PENGUNAAN KATA GANTI NAMA DIRI SINGKAT
Kata ganti nama diri singkat lazimnya disalah tulis oleh pengguna bahasa. Hal ini dikatakan demikian kerana pengguna bahasa beranggapan bahawa cara menulis kata ganti nama diri biasa dan singkat adalah sama. Lihat beberapa cointoh kesilapan di bawah:
1. *Beg ini perlu kau bawa esok.
2. *Lantai ini mesti kau mop.
3. *Kertas itu mesti ku ambil daripadanya.
4. *Lukisan itu ada pada mu.
2. *Lantai ini mesti kau mop.
3. *Kertas itu mesti ku ambil daripadanya.
4. *Lukisan itu ada pada mu.
Kata ganti nama ku, mu, dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya.
Kata ganti nama diri kau ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif maka itu ditulis bercantum.
Contohnya:
1.
Kau bacalah buku ini. (salah)
Kaubacalah buku ini. (betul)
1.
Kau bacalah buku ini. (salah)
Kaubacalah buku ini. (betul)
2.
Cek itu sudah kau terima? (salah)
Cek itu sudah kauterima? (betul)
Cek itu sudah kau terima? (salah)
Cek itu sudah kauterima? (betul)
Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya.
Contohnya:
3.
Bintang di langit ku lihat bersamanya. (salah)
Bintang di langit kulihat bersamanya. (betul)
3.
Bintang di langit ku lihat bersamanya. (salah)
Bintang di langit kulihat bersamanya. (betul)
4.
Berita itu tidak habis-habis ku dengar. (salah)
Berita itu tidak habis-habis kudengar. (betul)
Berita itu tidak habis-habis ku dengar. (salah)
Berita itu tidak habis-habis kudengar. (betul)
5.
Di situlah rumah ku. (salah)
Di situlah rumahku (betul)
Di situlah rumah ku. (salah)
Di situlah rumahku (betul)
6.
Ayah menemani ku belajar Matematik. (salah)
Ayah menemaniku belajar Matematik. (betul)
Ayah menemani ku belajar Matematik. (salah)
Ayah menemaniku belajar Matematik. (betul)
Bagi kata ganti nama diri mu pula (kependekan kamu), digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya.
Contohnya:
7.
Surat ini sudah kuberi kepada mu (salah)
Surat ini sudah kuberi kepadamu. (betul)
7.
Surat ini sudah kuberi kepada mu (salah)
Surat ini sudah kuberi kepadamu. (betul)
8.
Adakah ini buku mu? (salah)
Adakah ini bukumu? (betul)
Adakah ini buku mu? (salah)
Adakah ini bukumu? (betul)
9.
Ibu dan ayah amat menyayangi mu. (salah)
Ibu dan ayah amat menyayangimu. (betul)
Ibu dan ayah amat menyayangi mu. (salah)
Ibu dan ayah amat menyayangimu. (betul)
LATIH TUBI:
Betulkan kesalahan dalam ayat-ayat di bawah:
1. *Beg ini perlu kau bawa esok.
2. *Lantai ini mesti kau mop.
3. *Kertas itu mesti ku ambil daripadanya.
4. *Lukisan itu ada pada mu.
Betulkan kesalahan dalam ayat-ayat di bawah:
1. *Beg ini perlu kau bawa esok.
2. *Lantai ini mesti kau mop.
3. *Kertas itu mesti ku ambil daripadanya.
4. *Lukisan itu ada pada mu.
Selamat mencuba!
Sekian untuk hari ini.
No comments:
Post a Comment
SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.