INFO BAHASA
PERBEZAAN ANTARA "MEMBAIKI", "MEMPERBAIKI" DENGAN "MEMPERBAIK"

Secara umumnya, banyak pengguna bahasa waima guru subjek Bahasa Melayu sendiri turut menggunakan kata kerja membaiki, memperbaiki, dan memperbaik dengan cara yang salah. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan mereka beranggapan bahawa perkataan "membaiki" dan "memperbaiki" membawa maksud yang sama.
Sebenarnya, maksud ketiga-tiga perkataan itu ada perbezaan yang besar. Lihat makna perkataan tersebut mengikut Kamus Dewan Edisi Ketiga seperti yang berikut:
membaiki = membetulkan apa-apa yang rosak, salah dan sebagainya
memperbaiki = (sastera lama) berbuat baik kepada
memperbaik = menjadikan bertambah baik (bagus, rapi dan sebagainya)

Antara kesilapan pengguna bahasa dan pembetulannya:
1.
Ali membaiki kereta yang rosak. (betul)
Ali memperbaiki kereta yang rosak. (salah)

2.
Teoh memperbaik tulisannya yang cakar ayam. (betul)
Teoh membaiki tulisannya yang cakar ayam. (salah)

3.
Dashmita memperbaiki orang tuanya dengan mentaati mereka. (betul)
Dashmita memperbaik orang tuanya dengan mentaati mereka. (salah)

4.
Pihak kerajaan tempatan itu membaiki kerosakan jalan raya. (betul)
Pihak kerajaan tempatan itu memperbaiki kerosakan jalan raya. (salah)

5.
Ayah pandai membaiki kerosakan alat elektronik. (betul)
Ayah pandai memperbaiki kerosakan alat elektronik. (salah)

6.
Abang Zul memperbaik sistem audio keretanya di kesai aksesori. (betul)
Abang Zul memperbaiki sistem audio keretanya di kesai aksesori. (salah)

Sudah jelas dan mudah, bukan?
Saya berharap agar anda semua mendapat pencerahan tentang perbezaan antara membaiki, memperbaiki, dan memperbaik.

Selamat belajar dan ingatlah bahawa betulkan yang salah, biasakan yang betul.
Selamat pagi dan salam bahasa jiwa bangsa!

Thanks
ReplyDelete