LATIHAN PENGGUNAAN ISTILAH
Baca petikan di bawah kemudian, isi tempat kosong
dengan perkataan yang paling sesuai berdasarkan perkataan di dalam kotak di
bawah.
keperluan |
dari |
menegaskan |
dikesampingkan |
bagaimanapun |
pengetahuan |
huraikan |
membawa |
perbelanjaan |
menggalakkan |
sesuap |
beratur |
berterusan |
Deduksinya |
menikmati |
menatang |
dilaksanakan |
kerana |
bekalan |
seimbang |
Makanan merupakan _________________
murid-murid untuk membesar dengan sihat. Walau _________________,
murid-murid pada hari ini malas membawa bekalan makanan dari rumah kerana
mereka lebih suka akan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebagai
contohnya, mereka lebih suka _________________ piza dan kerepek
kentang berjenama Mister Potato dan Pringles. Selain itu, murid-murid tidak
mengetahui hakikat bahawa _________________ makanan yang dibawa
dari rumah juga ada faedahnya kerana tak kenal maka tak cinta. Marilah kita
mengkaji faedahnya jika murid membawa bekalan makanan dari rumah.
Bekalan makanan
yang dibawa _________________ rumah dijamin bersih dan lebih
sihat. Hal ini dikatakan demikian _________________ ibu bapa kita
akan menyediakan makanan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Contohnya, ibu
bapa akan menyediakan makanan yang _________________ berpandukan
piramid makanan seperti sandwic, mihun goreng dan nasi berlauk. Kesannya, murid
tidak terdedah kepada kes keracunan makanan dan masalah obesiti. Hal ini
merupakan bukti ibu bapa menjaga anak mereka bagai _________________
minyak yang penuh. Tegasnya, kebersihan makanan yang dibawa dari rumah menjamin
kesihatan murid.
Selain itu, isi
yang tidak boleh _________________ ialah murid-murid dapat
menjimatkan masa mereka beratur di kantin sekolah. Hal ini dikatakan demikian
kerana mereka tidak perlu _________________ dalam barisan yang
amat panjang untuk membeli makanan mereka. Murid-murid terus _________________
bekalan makanan mereka yang dibawa sambil membaca buku mereka. Impaknya,
murid-murid mendapat faedah berganda daripada amalan yang sihat ini. Usaha
murid menjimatkan masa ini dikatakan sambil menyelam minum air kerana mereka
bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan mereka, malahan memantapkan _________________
yang diajarkan oleh guru-guru mereka. Tuntasnya, murid yang membawa bekalan
makanan dapat menjimatkan masa dan memanfaatkan masa dengan perkara yang
berfaedah.
Ditinjau dari kaca
mata yang berbeza pula, _________________ murid dapat dijimatkan
dengan membawa bekalan makanan. Hal ini dikatakan demikian lantaran murid-murid
tidak perlu membelanjakan wang saku mereka untuk membeli makanan-makanan
tambahan. Hal ini dapat _________________ murid-murid menabungkan
wang ke dalam tabung secara tidak langsung mereka juga dapat mengurangkan beban
ibu bapa mereka. Cara ini dapat mendidik murid menghargai titik peluh dan
pengorbanan ibu bapa untuk mencari _________________ nasi dan
seteguk air. Selain itu, murid-murid juga akan sedar bahawa ibu bapa mereka
telah bekerja keras untuk mengisi perut mereka. _________________,
bekalan makanan yang dibawa murid dapat menjimatkan perbelanjaan.
Sebagai penghias
akhir bicara bagi segala isi yang telah saya _________________ di
atas, jelaslah bahawa murid digalakkan membawa bekalan makanan kerana membawa
banyak faedah. Ibu bapa haruslah menyediakan bekalan makanan yang sihat dan
segar secara _________________ dari rumah supaya kebahagiaan
dalam keluarga dapat dibina dan hubungan antara murid dan ibu bapa mereka dapat
dirapatkan. Walakin begitu, semua usaha yang _________________ oleh
ibu bapa hanya akan tinggal angan-angan Mat Jenin seandainya anak-anak sendiri
tiada inisiatif untuk menjaga kesihatan diri masing-masing. Para murid mestilah
mula membawa bekalan makanan sendiri dari rumah kerana murid-murid dapat
mendisiplinkan diri dengan amalan yang bermanfaat ini. Sebagai intiha, saya
ingin _________________ bahawa bekalan makanan yang dibawa dari
rumah ternyata banyak kebaikannya.
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.