupuk rasa cinta
akan warisan negara agar dapat menyanjung dan menghargai warisan negara dari rebungnya
lagi. Pada masa yang sama, masyarakat Malaysia perlu bersungguh-sungguh dalam
memastikan warisan negara ini sentiasa terpelihara dan tidak hilang ditelan
zaman serta terus hidup subur di dalam hati, fikiran dan diri masyarakat itu
sendiri. Prakarsa yang diambil memerlukan komitmen yang padu daripada semua
pihak dan bukannya hanya sekadar hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan
batuk di tangga sahaja. Kendatipun demikian, kita masih perlu menjangkau
sehabis tangan bagi mempertahankan khazanah warisan tinggalan nenek moyang kita
yang ulung ini agar tidak dilupakan terus oleh masyarakat. Marilah kita
sama-sama menjangkau sehabis tangan untuk mencorakkan masa depan negara dengan
warna seindah pelangi dalam merealisasikan misi dan visi kudsi Wawasan 2020.
6 August 2018
KARANGAN SPM - TOPIK PENTING UNTUK PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN SPM
SAMPEL KARANGAN
1
Kebanyakan
remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia mengimpikan kerjaya yang dapat menjamin
masa hadapan mereka.
Huraikan
faktor-faktor pemilihan kerjaya bagi seseorang remaja.
Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan
minda kita telah menyumbang kepada perkembangan ekonomi pesat yang menjana
pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia. Dalam sistem pendidikan di Malaysia,
kita menghabiskan masa selama enam tahun di sekolah rendah dan lima tahun di
sekolah menengah. Selama sebelas tahun ini, pelajar sentiasa disoal oleh
guru-guru, “apakah kerjaya yang anda inginkan?” Semasa dalam
tingkatan empat, pelajar perlu memilih gabungan mata pelajaran yang sesuai
berdasarkan minat mereka untuk mengejar kerjaya impian. Menurut Kamus Dewan
Bahasa dan Pustaka, kerjaya merujuk kepada profesion atau pekerjaan yang
dipilih sebagai cara mencari nafkah hidup. Kerjaya merupakan panduan dalam
kehidupan kita. Pada masa ini, pelajar sepatutnya telah menetapkan matlamat
tentang kursus dan kerjaya yang diingini mereka supaya mereka ada hala tuju
dalam hidup tidaklah seperti layang- layang yang
terputus tali dan tidak menyesal dengan keputusan
yang diambil dikemudian hari. Antara kerjaya yang menjadi pilihan ialah doktor,
juruterbang, jurutera, ahli kimia dan sebagainya. Persoalannya, apakah faktor-faktor yang mempengaruhi dalam
pemilihan sesuatu bidang kerjaya dalam kalangan pelajar SPM?
Fokus perbincangan pertama saya berkaitan
faktor minat dan cita-cita pelajar semasa di bangku sekolah terutama dalam
kalangan pelajar SPM. Minat dan cita-cita merupakan dua perkara saling berkait
dan merupakan faktor paling dominan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang
pelajar terutama pelajar yang bakal menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM). Oleh sebab itu, ketika mereka berada di tingkatan empat,
pelajar perlu menentukan aliran yang mereka pilih, sama ada aliran sains atau
sastera. Bertitik tolak daripada itu, pelajar akan belajar dengan tekun untuk
meraih kejayaan cemerlang ke semua pakej mata pelajaran yang ditawarkan dalam
jurusan yang diambil. Hal ini kerana kecemerlangan mereka tersebut membolehkan
mereka meneruskan pengajian di menara gading untuk menggapai cita-cita mereka.
Di Menara gading jugalah tepat mereka menimba ilmu berdasarkan kerjaya yang
mereka cita-citakan, sama ada untuk menjadi golongan pekerja profesional
seperti doktor, peguam, pendidik, pentadbir dan sebagainya. Jikalau pelajar
berusaha sudah pasti mereka akan menggapai kerjaya yang mereka impikan
kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Tegasnya, faktor minat dan cita-cita merupakan dua aspek penentu
utama kejayaan pelajar untuk merealisasikan kerjaya mereka cita-citakan.
Selain faktor minat dan cita-cita, pelajar
juga perlu memilih mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang mereka
pilih. Umumnya kita mengetahui bahawa semasa di alam persekolahan lagi pelajar
harus memilih subjek yang berkaitan dengan kerjaya yang akan diceburi oleh
mereka. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka lebih mahir dalam
menguruskan kerjaya yang akan diceburi kerana sudah mengetahui dan membuat
persediaan yang rapi umpama sediakan payung
sebelum hujan. Dengan perkataan yang lain, pelajar
seharusnya mengambil subjek yang berkaitan dengan cita-cita masing-masing
semasa mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Pada zaman yang serba
canggih ini, bukan sahaja kemahiran yang dilihat oleh majikan tetapi keputusan
yang cemerlang dalam subjek yang dipilih itu bersesuaian dengan kerjaya turut
diberi keutamaan kerana hanya jauhari sahaja yang
mengenali manikam. Contohnya, jika pelajar memilih
kerjaya sebagai seorang jurutera, subjek yang mereka mesti pilih ialah Lukisan
kejuruteraan. Jikalau pelajar berjaya menguasai mata pelajaran berkenaan sudah
pasti mereka ada kelebihan untuk menggapai kerjaya yang diidam-idamkan.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh, pemilihan mata pelajaran juga
penting untuk menentukan kejayaan pelajar merealisasikan kerjaya yang mereka
minati.
Bahkan juga, pelajar
yang mengidamkan kerjaya yang diminati perlu mempunyai tokoh atau idola sebagai
motivasi untuk berjaya. Kebiasaaanya, idola yang dipilih perlulah seorang yang
unik, seorang yang tabah, dan berjaya dalam bidang kerjayanya. Sebagai contoh
Hijjaz Kasturi, seorang arkitek luar biasa negara, mendapat pendidikan di Adelaide University dan seterusnya ke Melbourne University,
Australia. Sekembalinya ke Malaysia tahun 1967, beliau telah memiliki
kemahiran tersendiri dan menerajui bidang arkitek negara. Beliau telah
memenangi pertandingan rekebentuk menara Maybank, bangunan Tabung Haji dan
menara Telekom. Setiap rekabentuk bangunannya menerapkan ciri-ciri keIslaman
hingga ke hari ini sehingga namanya tersohor di Persada dunia. Sekiranya
pelajar mempunyai idola sendiri, sudah pasti kerjaya pilihan mereka sebagai
seorang arkitek akan dapat direalisasikan kerana setiap sejarah kejayaan serta
teladan seperti ketekunan, kegigihan dan kekreatifan idola mereka memotivasikan
mereka untuk berjaya bukan sahaja di Malaysia malah keseluruh dunia. Tegasnya,
seseorang pelajar yang ingin berjaya menggapai kerjaya idamannya memerlukan
idola agar dapat mempengaruhi minda dan semangat mereka untuk berjaya.
