Soalan:
Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan.
Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita, iaitu di sebelah, di hadapan, dan juga di belakang rumah kita. Jika kita tinggal di dalam satu taman atau di sebuah kampung yang sama, mereka akan dikenali sebagai jiran tetangga kita. Jiran sangat penting kerana merekalah yang akan menjadi sahabat kita dan orang yang akan membantu kita apabila kita menghadapi kesusahan nanti. Pepatah Melayu ada mengatakan bahawa "Jiran sepakat membawa berkat". Jadi, kita perlulah mengukuhkan semangat kejiranan supaya kita sentiasa bersatu hati dalam melakukan sesuatu perkara. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar hendaklah diambil untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat.
Langkah primer yang harus diambil ialah mengadakan aktiviti gotong-royong. Melalui aktiviti gotong-royong, jiran dapat berkumpul dan bekerjasama sambil berbincang tentang aktiviti yang akan dilakukan. Apabila berkumpul dan berbincang, mereka akan dapat berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain yang sekali gus membolehkan seseorang itu mengenal hati budi jiran mereka dengan lebih dekat. Hal ini dapat digambarkan melalui pepatah Melayu yang mengatakan bahawa “tak kenal maka tak cinta”. Sebagai contoh, aktiviti yang boleh diadakan secara bergotong-royong ialah membersihkan kawasan taman, menyediakan hidangan untuk kenduri-kendara, dan sebagainya. Melalui cara ini, kita dapat menjalinkan dan meningkatkan hubungan sesama jiran.
Selain itu, kita juga hendaklah mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan. Amalan ini dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. Melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanya khabar dan bercerita tentang pengalaman dengan lebih dekat. Seterusnya, melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Tegasnya, majlis rumah terbuka mampu mendekatkan ahli masyarakat untuk bertemu muka dan berkenalan dengan lebih erat lagi.
Di samping itu, kita juga hendaklah mengadakan aktiviti Hari Keluarga untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Semasa aktiviti ini diadakan, semua ahli keluarga jiran akan turut serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti seperti berkayak, memasukkan air ke dalam botol, terompah gajah, dan sebagainya. Apabila aktiviti Hari Keluarga diadakan, kemesraan akan terjalin bukan sahaja antara ibu dengan bapa, malah anak-anak juga. Aktiviti seperti ini hendaklah diadakan di padang bola sepak, gelanggang bola tampar, taman rekreasi, atau padang sekolah yang berhampiran. Jadi, melalui aktiviti ini, hubungan yang erat sesama jiran dapat dibentuk yang secara tidak langsung akan menimbulkan perasaan ingin membantu antara satu dengan yang lain seperti yang terungkap dalam peribahasa Melayu ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni.
Bukan itu sahaja, kita juga harus menggalakkan rakyat supaya melibatkan diri dalam aktiviti sosial seperti persatuan atau pertubuhan. Penduduk setempat mestilah membentuk satu persatuan yang mempunyai satu sistem organisasi yang teratur. Persatuan atau pertubuhan ini hendaklah melibatkan semua penduduk sebagai ahli. Dewasa ini, banyak pertubuhan sukarela ditubuhkan dalam masyarakat seperti Pertubuhan Rukun Tetangga, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Pertubuhan Khairat Kematian, dan sebagainya. Sebagai contoh, melalui Pertubuhan Rukun Tetangga, masyarakat setempat secara bergilir-gilir mengawasi keselamatan taman untuk mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku. Hal ini dapat kita lihat dalam peribahasa Melayu, iaitu ibarat aur dengan tebing yang mementingkan semangat sandar-menyandar atau saling membantu dalam kehidupan.

