NO
|
PERIBAHASA
|
MAKSUD
|
1
|
bagai kaca terhempas
ke batu
|
sangat sedih
|
2
|
bagai menatang minyak
yang penuh
|
menjaga dengan penuh kasih sayang
|
3
|
berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing
|
sama-sama menghadapi kesusahan dan kesenangan
|
4
|
ingat sebelum kena, jimat
sebelum habis
|
berjimat cermat sementara ada wang
|
5
|
kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang
|
hidup miskin dan melarat
|
6
|
kecil tapak tangan,
nyiru ditadahkan
|
berterima kasih atas bantuan orang
|
7
|
kerana pulut santan
binasa, kerana mulut badan binasa
|
kerana salah cakap, imej diri tercemar
|
8
|
kuman di seberang laut
nampak, gajah di depan mata tak nampak
|
kesalahan orang lain yang kecil nampak,
kesalahan sendiri yang ketara tak nampak
|
9
|
menangguk di air keruh
|
mengambil peluang atau kesempatan sewaktu
orang lain menghadapi masalah
|
10
|
mendapat durian runtuh
|
mendapat bonus
|
11
|
menjaga tepi kain
orang
|
suka mencampuri urusan orang lain
|
12
|
pisang tidak akan
berbuah dua kali
|
tidak mahu mengulangi kesalahan yang sama
|
13
|
sediakan payung
sebelum hujan
|
membuat persediaan rapi untuk menghadapi
sesuatu
|
14
|
sekali jalan sesat,
dua kali jalan tahu
|
tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama
|
15
|
seperti cacing menjadi
naga
|
tidak berkuasa dan berpura-pura berkuasa
|
16
|
seperti pahat dengan
penukul
|
hanya membuat kerja apabila dipaksa atau
disuruh
|
17
|
sudah gaharu cendana
pula, sudah tahu bertanya pula
|
seseorang yang berpura-pura ingin tahu sesuatu
perkara walaupun dia sudah mengetahuinya
|
18
|
yang baik dijadikan
teladan, yang buruk dijadikan sempadan
|
perkara yang baik dijadikan contoh dan perkara
yang tidak baik dijauhi
|
Di dunia yang penuh onak dan duri cabaran ini, tidak pernah ada seorang guru pun yang sanggup melihat anak muridnya gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh sebab itu, saya diberi dorongan dan sokongan padu oleh murid-murid kesayangan saya untuk membuka laman web yang bertujuan murni. Laman ini bukan sahaja dapat memanfaatkan murid-murid kepada skema pemarkahan, tetapi juga dapat memberikan gambaran sebenar permintaan soalan dalam peperiksaan.
Cikgu, bolehkah saya tanya adakah soalan peribahasa SPM keluar daripada buku teks tingkatan 4 & 5 saja?
ReplyDeleteYA
ReplyDeleteDari buku teks SAHAJA ke cikgu
DeleteCikgu,saya lemah bhgian tatabahasa kertas 2.Jadi cikgu ada tips nk kongsi dgn saya utk skor dlm kertas 2?
ReplyDeleteterima kasih cikgu kerana telah membantu saya dalam memahami kesemua maksud peribahasa yang saya tidak faham
ReplyDeleteTerima kasih cikgu.. Semua yg ada dalam blog ini amat membantu saya..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSAYA HENDAK TANYA PERIBAHASA SKRG MASIHMENGGUNAKAN BUKU TEKAS JUGA KE
ReplyDeleteEsok sudah exam. Terima kasih cikgu kerana bagi peribahasa yang penting dengan maksud sekali.
ReplyDeleteTerima kasih sebab berkongsi peribahasa ni cikgu. Saya share semula.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu kerana berkongsi.senang faham kerana ada maksud dia sekali terima kasih cikgu.
ReplyDeleteTerima kasih cikgu😇
ReplyDeleteSalam cikgu.. no 14 tu macam xsesuai je
ReplyDeleteTerima kasih cikgu
ReplyDelete