21 August 2014

INDAHNYA BAHASA - KEPELBAGAIAN KATA KERJA

MEMASAK
1.              menumis
2.              menggoreng
3.              menanak
4.              menjerang
5.              mereneh
6.              membakar
7.              mengukus
8.              menggulai
9.              merebus
10.       menyalai
11.       mengadun
12.       menggelek
13.       menebar
14.       menggaul
15.       membarbeku
16.       merojak
17.       menumbuk
18.       memanggang
19.       mendiang
20.       menggiling
  
KATA KERJA “POTONG”
21.       memotong
22.       menggunting
23.       menebas
24.       mencantas
25.       menakik
26.       meracik
27.       mencincang
28.       membelah
29.       melapah
30.       menyembelih
31.       memetik
32.       menghiris
33.       memecahkan
34.       menabak
35.       mengamputasi
36.       mengagihkan
37.       membahagikan
38.       menajinkan
39.       menakma
40.       menancapkan


Isi tempat kosong dengan kata kerja yang paling sesuai.


1.       Ibu sedang sibuk _________________ cili untuk ditumis menjadi sambal.
2.       Pada hari jadi adik, kami ______________________ kepak ayam dengan gembira di pantai Port Dickson.
3.       Hang Tuah ___________________ batang pokok dengan sebilah parang supaya mudah untuknya memanjat pokok tersebut.
4.       Wanita yang berada di dapur sibuk _________________ kari ayam untuk dijadikan hidangan berbuka puasa beramai-ramai.
5.       Pekerja di kebun bunga itu __________________ bunga untuk dijual di pasar pagi.
6.       Ketua tingkatan ____________________ tugas membersihkan kelas kepada semua pelajar kelas 5 Sains 1.
7.       Pada musim perayaan Aidilfitri dan Hari Raya Haji, banyak peniaga yang ___________________ lemang dan merebus ketupat untuk dijual.
8.       Amalan ________________________ sirih masih diamalkan olek datuk dan nenek saya kerana mereka sudah biasa dengan makanan tradisional itu.
9.       Ayah terpaksa _________________ tingkat kerekanya untuk mengeluarkan adik yang terkunci dari dalam kereta.
10.  Sebelum memasukkan sayur, ibu ________________ bawang merah dan bawang putih untuk meningkatkan kesedapan sayur.
11.  Adik menitiskan air mata ketika _________________ bawang yang dikatakan memedihkan mata.
12.  Pembantu rumah Dato’ Sharizat _______________ telur dan sosej untuk dijadikan sarapan harian mereka sekeluarga.
13.  Pada sambutan Hari Raya Korban, penduduk kampung ______________ lembu dan kambing untuk dikorbankan dan disedekahkan.
14.  Pelancong asing itu terpegun apabila melihat pemuda itu _______________ roti canai di depan kedainya.
15.  Ibu______________ daging kepada ketulan-ketulan kecil sebelum memasak kari.
16.  Masyarakat Cina suka _______________ sup dan herba untuk kebaikan kesihatan mereka.
17.  Pemilik kedai kopi itu _______________ roti dan menyediakan telur setengah masak untuk dihidangkan kepada pelanggannya.
18.  Saya dan kakak ________________ adunan untuk dibuat kuih tart nanas dan samprit.
19.  Tukan kebun itu sedang sibuk _______________ rumput di halaman rumah tuannya.
20.  Mesin yang digunakan untuk __________________ doh untuk dibuat roti itu mahal.
21.  Ibu yang sedang _______________ nasi di dapur tidak sedar akan kepulangan ayah dari luar negara.
22.  Kakak sedang ____________________ kuah kari sementara abang sedang menjaga api kayu yang dinyalakan dengan arang.
23.  Pekevun itu sedang _________________ dahan pokok limau supaya kelihatan kemas dan cantik untuk hiasa Tahun Baharu Cina.
24.  Banyak peniaga sambilan yang ____________________ daging untuk dijual bagi mencari rezeki sempena ketibaan Tahun Baharu Cina.
25.  Ibu _______________ daging ayam itu sehingga halus-halus sebelum memasukkannya ke dalam periuk yang berisi bubur nasi.
26.  Setiausaha Datin Seri Rosmah sedang ______________ air untuk menyediakan minuman panas untuk tetamu yang hadir di pejabat beliau.
27.  Peniaga dobi itu ___________ pakaian dengan air kanji supaya pakaian yang diseterikanya licin dan keras.
28.  Ayah sedang ______________ ayam selepas membaca doa.
29.  Abang Kamil sedang ___________________ lalang di tepi rumah untuk mengelakkan ular memasuki rumah mereka.
30.  Orang tua itu _________________ tongkatnya di tanah lalu duduk di banku taman permainan itu.
31.  Doktor terpaksa _________________ kaki nenek yang dijangkiti bakteria akibat penyakit kencing manisnya.
32.  Orang Asli itu ___________________ seekor rusa dengan lembing buatan sendiri.
33.  Pasukan pengakap itu sedang __________________ kayu untuk dijadikan kayu api memasak.
34.  Pihak berkuasa akan ___________________ wang derma kepada mangsa banjir di Pantai Timur.
35.  Ibu saya suka ________________ kuih pao untuk dijadikan sarapan pagi yang sihat.
36.  Juruelektrik itu sedang _______________________ wayar dan kabel sebelum memasang suis lampu tersebut.
37.  Kakak __________________ ubi sehingga empuk untuk dijadikan sajian makan petang bersama air kopi yang panas.
38.  Pekerja salun itu sedang ___________________ rambut pelanggannya sambil berbual-bual mesra.
39.  Tukang masak itu sedang ______________________ cili api dengan batu lesungn utuk dijadikan sambal belacan.

40.  Ayah sedang _____________________ daging ayam belanda sempena sambutan Hari Krismas.

1 comment:

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.