Seterusnya, kita mestilah menyemarakkan budaya kunjung-mengunjung dalam kalangan rakyat sebagai langkah untuk memupuk dan mengekalkan semangat kejiranan. Dalam hidup bermasyarakat, kita digalakkan menziarahi jiran kita. Melalui aktiviti ini, kita akan mengetahui masalah dan kesusahan yang dialami oleh jiran kita. Sebagai contoh, kita perlu berkunjung ke hospital jika kita mendapat berita bahawa jiran kita dimasukkan ke hospital kerana menghidap sesuatu penyakit atau kemalangan. Walaupun pepatah Melayu ada mengatakan bahawa berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya, namun sebagai jiran, kita mestilah berpegang pada prinsip cubit paha kiri, paha kanan terasa juga. Maksudnya ialah jika kita mempunyai semangat kejiranan yang tinggi, kita akan dapat merasai segala kesusahan dan keperitan yang dialami oleh jiran kita. Jadi, melalui lawatan kita itu, sekurang-kurangnya kita dapat meringankan penderitaan yang dialami oleh jiran kita itu.
Kesimpulannya, kita perlu memupuk semangat kejiranan dalam kalangan penduduk setempat. Dalam era globalisasi ini, sikap mementingkan diri sendiri dan sikap tidak mempedulikan orang lain semakin menebal seperti yang terkandung dalam pepatah Melayu “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing”. Jika hal ini dibiarkan, semangat kejiranan akan luntur dan seterusnya akan menjejaskan perpaduan negara. Ada pepatah yang mengatakan bahawa “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Oleh itu, dengan meningkatkan semangat kejiranan, perpaduan akan bertambah utuh dan teguh. Jadi, dalam setiap masa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk memastikan semangat kejiranan sentiasa terpelihara supaya negara kita sentiasa aman, harmoni dan sejahtera.
Karya Munsyi Dewan
karangan yg cukup menarik, padat dgn isi..terima kasih.
ReplyDeletelu ki si la
DeleteYes... You're right
DeleteU posted this comment on my birthday 🎂
ni skrg dah menjadi karangan pt3 hahahaha
DeleteHai
Deletepada pengetahuan sy,pmbuka dan penutup kata hanya dgunakn untuk b.inggeris shj.peribahasa tdk mmerlukn pmbuka dan pnutup kata.
ReplyDeleteTu la pasal . Tapi yg buat ni munsyi dewan kot
DeleteTu la pasal . Tapi yg buat ni munsyi dewan kot
Deleteberdasarkan pengalaman saya belajar dgan mak saya yg sekarg ni adalah pensyarah sastera..mmg akan diajar meletakkan peribahasa pada awal dan akhir krgan..itu adalah yg seeloknya..
DeleteNaka ko bodo?
DeletePah gno preh lagutu ?? Skalo bereh
Deletemaaf menyibuk . tpi pembelajaran skrang perlu berfikir aras tinggi , lebih bnyak berfikir that way kena letak peribahasa untuk mengukuhkan ayat dan mendapat markah yang lebih
DeleteMaaf sye nk tanya...mana selipar saye?
DeleteYeke ke
DeleteAda peribahasa la
Deleteterima kasih di atas karangan yg padat dgn isi dan mempunyai byk pribahasa
ReplyDeleteYa.. Betul
Deleteini mungkin keluar PMR tahun ini tau?
ReplyDeleteYe ke skrang dah zman pt3 bkan p.r dah ahahaghahahahaha LOL
Deletedia comment tahun 2010 tu.. xnmpk ke kau yang LOL
Deletehahaaaahah
Deleteterima kasih....menarik !
ReplyDeletesangat berguna..isi yang padat dan menarik.
ReplyDeletehello,,
ReplyDeletekrgn ini adalahkrgn terbaik yg prnh sy bce,,,
kalau bleysye nk bljrbgaimne mhu mnciptasebuahkrgnspti ini
karangan padat dgn isi..
ReplyDeletesaya dpt byk pengetahuan utk
m'buat karangan..
tq
karangan ni bagus..menepati tajuk..sy suka cgt dgn isi2nya..wlaupun krangan ni nmpak simple,,tp isi2nya semua padat..thank ep kpd ckgu..sy akn cuba blajar utk menulis krngan mcm ni..doakn sy mdapat A+ spm tahun ni <2011>..tq again ckgu
ReplyDeleteTerima kasih cikgu sebab bagi contoh karangan yang bagus dan sebaik ini . Even karangan ne simple , tapi memang okay ! Penggunaan peribahasa pun sesuai dengan isi-isi. Terima kasih sekali lagi cikgu :)
ReplyDeletetq cikgu...sye dpat siapkan omwerk syer dgan krangan contoh ni...