Selain itu, sokongan dan doa ibu bapa amat
perlu untuk memastikan kerjaya idaman remaja dapat direalisasinan. Ironisnya,
jika minat seseorang itu tidak mendapat sokongan daripada kedua-dua ibu bapa,
sudah tentulah punah harapan mereka. Hal ini bermakna, seseorang yang
hanya mempunyai minat tetapi tidak mendapat restu daripada kedua-dua ibu bapa
mereka tentang pemilihan kerjayanya, sudah pasti mereka akan kecundang di
peringkat awal lagi. Oleh hal yang demikian, ibu bapa sewajarnya menyokong
minat anak-anak walaupun pemilihan kerjaya mereka bertentangan dengan harapan
kedua-dua ibu bapa. Bagi menyokong pemilihan kerjaya anak-anak mereka,
ibu bapa boleh memperlengkapkan segala keperluan anak-anak dalam memenuhi
kriteria yang diperlukan. Sebagai buktinya, ibu bapa bolehlah memberikan
dorongan, semangat dan motivasi kepada anak-anak sama ada dalam bentuk material
mahupun spiritual. Sekiranya, ibu bapa tidak turut serta membantu usaha anak
mereka untuk menggapai kerjaya idaman mereka sudah pasti usaha berkenaan tidak
akan kesampaian. Izharlah bahawa ibu bapa juga berperanan menyokong minat
anak-anak mereka dalam merealisasikan kerjaya masa depan anak-anak
mereka.
Perbincangan saya telah meniti ke puncaknya, maka sebagai akhirulkalam,
minat menjadi prioriti utama dalam pemilihan sesuatu kerjaya. Dalam konteks
ini, ibu bapa memainkan peranan penting dalam pemilihan kerjaya anak-anak
mereka. Hal ini demikian kerana anak-anak mereka memerlukan sokongan dan
dorongan daripada mereka sama ada dari aspek mental, spiritual mahupun
fizikal. Contoh ketara dari aspek sokongan mental dan spiritual ialah ibu bapa
perlu memberikan motivasi kepada anak-anak, manakala sokongan dari aspek
fizikal pula ialah mereka perlu menyediakan kelengkapan belajar anak-anak seperti
buku rujukan dan menghantar mereka ke pusat tuisyen. Sekiranya hal ini dapat
dilaksanakan maka tidak ada lagi orang yang akan sesat di perjalanan untuk
memilih kerjaya kerana mereka menetapkan sasaran dari awal lagi. Walaupun
demikian, jika seseorang mempunyai minat dan hala tuju yang jelas, tetapi
mereka bersikap genggam-genggam
bara, terasa panas dilepaskan dan tidak
ada semangat kegigihan, ketabahan, keiltizaman dan kecekalan, sudah pasti
segala hasrat termasuk kerjaya yang menjadi idaman akan hancur lebur
umpama kubur tanpa nisan. Tuntasnya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas hendaklah
dilaksanakan secara efektif dan janganlah bersikap keras-keras
kerak nasi yang mudah putus asa supaya pemilihan
bidang kerjaya impian akan menjadi lebih jelas lagi.
SAMPEL KARANGAN
2
BERJIMAT CERMAT AMALAN MULIA
ulaskan pernyataan tersebut
Setelah
menghela nafas kemerdekaan selama 55 tahun, ibu pertiwi kita yang telah bebas
daripada cengkaman penjajah begitu pesat membangun bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan. Sehubungan dengan hal itu, peribahasa
ada menyebut bahawa, ada bukit, ada paya, namun
kita tidak boleh mendabik dada kerana di sebalik kemajuan yang sedang dikecap,
negara kita masih lagi terkongkong dalam gelombang inflasi yang semakin rumit.
Walaupun isu ini hangat diperkatakan dan sering meniti di bibir masyarakat,
tetapi pernahkah terlintas dalam benak fikiran kita, apakah yang dimaksudkan
dengan inflasi? Mengikut penjelasan yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi
Keempat, inflasi didefinisikan sebagai keadaan kenaikan harga barangan yang
disebabkan oleh bertambahnya kuasa membeli. Oleh itu, masalah ini tidak boleh
dipandang remeh dan formula penyelesaian harus diimplementasikan untuk
merungkaikan masalah ini bak kata peribahasa,tak ada gunung yang tak
dapat didaki, tak ada lurah yang tak dapat dituruni. Persoalannya, mengapakan
Berjimat Cermat Amalan Mulia?
Setiap penyakit ada penawarnya yang mustajab, setiap masalah ada jalan
penyelesaian yang berkesan, oleh itu, pihak kerajaan sewajarnya
mengambil inisiatif dengan menganjurkan kempen berhemat secara istiqamah dan
konsisten ke seluruh pelosok negara dan bukannya sekadar melepaskan
batuk di tangga. Memetik kata-kata azimat Lao tze, kehidupan
membazir dan tamak haloba mendorong manusia ke arah kebinasaan. Lantaran itu,
kempen tersebut haruslah menekankan kepentingan amalan berjimat cermat supaya
nilai murni ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat Malaysia.
Tindakan yang lebih afdal, masyarakat sewajarnya diseru supaya berbelanja
mengikut kemampuan sendiri ibarat mengukur baju di badan sendiri dan
usahlah bersikap membesarkan kerak nasi. Cara berbelanja
dengan mengikut hawa nafsu akan membawa padah yang buruk kerana peribahasa
Melayu ada menyatakan, ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa
binasa. Tambahan pula, pihak kerajaan juga harus mengadakan
pertandingan yang dapat menarik penyertaan khalayak seperti sayembara puisi,
menulis esei, persembahan artis dan sebagainya dalam usaha menyebarluaskan
kempen tersebut. Jikalau usaha seperti ini tidak dilakukan sudah pasti
masyarakat akan menghadapi masalah kewangan terutama untuk mengharungi keadaan
inflasi serta peningkatan kos sara hidup sekarang. Jelaslah bahawa
penganjuran kempen berhemat secara berterusan dan holistik merupakan perisai
yang ampuh untuk merungkaikan masalah kenaikan harga barangan.
“Jika
satu pintu tertutup, pintu lain akan terbuka untuk menyelesaikan sebarang
kesulitan yang berlaku di negara kita termasuk isu kenaikan harga barang. Namun
begitu. kita tetap melihat dan kemudiannya menyesal kerana pintu penyelesaian
itu tertutup terlalu lama sehingga kita tidak dapat melihat pintu lain yang
telah terbuka. Begitulah gambaran implikasi daripada kata-kata mutiara
Alexander Graham Bell, seorang ahli sains dan matematik Barat yang menunjukkan
bahawa setiap masalah pasti ada cara yang berkesan untuk mengatasinya. Sebagai
kesinambungan idea, tindakan badan bukan kerajaan atau NGO melindungi
hak-hak pengguna daripada kenaikan harga barangan tanpa kawalan di
pasaran merupakan langkah konkrit yang patut dilaksanakan sepanjang
masa. Organisasi atau agensi yang menyokong peranan kerajaan ini seperti
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia atau FOMCA dan Persatuan Pengguna Pulau
Pinang atau CAP, telah mendukung obligasi untuk melindungi hak para pengguna.
