30 May 2017

SOALAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF

Ayat aktif --> ayat pasif
Soalan :
Azura telah menghasilkan beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016.
Jawapan skema :
Beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016.

SOALAN SAYA:
Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura.
Atau:
Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura.

Adakah KEDUA-DUA jawapan dapat diterima?

JAWAPAN CIKGU TAN:
Azura telah menghasilkan beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016. (ayat bersusunan biasa)


Beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016. (ayat pasif biasa)

Untuk menyongsangkannnya, kita harus mengenal pasti pecahan bahagian daripada ayt tersebut.

Beberapa buat novel - 1
telah dihasilkan oleh Azura - 2
antara tahun 2010 hingga 2016 - 3

Gunakan formula 321,312,231,213

321 = Antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura beberapa buah novel.

312 = Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura

213 = Telah dihasilkan oleh Azura beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016.

231 =  Telah dihasilkan oleh Azura antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel.

Lihat  ayat jawapan murid yang diberikan oleh Cikgu Al Humaira seperti berikut:

(1) Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016 telah dihasilkan oleh Azura.

(2) Antara tahun 2010 hingga 2016 beberapa buah novel telah dihasilkan oleh Azura

Ayat 1 = formulanya 132

Ayat 2 = formulanya 312.

Maka, ayat 1 yang bersusunan 132 tidak menepati ayat pasif bersusunan songsang kerana objek masih ada di pangkal ayat.  Selain itu, bahagian "Beberapa buah novel antara tahun 2010 hingga 2016" sudah membawa maksud yang salah seolah-olah "antara tahun 2010 hingga 2016" menjadi judul kepada novel yang ditulis oleh Azura.

KESIMPULAN:
Ayat 1: ❌
Ayat 2: ✅

1 comment:

  1. harap Cikgu boleh berkongsi jawapan untuk rumusan 1 dan 2.Terimakasih. wingskch@yahoo.com

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.