Baca petikan di bawah kemudian, isi tempat kosong
dengan perkataan yang paling sesuai berdasarkan perkataan di dalam kotak di
bawah.
perbincangan |
menarik |
produk |
pengangkutan |
kebudayaan |
merupakan |
Khatulistiwa |
tren |
kedudukan |
keistimewaan |
bertanggungjawab |
menyenangkan |
terkenal |
mengenali |
kerjasama |
persisiran |
destinasi |
kesopanan |
memilih |
keindahan |
Dalam meniti arus kemodenan ini, Malaysia
_________________ sebuah negara yang mempunyai keunikan dan
keindahan alam yang _________________ sebagai destinasi
pelancongan. Malaysia memang terkenal dengan banyak keistimewaan yang menjadi
pilihan utama pelancong. Walaupun jarak Malaysia jauh dari Eropah, pelancong
tetap _________________ Malaysia sebagai destinasi ideal
percutian utama sekeluarga. Walau betapa sukar sekalipun, keadaan ini bukan
penghalang kepada pelancong bak peribahasa Melayu, hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih. Persoalannya, apakah _________________ yang
ada di Malaysia sebagai destinasi pelancongan?
Sebagai
mukadimah _________________, sememangnya Malaysia sangat istimewa
sekali kerana memiliki beberapa pantai yang bersih, cantik dengan cuaca yang
panas dan lembap. Hal ini dikatakan demikian kerana _________________
Geografi Malaysia terletak pada Garisan _________________ dengan
Iklim Tropika sepanjang tahun. Sebagai contohnya, Pantai Cenang di Langkawi dan
pasir putih yang berkilauan di Pulau Redang merupakan antara _________________
pelancongan yang kerap dibanjiri oleh pelancong. Para pelancong teruja dan
berpuas hati setelah melihat _________________ pantai tersebut
dan bukanlah indah khabar daripada rupa. Bukan itu sahaja, terdapat juga
beberapa perniagaan kecil seperti menjual makanan dan buah tangan di _________________
pantai. Kesannya, keadaan ini dapat memberikan peluang pekerjaan dan perniagaan
kepada penduduk Negara kita. Tegasnya, pantai yang bersih dan cantik serta
dengan udara yang nyaman merupakan keistimewaan di Negara Malaysia.
Selain itu,
Malaysia dikurniakan dengan pelbagai jenis makanan tempatan yang sangat unik
dan sajian istimewa tersebut dibuat daripada pelbagai air tangan bangsa dan _________________.
Para pelancong boleh menikmati pelbagai jenis juadah yang kaya dengan
rempah-ratus bak kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta. Dengan itu para
pelancong dapat _________________ dan menikmati makanan di Malaysia.
Contohnya, nasi lemak, kuetiau goreng, sate, lemang dan sebagainya menjadi _________________
pelancongan yang utama, Bukan itu sahaja, media massa boleh menghiasi promo
video pelancongan dengan pelbagai juadah yang lazat bagi _________________
perhatian para pelancongan dan mencubainya. Izharnya, pelbagai jenis makanan
tempatan menjadikan Malaysia sangat istimewa.
Di samping itu,
keistimewaan Malaysia yang seterusnya ialah kemudahan _________________
awam termoden dan kondusif. Kemudahan awam memang sangat penting bagi
memudahkan perjalanan mereka ketika melancong ke mana-mana destinasi. Sebagai
contoh, Malaysia mempunyai system tren komuter, sistem _________________
elektronik, bas percuma, kemudahan e-panggilan “Grab Car” dan lain-lain lagi.
Jika para pelancong ingin menjimatkan kos perbelanjaan mereka, kemudahan awam
merupakan pilihan yang bijak kerana dapat _________________
pergerakan para pelancong persis kata orang tua-tua, ukur baju di badan
sendiri, sewaktu memilih pengangkutan awam. Saya ingin menegaskan bahawa
kemudahan awam yang berkualiti dan selesa makin istimewa di hati pelancong.
Kesimpulannya, bulan kian terang, bayang kian jelas bahawa terdapat
banyak daya tarikan di Malaysia sebagai destinasi pelancongan, Industri pelancongan
perlu dimajukan dengan semua keistimewaan yang dirungkaikan seperti di atas
kerana mampu memberikan pulangan yang lumayan terhadap ekonomi negara. Lantaran
ini, semua pihak harus memberikan _________________ menjaga
kebersihan kawasan sekeliling, memelihara kebudayaan bangsa Malaysia dan
menjaga _________________ diri sebagai seorang rakyat yang _________________.
Semoga dengan adanya usaha sederap ini, Malaysia mampu menjadi pusat
pelancongan utama di persada dunia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama
rendah dengan negara jiran kita. Jelaslah bahawa kita harus mengetahui semua
keistimewaan Malaysia sebagai destinasi pelancongan.
HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.
ReplyDelete