Pihak-pihak ini berperanan untuk menerima sebarang aduan dan menyiasat segala
permasalahan yang dihadapi termasuklah masalah kenaikan harga barangan
keperluan, penjualan barangan yang telah luput tarikh, caj perkhidmatan yang
melampau dan sebagainya. Seterusnya FOMCA dan CAP haruslah mengambil tindakan
yang sewajarnya untuk memastikan hak golongan pengguna akan terpelihara dan
tidak mudah dieksploitasi oleh peniaga-peniaga yang licik dan tidak bertanggungjawab.
Organisasi-organisasi ini haruslah menjalinkan hubungan ukhuwahibarat
seikat bak sirih, serumpun bak serai dan kita juga berpegang pada
falsafah Confusius, apalah gunanya sekiranya kita tidur sebantal tetapi mimpi
kita lain-lain, lebih baik kita tidur bantal yang berlainan, tetapi mimpi kita
tetap sama. Deduksinya, melindungi hak-hak pengguna daripada kenaikan harga
barangan tanpa kawalan di pasaran merupakan tindakan efektif oleh agensi bukan
kerajaan atau NGO.
Tokoh psikologi Barat pernah mengungkapkan bahawa tiada masalah yang tidak
boleh diselesaikan, sebaliknya hidup tanpa dibebani masalah adalah kosong.
Kata-kata ini memang ada kebenarannya dan semua rakyat di negara ini perlu
berpijak di bumi nyata kerana setiap kemelut yang kita hadapi mesti ada uslub
dan minhaj yang komprehensif. Bertitik tolak daripada manifestasi ini, pihak
berkuasa seharusnya sentiasa membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas
terhadap mana-mana pihak yang menaikkan harga barangan sesuka hati tanpa
memperoleh kelulusan daripada pihak berwajib. Pegawai kerajaan berkaitan juga
haruslah memainkan peranan yang penting untuk mengadakan pemeriksaan secara
mengejut ke premis-premis perniagaan dari semasa ke semasa untuk memastikan
para peniaga mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan tidak bersikap
seperti lintah darat. Sementelahan itu, pihak kerajaan
juga haruslah melunaskan tanggungjawab yang terletak di atas pundak mereka
untuk menggubal, mengkodifikasikan seterusnya menguatkuasakan undang-undang
secara serius dan telus supaya dapat memberi peringatan kepada golongan
peniaga. Mana-mana peniaga yang cuba menaikkan harga barangan atau memasang
lukah di pergentingan hendaklah didakwa di mahkamah agar kesalahan
sebegini tidak berulang ibarat pisang berbuah dua kali. Oleh
itu, usaha pihak berkuasa yang sentiasa membuat pemantauan dan mengambil
tindakan tegas terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab dapat mengekang
masalah kenaikan harga barangan di pasaran.
Lampu
Aladdin tidak akan bersinar sendiri, tetapi Aladdin akan menggosoknya terlebih
dahulu, persis ungkapan kata Alex Osborn telah membuktikan bahawa kejayaan
semanis madu tidak akan terjana tanpa curahan usaha yang bersungguh-sungguh
kerana peribahasa Melayu ada menyebut, kalau tak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya. Hakikatnya, media massa juga menggalas
kewajipan untuk menyebarluaskan informasi berkaitan ilmu kepenggunaan merupakan
prakarsa bagi menangkis masalah kenaikan harga barang. Sebagaimana yang
kita sedia maklum bahawa ilmu kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia
masih kurang meluas dan berada di takuk yang lama. Oleh itu, tidak hairanlah
sekiranya segelintir golongan peniaga yang mengutamakan keuntungan akan
bersikap ibarat menangguk di air keruh, menindas golongan
pengguna yang tidak berdosa. Oleh hal yang sedemikian, media massa haruslah
menyumbang tenaga secara optimum dengan menerapkan pengetahuan berkaitan
hak-hak pengguna kepada seluruh strata masyarakat. Dengan komitmen pihak media
massa, pengguna akan mengetahui kaedah yang efisien untuk menuntut hak mereka
daripada dimanipulasikan oleh para peniaga yang durjana. Misalnya, apabila
berlaku kenaikan harga barangan, pengguna akan dapat membuat aduan kepada pihak
berwajib dan agensi bukan kerajaan supaya hak-hak mereka dapat dipertahankan.
Melalui penyebaran maklumat oleh media cetak dan media elektronik, para
pengguna termasuk suri rumah tangga akan memperoleh ilmu kepenggunaan secara
total dan bertindak berani kerana benar dalam
memperjuangkan hak mereka seterusnya mengatasi kemelut kenaikan harga barangan
di negara ini.
Setelah meniti perbincangan secara panjang lebar, sudah terang lagi
bersuluh, segenap lapisan masyarakat mesti bersama-sama menggembleng
tenaga untuk mengekang kenaikan harga barangan dari peringkat akar umbinya.
Sebagai manusia yang kamil dan soleh, kita tidak wajar menadah tangan ke langit
menunggu kejatuhan lampu ajaib Aladdin kerana peribahasa Melayu ada
menyatakan, yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang
melayang. Oleh itu,semua anggota komuniti haruslah
mendukung semangat habis kapak berganti beliung untuk
membendung masalah tersebut. Oleh itu, Wawasan 2020 yang dicetuskan oleh mantan
Perdana Menteri kita yang keempat, Tun Mahathir bin Mohamad bukan lagi
menjadi angan-angan Mat Jenin
PERANAN IBU BAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK MEMANFAATKAN INTERNET
Marcapada,
Internet merupakan satu ciptaan manusia yang wajar dikagumi dan pada masa yang
sama merupakan satu kepentingan dalam kehidupan setiap individu. Hal ini kerana
hanya Internet yang memberikan kepuasan bersosial, berniaga dan belajar secara
meluas tanpa had kepada pengguna. Bayangkan dengan hanya satu klik, kita mampu
mengakses seluruh alam maya tanpa perlu bermandi peluh. Namun begitu, isu
penyalahgunaan Internet bukanlah suatu isu baharu. Terdapat manusia sanggup
melakukan penyalahgunaan Internet untuk memuaskan nafsu diri demi kepentingan
diri dengan melakukan pencerobohan maklumat dan menyebarkan berita palsu. Maka
tidak hairanlah jenayah siber kian hari kian serius bagai duri dalam daging.
