19 October 2016

KARANGAN CEMERLANG SPM - Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

Kebaikan Amalan Rumah Terbuka

            Amalan rumah terbuka sudah menjadi lumrah untuk sambutan perayaan di negara ini termasuk Hari Raya Aidilfitri, Deepavali, Tahun Baru Cina dan Hari Krismas. Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang amat sinonim dalam kehidupan mereka sejak turun-temurun.  Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan bahawa sebanyak enam perayaan kaum dianggap sebagai perayaan utama negara yang diraikan pada peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan kerajaan negeri.  Menyedari kesungguhan kerajaan untuk menganjurkan rumah terbuka pada peringkat nasional, persoalan yang sering berlegar-legar di gawang minda kita ialah apakah kepentingan-kepentingan amalan rumah terbuka?

            Sebenarnya, amalan rumah terbuka yang diwujudkan banyak memberikan kemaslahatan terutamanya dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita. Perpaduan yang terjalin sekali gus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa. Selain itu, amalan rumah terbuka memberikan makna besar kepada anggota masyarakat mengenai perpaduan yang harus wujud untuk mengelakkan sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Amalan ini juga dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang atau kerajaan. Keadaan ini persis peribahasa buang yang keruh, ambil yang jernih. Jadi, setiap kaum seperti Melayu, India, Cina, Kadazan dan sebagainya boleh berkunjung ke rumah terbuka kaum lain tanpa sebarang kekangan yang perlu dibimbangi. Kesannya, perasaan muhibah antara satu sama lain dapat mewujudkan kehidupan yang lebih harmoni. Tegasnya, konsep penyatuan antara kaum dapat dihidupkan melalui amalan rumah terbuka.

            Dari perspektif yang lain , amalan rumah terbuka dapat membantu rakyat Malaysia memahami budaya kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan agama. Amalan ini juga membolehkan setiap kaum mengenali juadah kaum-kaum lain selain didedahkan kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Maklumlah tak kenal, maka tak cinta. Sebagai contoh, orang-orang India, Cina, Iban dan Kadazan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Hal ini dapat membantu mereka mempelajari budaya kaum lain, malah budaya sihat ini juga dapat diwujudkan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Secara tidak langsung semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Tuntasnya, budaya dan adat resam kaum lain dapat dipelajari melalui amalan murni ini.
           
            Dari kaca mata yang berbeza, penganjuran rumah terbuka juga merupakan daya tarikan kepada pelancong asing yang melancong di negara kita. Mereka bukan sahaja datang ke Malaysia untuk melancong dan menikmati keindahan negara tetapi mereka juga dapat mengalami dan menghayati sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Keadaan ini bertepatan dengan kata mutiara jauh perjalanan, luas pemandangan. Dalam konteks ini, kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka Malaysia semasa Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Pesta Keamatan, Hari Gawai, Deepavali dan Krismas. Pengalaman pelancong asing meraikan perayaan-perayaan yang terdapat di Malaysia akan menjadikan nama Malaysia sentiasa meniti dari bibir ke bibir mereka sekembalinya mereka ke negara asal mereka dan sekali gus dapat merancakkan industri pelancongan negara. Izharnya, konsep rumah terbuka dapat memberikan persembahan yang harmonis di mata pelancong asing kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum dapat hidup di bawah payung keharmonian.
           
            Amalan rumah terbuka juga dapat merapatkan hubungan silaturahim dalam hubungan kekeluargaan. Hal ini dikatakan demikian kerana simboliknya amalan rumah terbuka merupakan medan pertemuan yang paling sesuai untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara ahli keluarga. Fenomena seperti ini amat dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu, bukannya semakin layu dan pudar. Tanpa konsep rumah terbuka, hubungan silaturahim dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan lesap dalam kehidupan generasi akan datang yang semakin tidak mengenali sanak-saudara mereka. Semasa menghadiri rumah terbuka, mereka akan beramah mesra dan dapat melepaskan kerinduan  di samping mendapat perkembangan terkini antara satu sama lain. Yang muda pula dapat mengenali mereka yang tua dengan lebih dekat dalam pertemuan ahli keluarga ini. Situasi ini dapat mencerminkan yang tua dihormati, yang muda disayangi. Ringkasnya, hubungan kekeluargaan dapat diperkukuh dan serinya tidak akan hilang jika amalan rumah terbuka dibudayakan.