ReplyDeletebdk oatkrunch cakap
ReplyDeletekarangan ni ok
padat dgn isi
tp...
saya tak nmpak lagi frasa menarik dlm karangan ni..
mmg ada tp tak sebanyak yang cg saya suruh tulis..
tp trima kasih di ats krngn ni...isinya pada dan olahannya menarik..
mungkin ini satu usaha saya untuk memantapkan karangangan saya
ReplyDeletebanyak peribahasa...
ReplyDeleteterima kasih ...
=)
Berapa patah perkataan ye karangan ni?
ReplyDeleteUnlimit
Deletekarangan yg menarik...
ReplyDeletetarima kasih , (:
ReplyDeletekarangan yang menarik. harap spm tahun ini keluar tajuk karangan ini. karangan padat dengan isi dan peribahasa. tq
ReplyDeletekarangan yang menarik dan padat dengan peribahasa. harap spm tahun ini keluar tajuk ini. tq
ReplyDeletekarangan yang menarik.. insyaallah dpt wt karangan cm nieyh dlm spm 14 hb nieyh. ituu pown kalau tajuk isu kejiranan keluar sebijik cm nieyh, alhamdulillah laaa..
ReplyDeletebagus karangan ni . Saya akan apply utk paper Bm esok . Harap keluar . Terima kasih cikgu :)
ReplyDeletemintak mintak keluar soalan ni esok..
ReplyDeleteterima kasih cikgu. ayat yg gramatis. harap2 keluar esok
ReplyDeleteinteresting point....
ReplyDeletethanx so much....
that will help me to improve my essay...i hope this essay will come out tomorrow.....
thanks sebab bagi sye tiru karangan ni.hehehe...
ReplyDeletetme ksh,, byk isi yg sye dpt
ReplyDeletesangat berguna untuk dibuat rujukan..
ReplyDelete:thisguy:
dapat menolong karangan saye..thank u very much..gumawo:)
ReplyDeleteanneyong..
ReplyDeleteterima kasih krn karngn ni dpt menolong saya^_^
gumawo...
Syukran<3
karangan yang amat berguna kpd plajar2.....
ReplyDeleteSiti Nor Halimah
ReplyDeletekarangan ini memang bermanfaat kpd pljr UPSR.Ini kerana gru2 msa ini meminta karangan yg panjang.....tk
>>terima kasih,, byk membantu sya dlm mengarang karangn,, 0_o
ReplyDeleteehemm.. buleh doh wak surak hok tanding.. 1 mlysia urh.. bereh sudoh wase.. maseh.. karangang trbaek.. .
ReplyDeleteSaya ingin meminta izin tuan untuk menggunakan karangan ini sebagai contoh dalam projek saya, boleh? Terima kasih banyak-banyak :)
ReplyDeletebagus!!!! ada potensi untuk dapat A+!!
ReplyDeleteKarangan yg menarik dah padat dgn isi nya :D Harap dapat digunakan ketika peperiksaan . Terima kasih :D
ReplyDeletehang kata ini sgt berguna utk pelajar pmr _thx
ReplyDeleteThanks for yor help...
ReplyDeleteKerjasama anda saya hargai...
Terima kasih atas karang yg mantap ini, sye akn gnekan dlm karangan spm....
ReplyDeleteSangat membantu
DeleteThanks sir for this karangan. Keep up the good karangans.
ReplyDeletethanks for this amazing and such a good karangan...........
ReplyDeletenice essay...
ReplyDeletethanks alot
ReplyDeletekarangan yang menaril thanks
ReplyDeletetrima ksh..krngn ni mmbntu sy mnyelesaikn tgasan untk PBS...