Oleh itu, setiap individu perlu tahu akan kelebihan, keburukan dan cara
mengakses Internet, termasuklah ibu bapa. Sebahagian besar ibu bapa masa kini
handal menggunakan Internet manakala sebahagian kecilnya tidak. Namun begitu,
sebagai mengambil langkah berjaga-jaga, ibu bapa wajar untuk mempelajari secara
khusus berkenaan dengan Internet. Sekiranya ibu bapa sudah ‘mengenali’
Internet, maka dengan mudah ibu bapa mengawal kecenderungan anak-anak melayari
Internet dan secara tidak langsung, ibu bapa mampu mendidik anak-anak dalam
memanfaatkan penggunaan Internet. Persoalannya, apakah peranan ibu bapa dalam
mendidik anak-anak memanfaatkan Internet pada hari ini?
Memetik
kata-kata pakar motivasi terkenal Malaysia Dr. H.M Tuah Iskandar, “Seribu
mancis tidak dapat menerangi engkau dalam kegelapan namun, cahaya keimanan
pasti dapat menyuluh engkau ke jalan kebahagiaan”. Oleh hal yang
demikian, langkah awal wajar diambil oleh ibu bapa untuk merealisasikan hasrat
murni itu iaitu dengan cara menerapkan dan memberikan didikan agama
yang sempurna. Hal ini dikatakan demikian kerana agama merupakan benteng
yang paling ampuh untuk menangkis anasir-anasir negatif yang dibawa masuk
melalui tingkap globalisasi. Anak-anak yang diasuh dan dibesarkan dengan
didikan agama yang mantap dapat membezakan dosa dan pahala ketika melayari
laman sesawang. Sebagai contoh, anak-anak tidak akan melayari laman sesawang
yang mengandungi unsur pornografi yang mampu mencemarkan minda dan sekali gus mampu
mendorong meruntuhkan akhlak anak-anak yang masih separa matang. Bukan itu
sahaja, mereka juga tidak akan menggunakan Internet untuk menjejaskan keamanan
dan keharmonian dalam masyarakat dengan menyebarkan fitnah malahan mereka akan
menggunakan Internet untuk menyampaikan ilmu yang berguna kepada masyarakat.
Apabila anak-anak telah diterapkan dengan nilai-nilai murni, sudah pasti akan
lahirlah insan yang berguna iaitu insan yang tahu nilai diri dan estetika. Jadi
apabila benteng pertahanan diri mereka sudah cukup teguh, mereka dapat
menggunakan Internet dengan baik dan bijak.
Peranan lain yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak
memanfaatkan Internet pada masa ini termasuklah mendedahkan anak-anak
dengan segala maklumat berkaitan dengan Internet. Hal ini disebabkan
anak-anak perlu diberitahu mengenai baik buruk penggunaan Internet sebelum
mereka didedahkan dengan cara menggunakan kemudahan Internet secara bijak.
Sekiranya anak-anak sudah diajar dari awal, sudah tentu anak-anak akan lebih
berhati-hati dan lebih bijak dalam menggunakan kemudahan Internet pada
masa-masa akan datang bak kata pepatah, sediakan payung sebelum
hujan. Melentur buluh biarlah dari rebungnya, oleh
itu sememangnya ibu bapa bertanggungjawab dalam memberikan pengenalan kepada
anak-anak mengenai penggunaan Internet dari kecil, yang ternyata amat penting
dalam kehidupan masyarakat moden masa ini. Jelaslah di sini bahawa pendedahan
segala maklumat berkaitan Internet terhadap anak-anak merupakan tindakan yang
wajar dilakukan oleh ibu bapa.
Selain
itu, ibu bapa juga berperanan untuk memantau anak-anak semasa
menggunakan kemudahan Internet. Alam maya ini tiada batasnya, oleh itu
Internet ini mempunyai keburukannya. Pemantauan ibu bapa sebenarnya mampu
mengelakkan anak-anak daripada mengakses laman-laman sesawang yang berunsurkan
pornografi, mahupun melakukan jenayah siber seperti mencetak rompak bahan
media, mencetuskan provokasi atau menggodam laman sesawang. Tindakan kecil yang
dilakukan ibu bapa ini juga tanpa disedari mampu menyelamatkan industri hiburan
tanah air yang kerap kali ‘dirompak’ oleh orang-orang yang tidak
bertanggungjawab, termasuklah mengurangkan jumlah penggodam dan pencetus
provokasi di Internet yang semakin hari semakin berleluasa. Anak-anak juga
terselamat daripada terus terperangkap di dalam kancah jenayah siber, yang juga
merupakan salah satu kesalahan yang akan dikenakan tindakan keras seperti yang
termaktub di dalam akta jenayah negara. Oleh itu jelaslah bahawa tindakan ibu
bapa dalam memantau anak-anak semasa menggunakan kemudahan Internet dapat
mendidik mereka dalam memanfaatkan kegunaan Internet.
Jika
dikaji dari aspek yang lain, ibu bapa juga seharusnya menyekat
penggunaan Internet oleh anak-anak. Ibu bapa kini mampu mengawal Internet
dengan menyekat laman-laman sesawang yang berunsurkan negatif sebagai langkah
mengelakkan pengguna Internet mengakses laman-laman tersebut dan sistem yang
sama digunakan pada peranti komputer yang disediakan di semua alma mater milik
kerajaan. Sistem sebegini bukan sahaja mampu mengawal aktiviti penggunaan
Internet anak-anak, malah mampu mengasuh mereka untuk hanya mengakses
laman-laman yang berguna sahaja. Bayangkan, sekiranya ibu bapa melaksanakan
sistem sebegini di rumah, sudah tentu anak-anak akan menggunakan perkhidmatan
Internet dengan lebih bijak, seterusnya dapat menghindari mereka daripada
mengetahui mahupun mencuba untuk mengakses laman-laman berunsurkan negatif
seperti yang kebiasaannya berlaku dalam kalangan remaja dan orang dewasa masa
ini. Anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang mencorakkannya,
persis kata peribahasa tersebut yang secara tersiratnya menegaskan bahawa ibu
bapalah yang perlu mengawal ton-ton warna yang ingin diwarnakan di atas kain
putih yang tidak berdosa. Cukup ditegaskan di sini bahawa ibu bapa
sebaik-baiknya mengawal penggunaan Internet oleh anak-anak sebagai cara
mengajar mereka menggunakan Internet secara lebih bijak.
Akhir
sekali, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak
menggunakan Internet secara pintar dengan memperkenalkan kepada mereka
dengan medium-medium pembelajaran menerusi Internet. Seperti yang
ditegaskan, Internet sememangnya memberikan banyak manfaat, termasuklah dari
segi pendidikan. Hari ini, kemajuan Internet juga selaras dengan kemajuan
teknologi seperti tablet dan telefon pintar. Mengikut statistik juga, kedua-dua
peranti ini merupakan peranti pilihan pengguna untuk melayari Internet. Oleh
hal yang demikian, adalah lebih baik para ibu bapa memperkenalkan laman
sesawang atau aplikasi pintar yang berunsurkan pembelajaran kepada anak-anak.
