1 October 2017

CATATAN ANALISIS DAN TIP PEPERIKSAAN BM PT3 2017 (SOALAN 2)

ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2016
TIP PEPERIKSAAN PT3 2017
SOALAN 2 - KESALAHAN EJAAN

Kesalahan ejaan yang biasanya diuji dalam BM PT3 melibatkan 5 jenis, yakni
(a) ejaan yang melibatkan perkataan yang dieja jarak dan dieja rapat
(b) ejaan yang melibatkan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris
(c) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman
(d) ejaan yang melibatkan kata majmuk
(e) ejaan yang melibatkan penggunaan kata ganti nama diri singkat
(f) ejaan yang melibatkan keselarasan vokal

ANALISIS SOALAN SEBENAR 2014-2016
SOALAN SEBENAR TAHUN 2014
SET 1
juru pandu - jurupandu (imbuhan pinjaman)
patriotisma - patriotisme (imbuhan pinjaman)
dianalisa - dianalisis (BI - BM)
SET 2
eletrik - elektrik (BI - BM)
datuk ku - datukku (kesilapan kata ganti nama diri singkat)
masaalah - masalah (kesilapan umum)
SET 3
plan - pelan (BI - BM)
patriotisma - patriotisme (imbuhan pinjaman)
pasca merdeka - pascamerdeka (imbuhan pinjaman)
SOALAN SEBENAR TAHUN 2015
SET 1
gambarajah - gambar rajah (kata majmuk)
pro-aktif - proaktif (imbuhan pinjaman)
resepi - resipi (BI - BM)
SET 2
urusetia - urus setia (kata majmuk)
pra-universiti - prauniversiti (imbuhan pinjaman)
anika - aneka (keselarasan vokal)
SET 3
keretapi - kereta api (kata majmuk)
pra-sejarah - prasejarah (imbuhan pinjaman)
plan - pelan (BI - BM)
SOALAN SEBENAR 2016
SET 1
dwi-tahunan - dwitahunan (imbuhan pinjaman)
aturcara - atur cara (kata majmuk)
oditorium - auditorium (BI-BM)
SET 2
bowling - boling (BI - BM)
urusetia - urus setia (kata majmuk)
pra-bayar - prabayar (imbuhan pinjaman)
SET 3
tanahair - tanah air (kata majmuk)
pra-syarat - prasyarat (imbuhan pinjaman)
kreteria - kriteria (BI - BM)
ANALISIS SOALAN SEBENAR YANG TUNTAS
1. Kebanyakan soalan menguji murid kesalahan mengeja perkataan yang melibatkan imbuhan pinjaman (juru, pra, pasca, pro, -isme, dan dwi).
2. Kesalahan yang sudah diuji ada kemungkinan diuji semula kerana kebanyakan jenis kesalahan ejaan diulang uji.
3. Kesalahan ejaan yang melibatkan kekeliruan dalam ejaan baku bahasa Melayu daripada ejaan bahasa Inggeris juga amat popular. Fikirkan perkataan bahasa Inggeris yang dibahasamelayukan dari segi ejaan tetapi belum keluar dalam PT3 pasti ada peluang diuji pada 9 Oktober 2017 nanti.
4. Kesalahan ejaan yang melibatkan kata majmuk juga mempunyai kekerapan yang tinggi sejak tahu 2014. Oleh sebab itu, murid harus menguasai kata majmuk dan kata majmuk mantap untuk mengelakkan diri daripada diperangkap oleh unsur pengganggu dalam soalan. Untuk pengganggu ialah perkataan yang dieja betul tetapi mengelirukan calon peperiksaan sehingga mereka membetulkan perkataan yang sudah dieja betul kepada perkataan yang dieja salah. Rugi tak?
5. Kebanyakan soalan PT3 mempunyai beberapa unsur pengganggu yang akan mengelirukan calon PT3. Oleh sebab itu, calon harus cakna eja untuk mengelakkan kekeliruan dan kecelaruan sewaktu menjawab soalan kesalahan ejaan dalam PT3.
RAMALAN 2017
(a) ejaan makanan (serondeng) (martabak) (nasi himpit) (mi) (kuetiau) (mihun/bihun) (popia)
(b) ejaan yang melibatkan kata majmuk (isi padu) (ulang kaji) (tengah hari) (jawatankuasa) (suruhanjaya)(kadangkala) (sering kali) (acap kali) (barangkali) (setiausaha)
(c) ejaan yang mengelirukan (taasub) (diayah) (menggembleng) (isytihar) (masjid jamik) (menyasarkan) (Ramadan) (reda)
(d) ejaan yang melibatkan imbuhan pinjaman (pro-Amerika) (juruubat)(prabayar) (pascamerdeka) (antirokok) (juruulas) (gengsterisme) (sosiobudaya) (ekaatom)(antimerokok) (ekopelancongan) (juruukur)
(e) ejaan yang melibatkan pinjaman bahasa asing (stres) (eksperimen) (e-mel / meng-e-melkan) (psikologi) (caj) (Jerman) (fotosintesis) (karbon dioksida) (apartmen)
Segala maklumat di atas berdasarkan ramalan saya. Ramalan ini dibuat berdasarkan analisis dan statistik soalan serta kekerapan jenis kesalahan ejaan yang pernah diuji dalam PT3 sejak 2014.
Selain itu, analisis di atas dan ramalan di atas juga berdasarkan soalan daripada kertas peperiksaan percubaan negeri dan sekolah yang dikongsikan dalam grup telegram guru BM PT3.
Jika ramalan di atas muncul dalam PT3, syukurlah kerana itu rezeki anak-anak dan guru-guru yang membaca analisis ini. Jika tidak, mohon jangan hamba dikecam pula! ðŸ˜œ

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.