Tempias daripada amalan rumah terbuka ini menyebabkan suburnya hubungan silaturahim dalam masyarakat. Kesibukan bekerja dan mencari nafkah menyebabkan rapuhnya institusi kejiranan yang dahulunya kukuh. Namun ikatan hubungan ini dapat kembali disuburkan melalui amalan rumah terbuka. Rumah terbuka menyediakan ruang serta peluang bagi masyarakat untuk mengenali jiran tetangga. Ghalibnya, masyarakat setempat akan dijemput menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan oleh pihak tertentu. Jiran tetangga yang sebelumnya tidak dikenali atau jarang bertemu dapat berkumpul dan berbual-bual bagi mengukuhkan hubungan yang renggang. Segala salah faham dapat diredakan melalui pertemuan serta perbincangan semasa amalan rumah terbuka. Menurut Saidina Abu Bakar, ‘Hiduplah seperti pohon kayu lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar orang dengan batu, tetapi dibalasnya dengan buah’. Malahan, hubungan antara pemimpin dan rakyat juga menjadi lebih erat apabila mereka menganjurkan majlis rumah terbuka seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Mohamad Najib bin Tun Abdul Razak setiap tahun. Jelaslah bahawa amalan rumah terbuka mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dalam kalangan anggota masyarakat. 

            Selain itu, amalan rumah terbuka juga merupakan metodologi lain bagi melihat serta merasai kepelbagaian masakan.  Rumah terbuka yang dianjurkan di negara kita telah memberikan kelebihan kepada masyarakat peribuminya. Setiap perayaan mempunyai corak atau cara sambutan yang berbeza-beza, maka heterogen adat dan tradisi mula diketengahkan menyebabkan masyarakat kini mampu mengenalinya secara dekat. Keunikan adat dan tradisi yang diamalkan telah menjadi faktor penarik bagi masyarakat lain untuk mula menyesuaikan diri serta merasai kepelbagaian juadah yang disajikan. Sebagai contoh, rumah terbuka bagi masyarakat Iban biasanya menyajikan sagu, manakala masyarakat India pula mementingkan manisan. Tetamu yang menghadirinya pasti teruja apabila mereka dapat merasai juadah yang berbeza dan pelbagai, justeru tradisi dapat terus dipertahankan, bak kata aforisme Melayu, biar mati anak, jangan mati adat. Berakar umbi daripada amalan inilah masyaralat dapat melihat serta merasai kepelbagaian aneka masakan daripada latar masyarakat yang berbeza. Hal ini menyebabkan tradisi bangsa terus kukuh.

               Pada kaca mata berbeza, pendapatan negara semakin meningkat apabila industri pelancongan di negara kita semakin maju. Pelancong asing akan bertandang ke negara kita kerana mereka teruja akan cara-cara masyarakat majmuk menyambut rumah terbuka. Jabatan Perangkaaan Negara juga menjelaskan bahawa hasil terimaan pelancong meningkat sebanyak 3.1 peratus pada tahun 2011 dan dijangka akan terus meningkat saban tahun. Rumah terbuka dapat menjadi salah satu platform dalam meningkatkan industri pelancongan Malaysia. Selain itu, sikap toleransi dan persefahaman multi etnik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia sudah menjadi salah satu daya tarikan yang kuat dalam kalangan pelancong asing kerana konsep yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing telah lama sebati dan menjadi pegangan utuh masyarakat kita. Pelancong juga sudah tentu teringin melihat kebudayaan yang sebelum ini belum pernah dilihat. Hal ini disebabkan segala kebudayaan yang unik ini dipersembahkan dalam bentuk yang asli. Tuan rumah dan tetamu yang hadir mengenakan pakaian tradisi masing-masing. Juadah yang dihidangkan juga mengutamakan hidangan tradisi, maka masyarakat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa dapat menyelami budaya semua kaum di negara ini dengan lebih dekat. Hasilnya, kesemua keunikan ini telah menjadi magnet tarikan kepada pelancong.