ReplyDeletekarangan ini sangat menarik, terdapat banyak isi dan peribahasa. Ini Juga amat membantu saya dalam peperiksaan yang akan datang. Terima Kasih. Had a good day :)
ReplyDeletePowerful la..karangan Ni...best sang at...thanks...😜😜😜
ReplyDeleteMmg trbaik krangan ini
ReplyDeleteTerima kasih.. Karangan ini sgt membantu
ReplyDeleteminta2 karangn ni kluar esk...aminnn
ReplyDeletekarangan ini amat membantu . . terima kasih :)
ReplyDeleteThanks:)
ReplyDeleteni soalan ramalan skolah sy taun ni. hrp2 ada kluar esok. amen. terima kasih utk karangan ni cikgu,olahan yg menarik ;)
ReplyDeletethank you kerana memudahkan saya untuk melakukan kerja
ReplyDeleteTerima kasih. Saya mendoakan kehidupan tuan diberkati oleh Allah swt.
ReplyDeleteTerima kasih. Saya mendoakan kehidupan tuan diberkati oleh Allah swt.
ReplyDeletekarangan yang padat dgn isi n ksimpulan yang memuaskan . .dpt bntu sy tuk upgrade krgn sy . .tq tcer
ReplyDeletetima kase..mmg terbaekk
ReplyDeletebaik urr.....ak gne terus dpt A+ dlm exam
ReplyDeleteMANTOPPPPPP
ReplyDeleteHARAP2 soaan ni kuar esok..tQ
ReplyDeletekarangan yang mantap...
ReplyDeletesaya ambil ya
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteThis BM Essay help me a lot. I can't left without thanks for it in comment.
ReplyDeleteVery helpful for my oral test...Thanks..������
ReplyDeletereally helpful for my mb oral test
ReplyDeleteEsok saya trial. Saya sedang mencari isi penting. In shaa Allah saya akan membuat karangan yang terbaik esok. Doakan saya ya cikgu.
ReplyDeletetq for this karangan,, i very thankfull to you,, padat n bnyk ngn peribahasa,, ckop menarik
ReplyDeleteThks! Terbaik !
ReplyDeleteThanks!Sangat bermakna
ReplyDeleteTq~love biu
ReplyDeleteTq~love biu
ReplyDeleteTq~love biu
ReplyDeleteterima kasih harini saya spm huhuhu. ini tajuk target bace gitu2 je tapi karangan dia memang menarik . thanksss cikgu
ReplyDeleteCikgu, saya nak minta izin nak ambil sedikit isi dari karangan SPM ni
ReplyDeleteTerima kasih^^
I have no idea what this means but listen to my latest song Wildest Dreams! It's a hit. ��
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteberapa patah perkataan ni ?
ReplyDeletebagus karangan ni
ReplyDeleteThanks so much,karangan ini sangat seronok
ReplyDeleteVery nice essay with bombastic vocabularies,proverbs and idioms and it's also very useful for me.Keep it up guys :)
ReplyDeletemohon copy..untuk hw
ReplyDeleteterima kasih
mohon copy..untuk hw
ReplyDeleteterima kasih
Trimas sngat2...karangan ni sngat m'bntu sy utk siapkn hw
ReplyDeleteKarangan yg bagus.. Kelengkapan peribahasa dan menarik jalan ceritanya.. smoga diupgradekan dgn menambah kosa kata yg lebih menarik.. Btw, nice..
ReplyDeletetrime kasih sngt isi padat ayat power
ReplyDeletetrime kasih sngt isi padat ayat power
ReplyDeletemohon copy dan saya nak ubah sikit ayat boeh tak?
ReplyDeletegood good
ReplyDeleteTerima kasih atas karangan ini sangat menarik, isinya bernas dan bahasanya juga baik...harap dapat membantu saya dalam SPM yang akan datang..
ReplyDeleteKarangan yang mantap...
ReplyDeleteisi karangan mudah difahami. Sangat padat >_< --->http://cikgutancl.blogspot.my/2008/07/karangan-spm-langkah-memupuk-semangat.html
ReplyDeleteSAYA COPY YAA. TQ;)
ReplyDeleteVery interesting
ReplyDeletepanjangnye soalan😂😂
ReplyDeleteIn my point of view, this essay has really good points tapi penerangan dan huraian untuk point2 itu agak tidak sesuai dan kadangkala tiada link dgn point. Saya harap blogger blog ini dpt tambah baik karangan dari segi fakta dan huraian. Terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih...karangan ini sesuai digunakan utk ujian lisan sya..senang dn blh diingat.