Tanpa disedari, sudah banyak aplikasi dan laman sesawang yang menyediakan
aktiviti pembelajaran menggunakan kemudahan Internet, namun malangnya kurang mendapat
sambutan dalam kalangan pengguna Internet masa kini. Sebaik-baiknya anak-anak
didedahkan dengan medium sebegini, sekurang-kurangnya mereka akan mula
memanfaatkan penggunaan Internet serta bijak menggunakannya. Ibu bapa juga
tidak perlu risau sekiranya anak-anak menghabiskan masa dengan melayari
Internet mahupun menghadap peranti pintar sepanjang masa, sekiranya
peranti-perani di rumah diisi dengan aplikasi dan laman pembelajaran yang
berguna kepada anak-anak. Oleh hal yang demikian, jelaslah sudah di sini bahawa
tindakan ibu bapa memperkenalkan medium-medium pembelajaran melalui Internet
kepada anak-anak adalah amat wajar dalam mendidik mereka memanfaatkan
penggunaan Internet.
Secara
tuntasnya, ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengasuh
anak-anak memanfaatkan penggunaan Internet. Perkhidmatan Internet sememangnya
memberikan manfaat kepada pengguna walaupun secara minoritinya membawa kepada
keburukan. Namun yang demikian, semua ini bergantung kepada ibu bapa itu
sendiri, sama ada bijak atau tidak mendidik anak-anak dalam memanfaatkan
penggunaan Internet dalam kehidupan seharian. Walaupun demikian, kita tidak
seharusnya mengharapkan peranan ibu bapa sahaja kerana bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi. Oleh itu, tindakan kerajaan mengambil pelbagai langkah
dalam memastikan perkhidmatan ini mampu digunakan oleh semua anggota masyarakat
sama ada di bandar mahupun di luar bandar membuktikan bahawa Internet sangat
penting kepada semua. Kerajaan juga banyak berusaha untuk memastikan masyarakat
menggunakan perkhidmatan tersebut dengan sebaik-baiknya, namun usaha kerajaan
akan menjadi usaha yang sia-sia sekiranya ibu bapa dan pihak yang lain tidak
turut turun padang membantu kerajaan melahirkan generasi yang celik IT dan bijak
menggunakannya. Mencegah itu lebih baik daripada merawat,
sememangnya jikalau semua pihak mula bertindak dari awal, masalah
penyalahgunaan Internet dan jenayah siber yang semakin menjadi-jadi ini akan
mudah diungkai, dan secara tidak langsung matlamat negara untuk duduk sama
rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara maju dunia pada tahun 2020 tidak
akan kesampaian.
27 July 2018
IMBUHAN ME-N- DAN ME-N KAN
Pengguna bahasa Melayu tidak menghormati peranan imbuhan dalam bahasa Melayu. Oleh sebab itu, berlakulah kesilapan dan kekhilafan dalam penggunaan imbuhan. Yang berikut ialah beberapa petua penggunaan imbuhan yang dapat dijadikan panduan.
KATA KERJA (AKTIF)
1. memberi/memberikan
(siapa) memberi (siapa) (apa)
(siapa) memberikan (apa) kepada (siapa)
1. memberi/memberikan
(siapa) memberi (siapa) (apa)
(siapa) memberikan (apa) kepada (siapa)
2. menghadiahi / menghadiahkan
(siapa) menghadiahi (siapa) (apa)
(siapa) menghadiahkan (apa) kepada (siapa)
(siapa) menghadiahi (siapa) (apa)
(siapa) menghadiahkan (apa) kepada (siapa)
3. menganugerahi / menganugerahkan
(siapa) menganugerahi (siapa) (apa)
(siapa) menganugerahkan (apa) kepada (siapa)
(siapa) menganugerahi (siapa) (apa)
(siapa) menganugerahkan (apa) kepada (siapa)
4. mengurniai / mengurniakan
(siapa) mengurniai (siapa) (apa)
(siapa) mengurniakan (apa) kepada (siapa)
(siapa) mengurniai (siapa) (apa)
(siapa) mengurniakan (apa) kepada (siapa)
5. membaca / membacakan
(siapa) membacakan (siapa) (apa)
(siapa) membaca (apa) kepada (siapa)
(siapa) membacakan (siapa) (apa)
(siapa) membaca (apa) kepada (siapa)
KATA KERJA (PASIF)
1. diberi / diberikan
(siapa) diberi (apa) oleh (siapa)
(apa) diberikan oleh (siapa) kepada (siapa)
1. diberi / diberikan
(siapa) diberi (apa) oleh (siapa)
(apa) diberikan oleh (siapa) kepada (siapa)
2. dihadiahi / dihadiahkan
(siapa) dihadiahi (apa) oleh (siapa)
(apa) dihadiahkan oleh (siapa) kepada (siapa)
(siapa) dihadiahi (apa) oleh (siapa)
(apa) dihadiahkan oleh (siapa) kepada (siapa)
3. dianugerahi / dianugerahkan
(siapa) dianugerahi (apa) oleh (siapa)
(apa) dianugerahkan oleh (siapa) kepada (siapa)
(siapa) dianugerahi (apa) oleh (siapa)
(apa) dianugerahkan oleh (siapa) kepada (siapa)
4. dikurniai / dikurniakan
(siapa) dikurniai (apa) oleh (siapa)
(apa) dikurniakan oleh (siapa) kepada (siapa)
(siapa) dikurniai (apa) oleh (siapa)
(apa) dikurniakan oleh (siapa) kepada (siapa)
5. dibaca / dibacakan
(siapa) dibacakan (apa) oleh (siapa)
(apa) dibaca oleh (siapa) kepada (siapa)
(siapa) dibacakan (apa) oleh (siapa)
(apa) dibaca oleh (siapa) kepada (siapa)
Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong tunjukkan;
Saya budak baru belajar,
Ambil galah tolong tunjukkan;
Saya budak baru belajar,
22 July 2018
18 July 2018
Seminar bedah karya novel zon 2, Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Novel TIrani.
Yang berminat, sila sertai seminar bedah karya novel zon 2, Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa dan Novel TIrani.
Murid-murid, guru sekolah kerajaan, guru sekolah swasta, dan tutor juga dialu-alukan!
Sila klik:
https://t.me/joinchat/BK1pAQ8jm4xzuJEEAL2pOA
Murid-murid, guru sekolah kerajaan, guru sekolah swasta, dan tutor juga dialu-alukan!
Sila klik:
https://t.me/joinchat/BK1pAQ8jm4xzuJEEAL2pOA
2 July 2018
JENIS-JENIS AYAT
JENIS-JENIS AYAT
Ayat bahasa Melayu dapat dibahagikan
kepada empat jenis:
(a) Ayat penyata
(b) Ayat tanya
(c) Ayat perintah
(d) Ayat seruan
Ayat Penyata
Ayat penyata bertujuan atau maksud
membuat sesuatu kenyataan, menyatakan atau memberikan sesuatu keterangan
tentang sesuatu berita atau hal. Ayat penyata juga disebut ayat berita atau
ayat keterangan.
Contoh:
1.
Kota Kinabalu
ialah ibu negeri Sabah yang letaknya di tepi laut. (FN+FN)
2.
Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu di New York, Amerika Syarikat. (FN+FS)
3.
Bangunan
perpustakaan yang baru siap dibina di bandar itu amat besar. (FN+FA)
4.
Kain songket ialah
busana yang lazimnya dipakai oleh pasangan pengantin. (FN+FN)
5.
Bandar raya Kuala
Lumpur yang sedang pesat membangun sangat bersih dan indah.(FN+FA)
6.
Bungkusan hadiah
ini untuk pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti.(FN+FS)
7.
Semua rakyat
diingatkan supaya mengibarkan Jalur Gemilang pada bulan kemerdekaan negara ini.
(FN+FK)
8.
Pihak kerajaan
sedang memartabatkan bahasa Melayu dan memperkasakan bahasa Inggeris di negara
ini. (FN+FK)
Ayat Tanya
Ayat tanya bertujuan menanyakan sesuatu
berita atau hal.
Terdapat dua jenis ayat tanya
(a) Ayat tanya tanpa kata tanya
(b) Ayat tanya dengan unsur tanya
(a)
Ayat tanya tanpa kata tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya diucapkan
dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. Biasanya, ayat
jenis ini menggunakan tanda tanya (?) pada akhir ayat.
1. Ikan hiasan di dalam akuarium itu
cantik-cantik? (FN+FA)
2. Bangunan itu asrama untuk pelajar dari
luar bandar? (FN+FN)
3. Darurat di negara kita diisytiharkan
pada tahun 1948? (FN+FK)
4. Mereka sekeluarga akan ke Pulau
Langkawi untuk bercuti? (FN+FS)
5. Kota Paris bandar raya yang terkenal
dengan bangunan Menara Eiffel? (FN+FN)
6. Guru sukan sekolah mengetuai rombongan
pelajar mendaki gunung itu? (FN+FK)
7. Padang sukan sekolah itu sangat luas
berbanding dengan padang sekolah lain? (FN+FA)
8. Ahli arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan
di Lembah Bujang dari Muzium Negara? (FN+FS)
PERINGATAN
Ayat tanya tanpa kata tanya menggunakan partikel tanya –kah yang hadir dalam
predikat ayat. Apabila ini berlaku, predikat ayat dikedepankan.
|
Salah
|
Betul
|
|
1. Ikan hiasan di dalam akuarium
cantik-cantik
|
Cantik-cantikkah ikan hiasan
di dalam akuarium?
|
|
2. Bangunan itu asrama untuk pelajar
dari luar bandarkah?
|
Asrama untuk pelajar dari luar bandarkah
bangunan itu?
|
|
3. Negara kita mengisytiharkan
darurat pada tahun 1948kah?
|
Pada tahun 1948kah darurat di
negara kita diisytiharkan?
|
|
4. Mereka sekeluarga akan ke Pulau
Langkawi untuk bercutikah?
|
Akan ke Pulau Langkawi untuk bercutikah
mereka sekeluarga?
|
|
5. Kota Paris bandar raya yang
terkenal dengan bangunan Menara Eiffelkah?
|
Bandar raya yang terkenal dengan
Menara Eiffelkah kota Paris?
|
|
6. Guru sukan sekolah mengetuai
rombongan pelajar mendaki gunung itukah?
|
Mengetuai rombongan pelajar mendaki
gunung itukah guru sukan sekolah?
|
|
7. Padang sukan sekolah itu sangat
luas berbanding dengan padang sekolah lainkah?
|
Sangat luaskah padang sukan
sekolah itu berbanding dengan padang sekolah lain?
|
|
8. Ahli arkeologi yang sedang
menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang dari Muzium Negarakah?
|
Dari Muzium Negarakah ahli
arkeologi yang sedang menjalankan penyelidikan di Lembah Bujang?
|
Ayat tanya
dengan unsur tanya
Ayat tanya yang mengandungi unsur tanya
seperti apa, siapa, mengapa, bagaimana, di mana dan sejak bila.
Ayat tanya yang mengandungi unsur tanya terdiri daripada tiga kategori, iaitu:
(a) Ayat tanya dengan kata tanya
(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya
(c) Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya
(a) Ayat tanya dengan kata tanya
Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat
yang mengandungi kata tanya seperti bila, berapa, bagaimana, mengapa dan
kenapa. Dalam susunan biasa, kata tanya menduduki konstituen predikat.
Contoh:
1. Baju kemeja kamu yang biru itu basah kenapa?
(FN+FA)
2. Kenaikan harga minyak petrol baru-baru
ini bila? (FN+FK)
3. Kamu menyediakan sate untuk tetamu bapa
bagaimana? (FN+FK)
4. Latihan forum pelajar di kantin sekolah
pagi tadi mengapa? (FN+FS)
5. Jumlah kayu hoki yang rosak di bilik
sukan sekolah berapa? (FN+FN)
6. Pokok bunga di sekitar bangunan sekolah
kami kering dan layu mengapa? (FN+FA)
7. Harga kereta mainan dengan alat kawalan
jauh yang baru dibeli itu berapa? (FN+FN)
8. Peserta program pertukaran pelajar dari
negara China akan ke Kuala Lumpur bila? (FN+FS)
Ayat di atas boleh
menerima partikel –kah yang hadir dalam predikat. Apabila ini berlaku,
predikat ayat mengalami proses pendepanan.
Contoh dalam ayat:
1. Kenapakah baju kemeja kamu yang
biru itu basah? (FN+FA)
2. Bilakah kenaikan harga minyak
berkuat kuasa baru-baru ini? (FN+FK)
3. Bagaimanakah kamu menyediakan
sate untuk tetamu bapa? (FN+FK)
4. Mengapakah latihan forum pelajar
di kantin sekolah pagi tadi? (FN+FS)
5. Berapakah jumlah kayu hoki yang
rosak di bilik sukan sekolah? (FN+FN)
6. Mengapakah pokok bunga di
sekitar bangunan sekolah kami kering dan layu? (FN+FA)
7. Berapakah harga kereta mainan
dengan alat kawalan jauh yang baru dibeli itu? (FN+FN)
8. Bilakah program pertukaran
pelajar dari negara China akan ke Kuala Lumpur? (FN+FS)
(b) Ayat tanya dengan kata ganti nama diri
tanya
Ayat tanya dengan
kata ganti diri tanya ialah ayat yang mengandungi kata ganti diri tanya seperti
apa,siapa dan mana. Dalam susunan biasa, kata ganti diri tanya
menduduki bahagian predikat.
Contoh:
1. Buku rujukan yang kamu pinjam dahulu
itu mana? (FN+FN)
2. Tajuk debat antara pelajar sekolah
asrama penuh pada tahun ini apa? (FN+FN)
3. Pegawai Kementerian Pendidikan yang
mengetuai rombongan itu siapa? (FN+FN)
Ayat di atas
menerima partikel –kah yang hadir dalam predikat. Apabila ini berlaku,
predikat ayat mengalami proses pendepanan.
