Hari
Guru disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai tanda memperingati dan
menghargai pengorbanan guru dalam mendidik, membimbing serta membentuk anak
bangsa. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa tema Hari Guru
bersempena dengan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan kali ke-49 pada tahun
2020 ialah “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”. Guru merupakan insan yang
sentiasa dahaga akan ilmu dan tidak jemu memperlengkap dirinya dengan pelbagai
pengetahuan, kemahiran dan nilai sejajar dengan prinsip pembelajaran sepanjang
hayat (lifelong learning).
Antara
cara menghargai jasa guru adalah untuk meraikan Hari Guru yang terdapat pada 16
Mei. Hal ini dikatakan demikian kerana guru-guru mengajar kita tanpa meminta
balasan. Oleh itu, kita haruslah menghargai pengorbanan dan mengingati jasa
guru-guru yang mengajar kita. Pada Hari Guru, kita boleh membuat persembahan
nyanyian atau tarian yang menarik untuk menghiburkan guru-guru dan merakamkan
penghargaan kepada guru. Hal ini dapat menunjukkan perasaan terima kasih kepada
guru dan agar tidak nanti usaha guru bagai mencurah air ke daun
keladi.
Selain
itu, kita patut memberikan kad ucapan kepada guru pada sambutan Hari Guru. Kita
boleh menyelitkan bunga dan kata-kata yang indah yang membuktikan penghargaan
terhadap guru. Hal ini dikatakan demikian kerana kita hendaklah meluahkan
perasaan terima kasih yang ikhlas. Kita juga perlu menyampaikan mesej peribadi
dan berjanji kepada guru untuk berusaha. Oleh itu, kad ucapan kita boleh
menjadi tanda ingatan kepada guru selepas kita sudah mencapai cita-cita kita.
Hal ini juga kerana sukakan gaharu kerana baunya, sukakan guru kerana
ilmunya.
Seterusnya,
kita perlu menghormati guru pada setiap masa. Kita boleh membuktikan ketaatan
atas didikan guru dengan membantu guru yang membawa beg yang berat atau membawa
buku ke bilik guru. Bukan itu sahaja, kita juga mesti bersalaman dengan guru
apabila berjumpa. Hal ini dikatakan demikian kerana kita harus tidak menjadi seperti
kacang lupakan kulit. Oleh itu, kita mesti bersenyum kepada guru.
Di
samping itu, kita mestilah membantu guru di mana-mana jua kita berada.
Contohnya, kita boleh membawa buku dan beg ke bilik guru. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita dapat meringankan beban guru. Tambahan pula, kita juga
dapat menjalinkan hubungan yang mesra dengan guru. Hal ini kerana janganlah
lupa akan hakikat kemahiran itu sebaik-baik guru. Oleh itu, kita patut membalas
budi dan ajaran baik guru.
Akhir
sekali, kita hendak memberi guru kebanggaan dan kejayaan. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita harus membalas jasa dan pengorbanan guru. Contohnya, kita
boleh menumpukan perhatian ketika guru sedang mengajar dan belajar
bersungguh-sungguh demi mencapai keputusan cemerlang. Bukan itu sahaja, kita
mesti mendengar nasihat guru dan tidak menghampakan harapan guru. Hal ini
seperti peribahasa tidak menjadi seperti ulat lupakan daun.
Kesimpulannya,
murid perlu menginsafi bahawa tidak ada manusia yang mencapai kejayaan di dunia
ini tanpa kehadiran insan bergelar guru. Guru juga insan yang banyak membentuk
karakter dan keperibadian seseorang. Berguru merupakan suatu proses
pembelajaran berterusan yang tiada berpenghujung, selagi mana seseorang itu masih
menikmati kehidupan di dunia ini. Hal ini akan melahirkan lebih ramai ilmuwan
yang mampu mencipta dan mereka produk serta perkhidmatan yang memberikan impak
tinggi kepada masyarakat dan negara. Murid yang ada pada hari ini merupakan
generasi pewaris masa hadapan negara. “Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu”
ini dapat memberi semangat baharu kepada guru serta murid dan seterusnya
membentuk masyarakat yang menuntut ilmu dengan niat ikhlas agar ilmu mudah
melekat dalam sanubari.
SELANGOR
Hi cikgu saya Muhammad Aidil Farhan.Saya dari Melaka.Boleh tak saya nak nombor telefon cikgu supaya jika saya tidak faham sesuatu soalan saya boleh tanya cikgu.Terima kasih.
ReplyDeleteCikgu, boleh ka meletakkan penggunaan akhir sekali dan kesimpulannya ?
ReplyDeleteSama..tiru..bulat-bulat...hihi..thank you..teacher..... for this essat..or..anything😭
ReplyDelete😭😭
Good idea
ReplyDelete