SENARAI PERIBAHASA UNTUK SOALAN SPM SEBENAR 2005 - 2011
|
||
NO
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
1
|
bagai aur dengan tebing
|
bekerjasama dan menjalin hubungan yang erat
|
2
|
a)
bagai dakwat
dengan kertas
b)
bagai isi dengan
kuku
|
hubungan yang rapat dan tidak dalam dipisahkan lagi
|
3
|
a)
bagai ikan pulang
ke lubuk
b)
bagai belut
pulang ke lumpur
c)
bagai sirih
pulang ke gagang
d)
bagai gagak
pulang ke benua
e)
setinggi-tinggi
terbangnya bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau juga
|
orang yang merantau (pergi ke sesuatu tempat) akhirnya kembali ke tempat
asal
|
4
|
bagai menatang minyak yang penuh
|
menjaga anak dengan kasih sayang dan penuh perhatian
|
5
|
a)
bagai pinang
dibelah dua
b)
bagai cincin
dengan permata
|
pasangan yang sepadan dan secocok
|
6
|
a)
bahasa jiwa
bangsa
b)
bahasa
menunjukkan bangsa
c)
hilang bahasa lenyaplah
bangsa
|
bahasa merupakan identiti sesuatu bangsa yang harus digunakan dengan
betul
|
7
|
benih yang baik, jatuh ke laut menjadi pulau
|
seseorang yang berasal daripada keturunan yang baik, ke mana-mana pun
akan menjadi baik
|
8
|
berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
|
hanya orang yang menanggung penderitaan tahu akan keperitannya
|
9
|
a)
bertepuk sebelah
tangan tidak akan berbunyi
b)
pokok tidak akan
bergoyang kalau angin tidak bertiup
|
sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
|
10
|
a)
di mana bumi
dipijak, di situlah langit dijunjung
b)
masuk ke kandang
kambing mengembek, masuk ke kandang kerbau menguak
|
menghormati adat resam dan kebudayaan di tempat yang kita tujui
|
11
|
a)
hati gajah sama
dilapah, hati kuman sama dicecah
b)
berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing
c)
ke bukit sama
didaki, ke lurah sama dituruni
d)
terendam sama
basah, terampai sama kering
|
sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan
|
12
|
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
|
orang yang ingin membuat sesuatu akan berusaha untuk melakukannya
manakala orang yang tidak mahu membuat sesuatu akan memberikan alasan atau
berdolak-dalik apabila disuruh membuat sesuatu.
|
13
|
jauh perjalanan luas pemandangan
|
pengalaman dapat ditimba melalui pelancongan atau penjelajahan ke luar
negara
|
14
|
mata pena lebih tajam daripada mata pedang
|
kata-kata seseorang atau hasil tulisan dalam media memberikan kesan yang
lebih baik.
|
15
|
a)
muafakat membawa
berkat
b)
bersekutu
bertambah mutu
c)
bulat air kerana
pembetung, bulat manusia kerana muafakat
|
Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh.
|
16
|
pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
|
golongan muda merupakan tenaga muda yang penting untuk membangunkan
negara
|
17
|
seperti air dalam kolam
|
perasaan tenang
|
18
|
seperti burung di dalam sangkar emas
|
hidup mewah tetapi tidak mendapat kebebasan
|
19
|
ukur baju di badan sendiri
|
perbelanjaan haruslah bersesuaian dengan pendapatan kita
|
20
|
a)
usaha tangga
kejayaan
b)
asal ditugal
adalah benih
c)
rajin usaha
tangga kejayaan
|
manusia yang gigih berusaha akan mencapai kecemerlangan dan kejayaan
dalam bidang yang diceburinya.
|
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Cg, bulat air kerana
ReplyDeleteCg, bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat betul tak?
DeleteBruh
DeleteApa peribahasa yang sesuai untuk sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukannya
ReplyDeleteApabila bermuafakat , sesuatu kejayaan mudah dicapai
ReplyDeleteApa prinahasa yg sesuai dengan sesuatu yang tidak akan terjadi jika satu pihak sahaja yang melakukan
ReplyDelete