Contoh:
1. Manakah buku rujukan yang kamu
pinjam dahulu itu? (FN+FN)
2. Apakah tajuk debat antara
pelajar sekolah asrama penuh pada tahun ini? (FN+FN)
3. Siapakah pegawai Kementerian
Pendidikan yang mengetuai rombongan itu? (FN+FN)
(c) Ayat tanya dengan frasa sendi nama
tanya
Ayat tanya dengan frasa sendi nama
tanya ialah ayat yang mengandungi frasa sendi nama tanya seperti di mana,
daripada siapa, dari mana, ke mana, sejak bila, sampai bila dan dengan
siapa. Dalam susunan biasa, kata ganti diri tanya menduduki bahagian
predikat.
Contoh:
1. Ibu jari kaki kanan kamu bengkak sejak
bila? (FN+FA)
2. Rombongan pelancong yang menaiki bas
itu dari mana? (FN+FS)
3. Doktor muda hospital ini pakar penyakit
kulit sejak bila? (FN+FN)
4. Michael yang terburu-buru berjalan itu
hendak ke mana? (FN+FS)
5. Surat berdaftar yang kamu terima
semalam daripada siapa? (FN+FS)
6. Pelajar itu menghadiri kelas tuisyen di
bandar dengan siapa? (FN+FK)
7. Pameran hasil kraf tangan tradisional
dilanjutkan sampai bila? (FN+FK)
8. Pelajar yang akan memasuki pertandingan
pidato peringkat kebangsaan itu di mana? (FN+FS)
Ayat di atas boleh mengalami proses
pendepanan predikat dengan meletakkan bahagian predikat ayat di hadapan ayat
serta menggunakan partikel –kah.
Contoh:
1. Sejak bilakah ibu jari kaki
kanan kamu bengkak? (FN+FA)
2. Sejak bilakah doktor muda
hospital ini pakar penyakit kulit? (FN+FN)
3. Dari manakah rombongan pelancong
yang menaiki bas itu? (FN+FS)
4. Hendak ke manakah Michael yang
terburu-buru berjalan itu? (FN+FS)
5. Daripada siapakah surat
berdaftar yang kamu terima semalam? (FN+FS)
6. Dengan siapakah pelajar itu
menghadiri kelas tuisyen di bandar? (FN+FK)
7. Sampai bilakah pameran hasil
kraf tangan tradisional dilanjutkan? (FN+FK)
8. Di manakah pelajar yang akan
memasuki pertandingan pidato peringkat kebangsaan itu? (FN+FS)
1.
Ayat tanya jawapan terbuka dan jawapan tertutup
(i) Ayat tanya jawapan terbuka
(ii) ayat tanya yang jawapannya tidak terhad kepada jawapan ya atau tidak
atau bukan, tetapi lebih luas bergantung pada maksud yang terkandung
dalam ayat tanya tersebut
Contoh:
1.
Apakah binatang
yang sangat cerdik mengikut cerita dongeng tradisional? (FN+FN)
Binatang yang sangat cerdik mengikut
cerita dongeng tradisional ialah kancil.
2.
Siapakah pelukis
gambar pemandangan di tepi pantai yang cantik ini? (FN+FN)
Pelukis gambar pemandangan di tepi
pantai yang cantik ini ialah Encik Osman dari Pekan, Pahang.
3.
Dari manakah
mereka datang untuk menjual mutiara di sini? (FN+FS)
Mereka datang dari Sabah untuk menjual
mutiara di sini.
4.
Kenapakah pasukan
bola sepak negara kita ke Singapura pada minggu lalu? (FN+FS)
Pasukan bola sepak negara kita ke
Singapura pada minggu lalu untuk perlawanan dengan negara tersebut.
Ayat Perintah
Ayat perintah ialah ayat yang digunakan
dengan tujuan untuk menimbulkan sesuatu tindakan sama ada suruhan, larangan,
ajakan atau menyampaikan permintaan. Ayat perintah ditujukan kepada orang kedua
dengan menggunakan kata ganti nama orang kedua seperti awak, kamu dan engkau.
Ayat perintah terbahagi kepada empat jenis:
(a) Ayat suruhan
(b) Ayat larangan
(c) Ayat silaan
(d) Ayat permintaan
(a) Ayat suruhan
Ayat suruhan
bertujuan memberikan perintah atau arahan. Subjek ialah kata ganti nama diri
orang kedua [awak, engkau dan kamu ]
Contoh:
1. Engkau pergi dari kawasan perumahan ini
segera. (FN+FK)
2. Keluar dari bilik ini sekrang jika mahu
selamat. (FN+FK)
3. Awak tunggu dia di sini hingga dia
datang. (FN+FK)
4. Buat karangan itu dengan cermat hingga
selesai. (FN+FK)
5. Baca surat yang baru kamu dapat itu
dengan telitinya. (FN+FK)
6. Isi borang permohonan yang kamu dapat
itu betul-betul. (FN+FK)
7. “Kamu siapkan kerja itu sekarang juga,”
kata guru kepada muridnya. (FN+FK)
8. “Tuan pergi terus ke bangunan itu dan
belok ke kiri.” kata anggota polis kepada pelancong tersebut. (FN+FK)
PERINGATAN
Kata ganti nama diri orang kedua yang
berfungsi sebagai subjek digugurkan. Sekiranya hendak diberi penegasan kepada
orang yang disuruh, subjek kata ganti nama diri orang kedua boleh juga
digunakan. Partikel
–lah boleh digunakan untuk melembutkan arahan dan kehadirannya mesti di
hadapan ayat:
|
Salah
|
Betul
|
|
1. Keluar dari bilik ini sekaranglah.
|
Keluarlah dari bilik ini
sekarang.
|
|
2. Engkau pergi dari sini segeralah.
|
Engkau pergilah dari sini
segera.
|
|
3. “Kamu siapkan kerja itu sekarang
jugalah,” kata guru kepada muridnya.
|
“Kamu siapkanlah kerja itu
sekarang juga,” kata guru kepada muridnya.
|
|
4. Awak tunggu dia di sini hingga dia
datanglah.
|
Awak tunggulah dia di sini
hingga dia datang.
|
(b) Ayat larangan
Ayat larangan
bertujuan menghentikan sesuatu perbuatan atau melarang seseorang melakukan
sesuatu. Ayat larangan menggunakan kata larangan seperti jangan dan
usah.
Contoh:
1. Jangan buang sampah merata-rata di
tempat ini.
2. Usah dikenang perkara yang lalu, nanti
rosak jiwa.
3. Engkau jangan mengambil barang orang
tanpa kebenaran.
4. “Jangan berjaja di kawasan ini,” kata
pengawal di sekolah itu.
5. “Kamu jangan merokok lagi,” kata guru
disiplin kepada murid itu.
6. “Usah kau dengar kata kawan kamu itu,”
nasihat Pak Haris kepada anaknya.
7. “Jangan beritahu sesiapa tentang
perkara itu,” pesan Azman kepada adiknya.
