1 October 2017

CATATAN ANALISIS DAN TIP PEPERIKSAAN BM PT3 2017 (SOALAN 1)

CATATAN ANALISIS DAN TIP PEPERIKSAAN BM PT3 2017
ANALISIS SOALAN SEBENAR BAHASA MELAYU PT3 2014-2016
(SOALAN 1 - MORFOLOGI)
SOALAN SEBENAR TAHUN 2014
(SATU KESALAHAN BAHASA)

Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan kata sendi nama "di" dengan "pada"
(b) kekeliruan penggunaan kata ganti nama diri pertama dan kedua, iaitu antara "kita" dengan "kami", "kamu" dengan "kami", dan "dia" dengan "beliau".
(c) kesalahan penggunaan bahasa istana (mandi - bersiram), (kelahiran - keputeraan), dan (memberikan - menganugerahkan).
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri pertama, kedua, dan ketiga
(e) kesalahan penggunaan frasa sendi nama "di atas" dengan "atas".
(f) kesalahan perimbangan frasa sendi nama "dari masa ke semasa" yang sepatutnya ditulis "dari masa ke masa" atau " dari semasa ke semasa"

(SOALAN 1 - SATU KESALAHAN BAHASA)
SOALAN SEBENAR TAHUN 2015
(SATU KESALAHAN BAHASA)
Soalan yang pernah diajukan adalah seperti yang berikut:
(a) kesalahan penggunaan bahasa istana (berucap- bertitah) dan (pergi-berangkat).
(b) kelewahan bahasa (semua mangsa-mangsa), (semua murid-murid), dan (beberapa orang tokoh-tokoh)
(c) unsur kelewahan kata sendi nama (demi untuk)
(d) kesalahan frasa kerja pasif diri ketiga
(e) kesalahan kata "bila" dengan "apabila"
(f) kekeliruanpenggunaan kata sendi nama "kepada" dengan "akan"

(SOALAN 1 - SATU KESALAHAN BAHASA)
(SOALAN SEBENAR TAHUN 2016)
1. bahasa istana (persetujuan - perkenan)
2. kesalahan kata penguat darjah penghabisan (paling ter- + KA)
3. Hukum DM
4. frasa kerja pasif

(SOALAN 1 - SATU KESALAHAN BAHASA)
(SOALAN RAMALAN TAHUN 2017)
1. kesalahan bahasa istana (RAMALAN TAHUNAN)
2. kesalahan frasa kerja (RAMALAN TAHUNAN)
3. unsur kelewahan bahasa (RAMALAN TAHUNAN)
4. kesalahan bahasa bilangan / penjodoh bilangan
5. kesalahan kata sendi nama
6. kesalahan kata hubung

Cukuplah 6 jenis soalan kesalahan bahasa, yang akan keluar pun hanya 4 soalan sahaja. Jika soalan ramalan saya keluar, segalanya hanya berdasarkan analisis dan kebetulan. Jika tak keluar, jangan marah pula ya...
Soalan ramalan kadangkala memberikan motivasi kepada murid untuk bekerja lebih keras sewaktu mengulang kaji untuk mata pelajaran Bahasa Melayu. Apabila ada tip atau soalan ramalan, semangat mereka berubah menjadi lebih bersedia dan matang untuk menghadapi peperiksaan.

No comments:

Post a Comment

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.