ReplyDeleteits very useful
ReplyDeletekarangan yang ..... tidak pernah tengok karangan yng semakin teruk ini
ReplyDeleteTerima kasih karangan ni banyak bantu saya.😊
ReplyDeleteTerima kasih cg tan cl.. amat membantu saya dlm pelajarn..karangannya bagus,padu,padat lagi bergaya,dan sentap....byk yg dpt saya ambil dri sini..sungguh...amat membantu..
ReplyDeletesaya ingin menayakan tentang karangan yang mempunyai banyak peribahasa. adakah ia bagus diletakkan dalam setiap perenggan atau kita boleh menggunakan satu kali sahaja dalam satu karangan?
ReplyDelete谢谢老师,可供我作为读书材料。:-)
ReplyDeleteNi bkn cikgu smbrngan .. Ni Dr Tan salah stu penggubal soalan SPM .. harini sya mengambil exam BAHASA MELAYU SPM 2017 smoga apa yg cikgu Tan beri.. sya manfaat kan sepenuhnya ttima ksih cikgu krana mmberi sdikit sbnyak ilmu..
ReplyDeleteKarangan yang baik...
ReplyDeletemaafkan sy. sy hendak bertanya jika isi mengamalkan sifat keterbukaan, meningkat sumber rohani melalui majlis keagamaan dan meningkatkan kemahiran sosial diterima sbg isi yang relevan? Harap dpt reply pertanyaan sy. Tq��
ReplyDeletehai kawan kawan sy dari malaysia-chia
ReplyDeletehai kawan kawan saya suka karangan ini love u -mirrah
ReplyDeleteAlhamdulillah,sy tlh pun siap hw sy dgn mniru karangan ini HAHAHAHAHHHH
ReplyDeleteCantik macam bunga
ReplyDeleteagent 551 report
ReplyDelete25 pieces of 09231=
-----
detecting life form>>>>>>
**scan complete
@@680 Success== )(()???//
please step in nice and slowly
==++=can you hear me
detecting life form>>>>>>
** unable to perform request&&
please state your problemmMMMMMMMMM00
<<<<<<system reset 00
lol
ReplyDeleteCrabs are people
ReplyDeleteClams are people
Legit or quit.
anybody from 2019 here,.,.,,,.,.,.,.,.,.,
ReplyDeletejarak perenggan
ReplyDeleteBula karangan tu. Belacan ko jemmy
ReplyDelete10q Sir
ReplyDeletememang terbaik lah karangan ini padat,jelas dan senang diingat....cikgu nie memang terbaik 10☆
ReplyDeletepadoq bossku
ReplyDeleteTerima Kasih cikgu! Karangan Semangat jiran ini banyak membantu!
ReplyDeleteTerima kasih cg tan cl.! Contoh Karangan Kejiranan ini memang terbaik!
ReplyDeleteWow!
ReplyDeleteKarangan ini sangat padat, penuh dengan logik dan memberikan idea yang luas serta karangan ini dibuat dengan baik daripada mula dan akhir
ReplyDeleteTerbaik cg , karangan yang terbaik pernah saya lihat di muka bumi ini. Karangan ni sangat hebat���������������������������������������� 2020 12 tahun berlalu
ReplyDeletesaja nak komen, untuk pelajar di luar sana....
ReplyDeleteTerima kasih untuk karangan ini. Saya minta izin ya untuk salin 😅
ReplyDeleteSapa dari Curie 5 reply ah😂
ReplyDeleteterima kasih !
ReplyDeletejika sudah ada lampu ,
ReplyDeletekenapa masih mahukan lilin ;
jika sudah ada kamu ,
tidak perlu cari yg lain.
hihi
ReplyDeleteThis is good
ReplyDeletespm2020
ReplyDeleteThank you
ReplyDelete