8. “Jangan dimakan makanan yang basi,
nanti sakit perut,” kata ibu Hajar kepada anak bongsunya.
Contoh:
1. Janganlah buang sampah di tempat
ini.
2. Usahlah dikenang perkara yang
lalu, nanti rosak jiwa.
3. Engkau janganlah mengambil
barang orang tanpa kebenaran.
4. “Janganlah berjaja di kawasan
ini,” kata pengawal di sekolah itu.
5. “Kamu janganlah merokok lagi,”
kata guru disiplin kepada murid itu.
6. “Usahlah kau dengar kata kawan
kamu itu,” nasihat Pak Haris kepada anaknya.
7. “Janganlah beritahu sesiapa
tentang perkara itu,” pesan Azman kepada adiknya.
8. Janganlah dimakan makanan yang
basi, nanti sakit perut,” kata ibu Hajar kepada anak bongsunya.
PERINGATAN
Seperti ayat suruhan, subjek ayat
larangan juga boleh digugurkan.
Contoh:
1. Awak janganlah merokok lagi.
Janganlah merokok lagi.
2. Engkau janganlah ponteng sekolah
lagi.
Janganlah ponteng sekolah lagi.
3. Usahlah kau dengar kat kawan kamu
itu.
Usahlah dengar kata kawan kamu itu.
Terdapat juga ayat larangan yang
bersifat umum yang tidak menggunakan partikel pelembut –lah.
|
Salah
|
Betul
|
|
1. Dilaranglah keluar melalui
pintu ini.
|
Dilarang keluar melalui pintu ini.
|
|
2. Ditegahlah meludah di sini.
|
Ditegah meludah di sini.
|
|
3. Dilaranglah membuang sampah
di sini.
|
Dilarang membuang sampah di sini.
|
PERINGATAN
Ayat larangan dapat dilembutkan dengan
menggunakan perkataan harap pada bahagian hadapannya.
Contoh:
1. Harap jangan berkecil hati.
2. Harap jangan kotorkan tempat ini.
3. Harap jangan bunyikan radio kuat-kuat.
4. Harap jangan berkumpul di kawasan ini.
5. Harap jangan salah faham tentang perkara itu.
PERINGATAN
Dalam ayat
larangan yang menggunakan kata kerja tak transitif, awalan me- dan ber- tidak boleh digugurkan.
|
Salah
|
Betul
|
|
Jangan ludah
|
Jangan meludah
|
|
Jangan lompat
|
Jangan melompat
|
|
Jangan rokok
|
Jangan merokok
|
|
Jangan membuat bising
|
Jangan berbuat bising
|
(c) Ayat silaan
Ayat silaan bertujuan menjemput atau
mempersilakan seseorang atau menyilakan seseorang untuk melakukan sesuatu. Ayat
silaan menggunakan kata silaan seperti sila dan jemput.
Contoh:
1. Sila datang lagi ke kedai kami pada
bila-bila masa. (FN+FK)
2. Jemput naik ke pentas untuk menerima
hadiah. (FN+FK)
3. Jemput makan juadah yang sedia
terhidang di atas meja itu. (FN+FK)
4. “Sila masuk ke dewan perhimpunan
sekarang juga,” kata juruacara majlis (FN+FK)
NOTA: Partikel –lah
boleh digunakan bagi maksud melembutkan jemputan.
Contoh:
1. Silalah datang lagi ke kedai
kami pada bila-bila masa.
2. Jemputlah naik ke pentas untuk
menerima hadiah.
3. Jemputlah makan juadah yang
sedia terhidang di tas meja itu.
(d) Ayat permintaan
Ayat permintaan bertujuan memohon atau
meminta sesuatu. Ayat permintaan menggunakan kata permintaan seperti minta dan
tolong.
Contoh:
1. Minta jelaskan sewa rumah untuk bulan lepas.
2. Tolong berikan perhatian semasa guru kamu
mengajar.
3. “Tolong serahkan laporan ini kepada ketua
jabatan, Ali,” kata pegawai itu.
4. Minta tuan puan berada di lapangan terbang
semasa ketibaan Duli Yang Maha Mulia Sultan.
PERINGATAN
Kata silaan tidak boleh hadir
bersama-sama dengan kata larangan kerana ayat silaan dan ayat permintaan
membawa makna yang positif tetapi ayat larangan membawa makna yang negatif.
|
Salah
|
Betul
|
|
Minta usah dikenang perkara
yang lalu.
|
Usah dikenang
perkara yang lalu.
|
|
Sila jangan buang sampah di
tempat ini.
|
Jangan buang sampah di
tempat ini.
|
|
Tolong jangan dimakan makanan
yang basi.
|
Jangan dimakan makanan
yang basi.
|
|
Tolong jangan berjaja di
sini.
|
Jangan berjaja di
sini.
|
Bagi ayat larangan aktif, awalan “me-”
boleh dikekalkan atau digugurkan.
Contoh:
Jangan buang sampah di
merata-rata tempat.
Jangan membuang sampah di
merata-rata tempat.
“membuang” ialah kata kerja transitif.
Ayat Seruan
Ayat seruan bertujuan melahirkan
perasaan seperti terkejut, hairan, geram, seronok, sakit dan sebagainya. Tanda
seru (!) digunakan di akhir ayat. Ayat seruan menggunakan kata seru seperti wah,
oh, amboi, wahai, cis, aduh, eh dan syabas di permulaan ayat.
Contoh dalam ayat:
1. Wah, besar sungguh Masjid Jamek baharu ini! (FN+FA)
2. Cis, habis tanaman ubi kayuku dimusnahkannya! (FN+FK)
3. Amboi, ke panggung wayung pula budak-budak
ini! (FN+FS)
4. Aduh, sakitnya perut aku kerana makan buah
tadi! (FN+FS)
5. Eh, di sini rupanya kamu! (FN+FK)
6. Oh, abang kamu yang berjaya mendaki Gunung Everest itu!
(FN+FN)
7. Wahai anakku, tuntutlah ilmu sebanyak mungkin
sementara kamu masih muda! (FN+FK)
8. Syabas, andalah orang yang terpilih untuk
melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia! (FN+FN)
PERINGATAN
Dalam ayat seruan,
tanda seru hadir di hujung ayat. Lazimnya, tanda koma (,) diletakkan selepas
kata seru. Contoh:
|
Salah
|
Betul
|
|
Wah! Besar
sungguh masjid ini.
|
Wah, besar
sungguh masjid ini!
|
|
Cis! Habis
tanaman aku dimusnahkannya.
|
Cis, habis
tanaman aku dimusnahkannya!
|
|
Amboi! Melampau
kamu diberi betis hendak paha.
|
Amboi, melampau
kamu diberi betis hendak paha!
|
|
Eh! Begitu fasih
pelajar asing itu berbahasa Melayu.
|
Eh, begitu fasih
pelajar asing itu berbahasa Melayu!
|
Subscribe to:
Posts (Atom)











