14 July 2008

Sepandai-pandai Tupai Melompat, Akhirnya Jatuh ke Tanah Juga!

Banyak pelajar yang gagal menyiapkan tugasan yang telah saya berikan kerana faktor kemalasan. Alasan ini memang sukar saya terima. Hal ini demikian kerana jangka watu yang saya berikan kepada pelajar adalah cukup. Jangan membuang masa dengan membuat perkara yang tidak memberi faedah. Saya sentiasa berlaku adil. Pelajar yang telah menyiapkan tugasannya akan saya sayangi manakala pelajar yang tidak membuat tugasannya akan saya pampangkan mukanya dalam laman blog ini. Tujuan saya bukan untuk memalukan anda, hanya memberi amaran keinsafan kepada anda kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna"!
Kedua-dua pelajar di atas sudah menyiapkan tugasan mereka walaupun lambat. Namun, saya memilih gambar mereka kerana kemanisan ketawa walaupun diambil gambar "TAK SIAP KERJA"!
S... S.. Sy, mana kerja awak? sampai hari ini pun belum nampak! Padan Muka!

Wahai "Timbalan".... inikah dinamakan "mengajar ketam berjalan betul?"

Malu nak tunjukkan muka? Lain kali... kalau tak siap... SIAP awak!
Setiap tindakan saya bukan bererti untuk menghina, memalukan atau mencabul hak asasi, tetapi bertujuan untuk mengajar anda menjadi pelajar yang lebih baik!








4 comments:

  1. Cikgu, terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat tentang penanda wacana.Soalan saya ialah,bolehkah pelajar2 PMR menggunakan penanda wacana yang cikgu berikan dalam tugasan mereka,contohnya dalam ringkasan? Berdasarkan maklumat yang saya terima daripada pemeriksa PMR,penanda wacana yang digunakan untuk ringkasan adalah seperti:Antaranya,Seterusnya,Di samping itu,Selain itu, dan Akhirnya. T.kasih
    Veni,Puchong

    ReplyDelete
  2. C'gu boleh tolong emailkan senarai penanda wacana kepada saya?
    krishnasmksas@gmail.com
    T.kasih
    Veni,Puchong

    ReplyDelete
  3. C'gu,boleh tolong emailkan senarai penanda wacana ini kepada saya?
    krishnasmksas@gmail.com
    T.kasih
    Veni,Puchong

    ReplyDelete
  4. Memang kreatif CikguTan Dalam mendidik anak bangsa menjawab tugasan mereka...tahniah cikgu

    ReplyDelete

SILA HANTAR E-MEL KEPADA cikgutancl@hotmail.com ATAU HUBUNGI SAYA MELALUI SMS DALAM TALIAN 0122099440 JIKA ADA SOALAN ATAU PERTANYAAN.