            Malahan, amalan ini juga dilihat telah menyumbang kepada pembentukan identiti Malaysia melalui budaya bangsa nasional. Sebenarnya, rumah terbuka berlandaskan konsep seruan beragama dan adat budaya kaum masing-masing. Namun demikian, perayaan masing-masing telah diasimilasikan sehingga melahirkan budaya bangsa secara nasional. Senario ini bermakna perayaan negara kita telah berkonsep ala- Malaysia. Pertembungan budaya antara dua atau lebih budaya sebenarnya membawa kepentingan kepada semua pihak. Tamsilnya, masyarakat Cina tidak menyediakan hidangan yang tidak boleh dijamah oleh masyarakat Melayu dan begitu juga dengan masyarakat India. Pertembungan budaya ini sebenarnya bertujuan menjaga perasaan sahabat handai. Hal ini disebabkan penghormatan itu merupakan asas keharmonian, perpaduan dan kesejahteraan hidup. Keindahan, keunikan dan kehalusan budaya ini akan menyebabkan generasi baru berasa banggsa dengan warisan yang dimiliki selagi adat ini tidak lapuk dek hujan, tidak lekang dek panas. Kebudayaan kebangsaan Malaysia akan diwujudkan dan kebudayaan ini akan menjadi identiti rakyat Malaysia.

            Setelah menghalusi hujah-hujah di atas, bayang kian jelas bahawa amalan rumah terbuka memang banyak membawa  manfaat kepada masyarakat dan negara. Oleh itu, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, kemungkinan amalan ini akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu menjadi seperti rumah sudah siap pahat berbunyi  apabila menganjurkan rumah terbuka. Jika amalan murni ini dibudayakan, sudah pasti hasrat negara untuk mencapai Gagasan 1Malaysia akan menjadi realiti dan bukannya angan-angan Mat Jenin. Walaupun negara kita merupakan satu titik kecil dalam peta dunia, namun usaha kerajaan untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang bangsa dapat dijadikan teladan kepada negara-negara di dunia.


46 comments:

  1. masyaralat

    masyaralat pon boleh

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. terima kaci ciku gomawo woshi woshi

    ReplyDelete
  4. sangat menarik... terima kasih cikgu

    ReplyDelete
  5. Ada dua perkataan TYPo , Masyaralat dan banggsa

    ReplyDelete
  6. hahahah karaunya, yg unknown tu budak SMK tawau II kan? btw thnks cikgu!

    ReplyDelete
  7. niceeeee content (^_^)

    ReplyDelete
  8. Thank youuuuuu teacher! Its helps me a lot ��

    ReplyDelete
  9. Thanks for your help~~

    ReplyDelete
  10. vvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvvery nice

    ReplyDelete
  11. Cikgu boleh tak buat contoh karangan, kepentingan perhimpunan rasmi sekolah

    ReplyDelete
  12. Baik nak mampus karangan ni.X pyah aku nk pening2 buat sendiri

    ReplyDelete
  13. Terima kasih sebab bantu den siapkan hw den.. Buat somak je hw ni

    ReplyDelete
  14. karangan yang mantap dan isi yang menarik!!

    ReplyDelete
  15. Saya nk tanya apa maksud izharnya?

    ReplyDelete
  16. Tak ada dalam bahasa inggeris

    ReplyDelete
  17. Wah bagus nye saya dapat menguasainya

    ReplyDelete
  18. Sangat menepati kehendak soalan 👍terima kasih untuk perkongsian

    ReplyDelete
  19. cina babi copy kat page org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dia copy Pon ade menyusahkan hidup ke🤔

      Delete
  20. terima kasih cikgu sebab karangan ini banyak membantu apabila saya nak buat karangan tentang topik ini!

    ReplyDelete
  21. Terima kasih sbb share karangan ni.In fact memang sangat membantu betul..

    ReplyDelete
  22. Panjangnya..biasanya 6 perenggan tapi ni 10 perenggan 🙂

    ReplyDelete
  23. all the best batch 04

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.